Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di sini. Aku kira ini adalah entri pertama aku untuk tahun baru. Terlalu sibuk dengan kerja dan juga Rekaan Utama 2-3 minggu yang lepas. Tapi aku suka dengan kehidupan begini. Memang sengaja menyibukkan diri sendiri. Kalau tak sibuk, fikiran aku akan mula melayang teringatkan kawan-kawan dan kerabat Senandika. Nanti mula la berjurai air mata membasahi pipi. Sampai sekarang pun aku masih tak boleh biasakan diri berjauhan dengan diorang semua.
Awal permulaan tahun baru, aku mulakan dengan berpindah rumah. Orang mesti sangka bukan-bukan. Angin tak de ribut tak de tiba-tiba je nak pindah rumah. Tak kurang juga yang cakap aku ade problem dengan housemates lama. Tak ada apa masalah pun. Sekadar mahu beralih angin sedikit. Rumah baru lebih 'privacy'. Tapi sebenarnye, rindu giler ngan housemate aku si Mira tu. Susah nak cari teman yang baik sangat macam die. Baik tapi sengal. Eheh.
3 and 4hb hari tu, Bakawalee buat aktiviti trekking and camping kat Teluk Duyung aka Monkey Beach. Aku pun tak berapa pasti kenapa Teluk Duyung juga dikenali sebagai Monkey Beach. Mungkin sebab banyak monyet kot. Tapi ape kaitannya dengan Teluk Duyung?Hmm...persoalan di situ. Hehe..abaikan..Hari first, kitorg trekking utk sampai ke Teluk Duyung. Perjalanan lebih kurang sejam lebih la jugak. Ek?tak ingat la, men jalan je time tu. Santai-santai je. Tak le bergegas sangat pun. Berjalan sambil menikmati panorama indah di taman negara Pulau Pinang. Hampir 11 tahun aku tak jejak kaki kat situ. Last aku pegi pun masa camping dengan family. Itu pun sampai Sungai Tukun je. Sungai Tukun lagi dekat kalau dibandingkan dengan Monkey Beach tu.
Mandi Laut. Memula cuak jugak aku. Sbb aku ni takut lemas. Kalau kat Panching ke Berkelah ke lain la jugak..ini laut..huhu..memang cuak, almaklumle tak pandai berenang. Tapi bila dah ade dalam air. Tak hengat donia lagi dah. Air pasang pun tak sedar. Berkesempatan jugak naik banana boat. Gile la habis suara aku menjerit. Tapi puas betul dapat jerit kuat2 cam tu. Bile dah petang, ambil masa sendiri plak. Berangan jadik bawang putih main buai bawah pokok sambil nyanyi-nyanyi..Hihihi...Best wooo. Mengadap laut ciptaan Allah tu. Hati jadi selapang-lapang hamparan lautan. Minda jadi damai sedamai langit yang terbentang. Bermuhasabah diri. bersendirian. Hadus. bukan senang nak dapat masa macam tu. Mesti ada antara geng-geng teater penang yang fikir saya ni tak suka bercampur ngan orang. Saya bukan cam tu. Huhu. Saya ni tak bleh tengok pantai. Mesti nak jugak amik peluang bersendirian. Kalau dulu masa study kat UMP, arah tuju bila hati remuk redam, bila fikiran kacau bilau nun sana la, Pantai Teluk Cempedak. Bila sampai je kat pantai terus lempar masalah jauh ke dasar lautan sana. Biar ia berkubur bersama karang-karang dilautan.Hehe. Hmmm, the next day kitorg tak balik ikut jalan darat. Balik naik boat plak. Best3. lain kali nak ikut lagi kalau diorang buat aktiviti cam ni lagi. Boleh kan??kan3?
Lepas balik dari camping, Bakawalee dah mula sibuk dengan show Rekaan Utama. Latihan intensif. Kadang-kadang tertekan. Bukan sebab apa. Sebab mahu berikan yang terbaik. Ada sekali la aku memang tertekan gile2. Tahap tekanan waktu tu masih di paras terkawal. Tahap tekanan tak terkawal adalah masa handle Pusaka Sari dulu. Time tu bleh tengok la aku nangis sehari suntuk sampai lebam mata, nak bangun pegi latihan pun dah longlai. Untuk RU, SM yang baik hati ni bukan buat keja sangat pun. Tu yang kurang rasa tertekan. Haha. Mintak mahap la kwn2. Saya akan cuba yang terbaik utk show kita akan datang. Huhu. Ampun banyak2. Komen utk show RU?Aku tak reti nak komen. Huhu. Untuk yang akan datang, kita usaha sama-sama untuk buat yang lebih baik lagi dari yang lepas k. Thanks sbb ajar saya banyak perkara. Paling saya hargai kerana menerima saya seadanya dalam kumpulan tu.
24 Januari, hari yang paling bersejarah dalam hidup. Aku telah bergelar alumni UMP secara rasminya. Setelah berusaha selama empat tahun akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki di pentas konvokesyen. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Terima kasih yang tak terhingga buat family tersayang. Tanpa diorang aku tak mungkin mampu sampai ke menara gading. Susah payah bergolok bergadai nak bagi aku blaja sampai universiti..Huhuhu..

Paling best masa konvo, dapat jumpe dengan classmates mase kat universiti dulu. Happy sangat. Terubat rindu dah lame tak jumpe. Tambah happening lagi bila dapat jumpa kerabat Senandika. Walaupun tak dapat jumpe dengan semua tapi sekurang-kurangnya terubat juga rindu aku pada diorang. Nak je aku peluk diorang semua masa tu. Huhuhu. Rindu sangat-sangat. Kalau nika, ikin, rani, peedot, ila, akma, bad, syafiq pun ada sure lagik best. nika ikin..akak rindu gile ngn korg..huhuhu…tapi dalam ramai2 kerabat senandika…Kak Mel la yg paling aku rindu..huhuhu..My best sister ever!!..Terkilan tak dapat jumpa kak mel walaupun kak mel berada di semenanjung pada ketika itu. Mungkin tak ada rezeki lagi nak jumpa kakak tersayang tu. Huhuhuhu…Senandika, thank u so much!Kenangan 24 Jan terpahat kemas dalam ingatan. Ada masa akak lawat korg kat UMP lagi. Jangan lupa belajar rajin-rajin. Nanti akak nak tengok korang konvo pulak. Hehe =)
Akhir Januari, hidup kembali seperti biasa. Sibuk!Sibuk!Sibuk! Hmmm…entah sampai bila…
Daisy: Lain kali saya upload gambar k!