Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Sunday, October 14, 2012

PengaduMu


Tuhanku.
aku buntu.
gundah.
gelisah dan resah.
pada hati aku bertanya.
di mana tempat untukku menangis meluah?
di mana juga tempat untukku mengadu merindu?
berkata hati padaku,
pergilah padaMu.
pencipta segala rasa itu.
jadi Tuhan,
padaMu aku datang.
untuk merayu menyembah.
sebagai sehina hambaMu yang pasrah.
jadikanlah aku gagah.
menepis mengharung fitnah dan mehnah.

wahai Tuhan yang maha tahu.
jadikanlah aku kuat seperti selalu.
mehnah berliku.
fitnah membuntu.
biar aku harung seperti selalu.
dengan kudrat yang Kau berikan aku.
sesungguhnya Tuhan
dunia indahMu dipenuhi tohmahan.
cacian makian.
kekejaman.
yang menguji hati
jua iman.

wahai Tuhan yang maha memberi.
biarlah isi bumi tidak berperi.
biar manusia tidak mengerti.
aku akan menjadi tidak takut untuk goyah berdiri.
kerana aku tahu.
Engkau ada di sisi.
bantulah aku Tuhan.
menggagah diri.
meneguh landasan tempatku berlari.
agar bila jatuhku suatu hari nanti.
bisa membuatku berdiri dan berlari lagi.

wahai tuhan yang maha pemurah.
padaMu seindah tempat berserah.
temukanlah aku jalan hidayah.
semoga mereka tidak menyalah.
dan semoga aku kan terus gagah melangkah.

0 daisies blooming: