Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Thursday, December 31, 2009

Mengalah tak bererti kalah

Mungkin bagi dia, dia akan gelak besar bila kami dah tak balas email nonsense dia. Kami mengalah tapi itu tak bererti kami kalah. Mengalah ke??tak pun sebenarnya. Orang lain memang nampak kami kalah tapi hakikatnya kami dah sound dia direct je. Baru puas hati kami. Kami malas nak cari gaduh ngan perempuan nyanyuk macam dia sebenarnya. Useless. Buang masa. Nak pulak by email yang di cc kepada bos2. Aku tau tak kan sampai ke mana. Silap2 aku tak sabar memang betul aku pegi lempang muka dia. Aku tak nak la sampai jadi macam tu kan. Tapi walaupun kami tak balas email dia, kami memang puas hati dapat sound direct je. Tu la padahnya cari pasal ngn kami.

Nak menaikkan reputasi diri sendiri sampai nak jatuhkan orang lain. Aku tau la die ada hati dengan bos. Haha. Cis, cermin la diri dulu beb. Cermin pun bleh pecah tengok muka kau. Tahap kesabaran kami pun ada batasnya. Sampai nak tabur pasir lam periuk nasi orang ape kes kan. Gua tak kacau idop lu pun. Memang senget la minah tu.

Selama ni kami banyak diam je ngan kata-kata dia yang menusuk kalbu dan membingitkan telinga. Bagi arahan kat orang macam la dia tu bos. System admin je pun. Bukan niat nak kecilkan orang tapi die tu memang tak sedar diri yang dia bukan siapa-siapa. Tengking orang sesuka hati. Tengking operator macam die tu president company tu je. President pun tak buat cam tu. Dalam masa setahun ni, dah 5 orang system admin resign. Sape tahan keja dengan dia. Mulut cam bontot ayam %$$**&#@!!!!. Marah orang sesedap oren je. Bila orang nasihat dia, orang yang nasihat tu kena marah balik. Orang macam tu memang tak bleh terima pendapat orang lain. Sebab kepala otak dia cuma pk dia aje yang betul. Dia adalah Makhluk Tuhan Paling Tak Sedar Diri. Kalau ikutkan hati, sebelum insiden ni, kami memang bersimpati la ngn dia kan sebab ade orang conteng keta dia. Tulis perkataan “BODOH”. Tergamak la ade orang buat macam tu. Tapi, lepas insiden menyakitkan hati kami ni. Aku rasa nak jumpa je orang yang conteng keta die tu. Nak cakap. ‘kau jangan tulis bodoh je, ko tambah je lagi ape yang patut baru padan muka dia. Aku sokong!orang macam dia memang kena ajar sket’. Tapi tak makan saman juga walaupun dah kena macam tu. Tetap nak cari pasal ngan orang.

Paling tak boleh blah bila die cakap kitorg tak de manners. Hellooooo…kau cakap ngn cermin ke???Aku memang tak reti beradab dengan orang biadap. Aku rasa bukan aku saja. Siapa2 pun tak kan boleh nak beradab sopan bertatasusila dengan orang yang tak reti hormat orang lain. Mak aku selalu suruh aku beralah ngan orang tapi aku kadang2 mmg tak makan nasihat mak aku sbb bagi aku dia dah sangat melampau. Aku tak suka orang pijak kepala. Nak pulak orang macam dia. Bleh blah!

Tahap kesabaran kami pun ada batasnya. Jangan layan manusia lain macam manusia lain tu tak ada hati. Manusia dalam dunia ni sama saja tak kira pangkat apa. Kau tetap manusia. Tolong la sedar diri. Selama ni memang kami boleh tahan lagi dengan apa2 yang keluar dari mulut dia. Tapi sekarang tak lagi. Kau cari pasal jadi kau terima padahnya. 1 perkataan yang menyakitkan hati, kami bleh balas yg lebih dasyat lagi kalau kami nak. Tapi memikirkan kau dah nyanyuk jadi kami maafkan. Kita kan 1 Malaysia. Hah! 1 Malaysia la sangat!yang sebangsa ngn kau pun x bleh tahan ngn kau. Aku rasa die memang tak layak la duduk Malaysia ni, sbb die tak faham pun hidup muafakat. Hidup serumpun. Ape2 je la. Sakit otak je pk pasal minah ni. Aku boleh maafkan kau tapi bukan senang. Aku ini pendendam orangnya. Aku harap tahun depan aku dah tak ingat lagi siapa kau. Dan aku harap kau tak pernah wujud pun dalam rentetan kehidupan aku yang indah ni.

Daisy: maaf dengan kata-kata yang agak melampau sbb Daisy dah geram sangat!

3 daisies blooming:

"kami" said...

'Tu la padahnya cari pasal ngn kami.'..kelas uu..terasa cm ketua kongsi gelap la plak.hoho~

Nyda Zamani said...

hahaha...
aku pun rase cam tu gak
nak kena lempang btol2 sila la cari pasal lagi ngn ketua kongsi gelap
wakakaka~

Raja Azrul said...

memang patut pun nida menyuarakan perasaan begitu!!

Apa2pun sabarlah yer..ada hikmah tu!