Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Monday, October 22, 2012

Ratna Khadal

Sabtu lepas aku dan Senandika telah menonton pementasan Ratna Khadal di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, KL. Stage Revolution yang buat. melalui projek BANGKIT. 5 pementasan. selepas Ratna Khadal, ada 4 buah teater lagi yang sangat menarik menanti. Kepada peminat-peminat teater tu harap jangan lepas peluang. sebab rugi kalau tak pergi tengok. Harga tiket pun sangat berpatutan.

secara jujurnya, aku sangat suka dengan cerita Ratna Khadal. untuk memberi komen secara terperinci, sumpah tak pandai. tapi ini hanyalah pendapat picisan aku sebagai penonton. Secara keseluruhan cerita ini sangat menarik. kisah cinta 2 bangsa berbeza, berlainan agama. banyak pengajaran yang boleh diperoleh daripada pementasan ini. terutamanya apabila kita sendiri sebagai rakyat Malaysia yang hidup berkongsi satu negara dengan rakyat yang pelbagai kaum. pelakon-pelakonnya juga hebat dan mantap belaka. yang sedia aku kenal, saudara Azrul Azizi dan ini pertama kali melihat Aloy Paradoks berlakon. sebelum ini hanya melihat beliau di muka buku sahaja. begitu juga Fazleena yang sebelum ini hanya mendengar cerita dari kawan-kawan produksi Detik (Kirana Theatre Production) sahaja. Dynna pula aku pernah tengok beliau berlakon dalam Pokok Kelapa Sayang dan Gadoh. Bagi aku yang pertama kali melihat lakonan Aloy dan agak kurang mengenali beliau, aku sangat kagum sebab Aloy begitu menjiwai watak sehingga berjaya mengalirkan air mata. memang berjaya buat hati aku tersentuh menonton Ratna Khadal.

Aku memang tabik la dengan Ratna dan Siva yang berjaya berdialog dalam bahasa tamil. walaupun kadang-kadang agak kedengaran kekok. tapi bukan senang untuk bercakap dalam bahasa yang bukan bahasa ibunda kita. Tapi Siva berbahasa tamil memang best!

Aku agak kurang berminat dengan lakonan Nasir sebab bagi aku lakonan Nasir agak kurang hidup. Namun tidaklah sehingga mencacatkan cerita ini. Apa-apa pun syabas diucapkan buat semua pelakon Ratna Khadal.

Pengarahan dan garapan cerita ini bagi aku sangat tersusun dan teratur. memang sangat mudah untuk difahami dan di akhir cerita diselitkan persoalan apakah kepercayaan yang dipilih oleh Krishnan? dan apakah kesudahan cerita Krishnan dan Ustazah K? adakah kisah cinta 2 bangsa 2 agama akan terulang semula?

Tahniah Khairunazwan Rodzy! Tahniah ahli-ahli produksi Ratna Khadal. seluruhnya.

Kalau panjang umur dan berkesempatan aku nak tengok Tepuk Amai-Amai pulak, sebab sebelum ni terlepas peluang. ini hanya pendapat picisan aku yang hanya belajar melalui minat. tidak pandai berbahas. tidak pandai mengulas. aku akan sentiasa menyokong seni teater tanah air selagi ia membawa kebaikan dan pengajaran buat aku. insyaAllah. yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.



p/s: aku sangat berharap agar lebih banyak teater berunsur Islam dipentaskan. tanpa ada adegan yang perlu bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. sejujurnya.

Projek Senandika seterusnya tahun ini, pementasan 5 monolog. harapnya menjadi. Amin!

0 daisies blooming: