Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Showing posts with label Special Appreciation. Show all posts
Showing posts with label Special Appreciation. Show all posts

Monday, March 1, 2010

Apresiasi buat produksi MR2

berakhir sudah azab manusia raja 2
azab??haha..ayat tak bleh blah
tak sangka pulak aku dah berlakon untuk produksi bakawalee
makanya en. usop cakap
aku sudah secara rasminya menjadi ahli bakawalee
perghhh!!
sikit punya lama baru diiktiraf jadi ahli
huhuhuhu
ape2 je la..yang penting aku happy
terima kasih banyak2 kepada semua yang terlibat secara langsung dan x langsung
terima kasih kerana sudi bagi peluang pada aku
risiko tau meletakkan aku di tengah pentas tu
sendirian!huhu
sebabnya aku bukan pelakon yang bagus
latihan kurang dari 2 minggu je
jadinya masa nak perform aku rasa macam kurang bersedia
but my boss cakap itu akan menjadi modus operandi bg manusia raja
tak nak nnt berlatih sampai nak muntah katanya
makanya bersedia atau tidak bolos saja dinding itu!!!!
bak kata zizan..hehe
thanks pada pengarah aku kak yus yang banyak bagi tunjuk ajar dan kata2 semangat!
yay!!semangat2!!
untuk semua yang terlibat menjayakan MR2
mintak maaf banyak2 andainya sepanjang produksi
ada salah dan silap terkasar bahasa
aku manusia biasa bukan manusia raja..haha
kepada kawan2 aku yang sudi datang menonton
(nonie,ilia,naim, mira, marul)
terima kasih
korang memang best!!
aku hampir give up (atas sbb hati kurang baik beberapa jam sebelum show)
tapi sbb korang dtg aku tak jadi give up
haha..buleh pulak macam tu kan
nonie & ilia!!!
terharu beb korang sudi tunggu sampai ayat terakhir aku kat atas pentas
walaupun masa tu dah pukul 9.40
dh la korang nak kejar bas balik pahang kol 10.30 mlm tu kat butterworth
terharu sangat!huhuhu..rindu korang!!!
aku tak kesah la kena marah pun (sebab aku pegi lobi time show)
janji puas hati dapat jumpa korang before korang balik
bukan senang nak dapat jumpa
kan??hehehe
sekali lagi
buat semua tenaga produksi MR2
terima kasih yang tak terhingga
atas segala kerjasama, tunjuk ajar, dan dorongan
harapnya lepas ni
boleh bekerjasama lagi untuk produksi seterusnya.
insyaAllah...
kalau panjang umur semuanya.

Friday, September 26, 2008

Salam Lebaran


Sempena Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi
saya dengan ini ingin mengambil kesempatan
mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada seluruh umat Islam
Semoga kehadiran Syawal kali ini
disambut dengan meriah dan penuh kesyukuran
Kepada sahabat-sahabat saya, guru-guru, para pensyarah, senior dan junior, Alumni
SKTAT, SMAI, KMNS (03/04), BKB (04-08), Warga FKKSA UMP, Kerabat Senandika, Kerabat Kebudayaan UMP, warga UMP seluruhnya, Kumpulan Teater Bakawalee-Tetamu
di sini saya ingin memohon maaf
seandainya ada tingkah laku yang pernah mengguris hati kalian

Maafkanlah kekhilafan diri ini
Semoga bergembira di lebaran ini di samping orang-orang tersayang
walau di mana jua anda berada
Semoga ukhwah yang terbina antara kita berkekalan sehingga ke akhirnya
InsyaAllah

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin



**********

ni kad raye noi kasik. thanks noi. selamat hari raye!!





ni plak duit raye dari butaseni
mekasih na huluq2 duit raya
bleh isi minyak balik kampung
uwieee~




Daisy: Yang mane dekat tu, jemput le datang rumah ye. Yang jauh pun kalau nak datang sangatlah dialu2kan..hehehe~

Sunday, September 14, 2008

Anugerah Terindah



Membaca entri yang ditulis oleh ida
membuatkan aku teramat rindu
pada Senandika dan kerabat kebudayaan yang lain

Gelak tawa mereka
yang selalu mengisi kekosongan hidup aku

Keletah mereka
yang selalu menghiasi segenap ruang hariku

Aku bersyukur
kerana insan-insan seperti mereka
pernah hadir dan mewarnai duniaku

Kenangan bersama kalian
pasti sentiasa tersemat kukuh dalam hati dan jiwa

Terima kasih
kerana kalian sentiasa berada di sisi
di waktu susah dan senang

Terima kasih
kerana selalu buat ku tersenyum

Kalian adalah
anugerah terindah untukku




Never Gone
by Backstreet Boys


I really miss you...
There's something that I gotta say...


The things we did,
the things we said,
Keep coming back to me and make me smile again.
You showed me how to face the truth.
Everything that's good in me, I owe to you.


Though the distance that's between us now, may seem to be too far.
It will never separate us; deep inside I know you are...
Never gone, never far, in my heart is where you are.
Always close, everyday, every step along the way.
Even though for now we've got to say goodbye,
I know you will be forever in my life.
Never Gone


No, no, no
I walk along these empty streets.
There is not a second you're not here with me.
The love you gave, the grace you've shown,
Will always give me strength and be my corner stone.
Some how you found a way to see the best I have in me.
As long as time goes on, I swear to you that you will be...


Never gone, never far, in my heart is where you are.
Always close, everyday, every step along the way.
Even though for now we've got to say goodbye,
I know you will be forever in my life.


Never gone from me...
If there's one thing I believe
I believe...
I will see you somewhere down the road again.


Never gone, never far, in my heart is where you are.
Always close, everyday, every step along the way.
Even though for now we've got to say goodbye,
I know you will be forever in my life.
Never Gone


Never gone, never far, in my heart is where you are.
Always close, everyday, every step along the way.
Even though for now we've got to say goodbye,
I know you will be forever in my life.
Never Gone



Daisy: Someone in Senandika gave me this song. i cry each time i hear it. This song means so much to me.


Tuesday, August 26, 2008

Sweet Memories~


Sabtu lepas (230808) aku menghadiri majlis konvokesyen UMP yang ke-3. Kali ni aku hanya terlibat sebagai orang luar. Tidak seperti konvokesyen 1 dan 2 dulu, yang mana aku terlibat sebagai pemain gamelan. Seperti biasa, majlis di sana tidaklah semeriah majlis2 konvokesyen yang diadakan di universiti2 lain. Walaubagaimanapun, hari itu tetap meriah dengan adanya Senandika yang sweettttt sangat!!



peedot-izni-yuyun-daoz-nika-nida



~chocolatees~



with my luvly sis yunika kirana



Kami tiba lebih kurang jam 1 tengahari di dewan jubli perak. Masa tu tak sempat lagi nak berjumpa dengan abg2 senior kami yg bakal convo pada hari tersebut. Maklumlah, mestilah diorang sibuk sebab sidang petang akan bermula jam 2. So, kami lepak2 la kat sebelah gerai bunga tu sambil sembang2 itu ini. Happy sangat!! Tak terkata. Mana taknya, hampir 3 bulan aku tak jumpa dengan adik2 kesayangan aku tu. Walaupun sekejap je lepak2 dengan diorang semua tapi 2 hari tu adalah hari yang paling best bagi mengubat hari2 yang dilalui ketika ini.



yang diraikan, abg wan n abg raja
(yg tengah tu azril-presiden KKK)


lepak2 kat TC sambil main buih belon~



Senandika, thanks for the sweet memories we shared together. Sayang kamu semua!!!!


Hari ahad petang, aku dah bertolak balik. Abg Wan hantarkan sampai hentian duta. Terima kasih banyak abg wan. =)


Abg Raja, Abg Wan, Abg Zam and DJ...Congratulations!!!May u all have a lovely life ahead *wink*

Daisy: Nak grad jugakkkkk!!!!!Wawawawawa~

Wednesday, August 13, 2008

Malam Inspirasi Seni



Saya baru je baca komentar Abg raja tentang Malam Inspirasi Seni 2008 yang diadakan di Dewan Dato' Bahaman, KMPh 9 Ogos lalu. Banyak betul yang Abg raja komen pasal malam tu. Kebanyakannya pasal persembahan dan juga teknikal. Nak tahu lebih lanjut boleh klik kat sini. Saya tak nak komen pasal MIS 08, lagipun sy tidak menyaksikan sendiri MIS 08. Agak terkilan jugak sbb tak dapat pergi. Mungkin tak de rezeki nak tengok MIS tahun ni. Harap2 dapat tengok MIS yang akan datang.

Kenangan semasa mengendalikan MIS 05 memang banyak mengajar saya. Di situlah titik permulaan saya bergiat aktif dengan program2 anjuran Kelab Kebudayaan dan Kesenian UMP. Mengendalikan MIS sememangnya satu pengalaman yang sangat berharga Photobucket. Ia mencabar minda, fizikal dan spiritual. Walaupun saya hanya memegang jawatan sebagai AJK Sambutan pada malam tersebut tapi tugas tu merupakan satu tugas yang amat mencabar bagi saya yang tiada pengalaman tentang pengurusan majlis seperti itu. Bermacam2 masalah yang timbul pada ptg sblm bermulanya MIS. Saya masih ingat lagi masa tu MIS 05 ambil penari2 perempuan utk jadi penyambut tetamu. Hampir2 diorg tak dapat datang sebab bertembung dengan program citrawarna di KUKTEM (sebelum tukar nama jadi UMP) pada masa tu. Kelam kabut saya dibuatnya shimatta stress. Nak tak nak kene la rancang backup plan.


Saya mintak tolong kawan2 saya la jadi pengiring. Bawa bunga manggar aje pun tak kisah la. Tapi last2 alhamdulillah, masa dekat2 nak mula majlis, diorg datang juga akhirnya. Lega sweat. So, ade ramai pengiring mlm tu. Yang bawak bunga manggar, yang tabur bunga rampai. Tapi mase tu tak menang tangan plak dengan nak briefing diorg mcm mana nk iring tetamu. Pastu dalam masa yang sama VIP dah sampai dan nak kena bg bunga rozet. Memang penat la malam tu. Dengan nak jaga pintu masuk, nak kawal selia ajk2 saya jaga pintu masuk, kawal selia ajk2 yang jaga kaunter tiket. Dah la dewan tu besar. Dengan high heel nye, saye berjalan ke sana ke sini. Depan, belakang, kiri kanan dewan, semua saya redah Photobucket. Pastu plak temankan nonie pegi ambil kueh dgn mineral water utk disajikan pada VIP yang sedang menonton. Dah la cafe yang sediakan makanan malam tu jauh dari dewan, sampai separuh jalan, berkaki ayam saya ke sana. Gara-gara lenguh pakai high heel dan nak cepat Photobucket. Haha. Kelakar jugak bila ingat balik tapi seronok. Bila dah selesai semuanya. Lega betul. On the way balik KUKTEM, diorg bising2 cerita itu ini dalam bas tapi saya dah tak peduli ape dah. Dah letih sangat. Siap tertido lagi dalam bas nemu padahal perjalanan dari KMPh ke KUKTEM tak la jauh mana. Hehe. Sekarang ni kalau dengar lagu Sulaman Sembilan mesti ingat MIS 05 lavu lavu.



Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang telah banyak membantu saya malam tu. Kawan2 saya, nonie, emiey, naf, nani, wawa dan ramai lagi. (nanie dengan wawa siap berlakon jadi gadis kampung lagi malam tu mase persembahan zapin..last minute punye cadangan tu..hehe) wawa. Terima kasih jugak yang tak terhingga kepada Abg raja sbb bg kepercayaan pada saya. Abg raja la yang banyak membantu dan beri tunjuk ajar happy mite.


Daisy: Rindunye dengan masa lalu...sugoii


Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru



A Teacher for All Seasons


A teacher is like Spring,
Who nurtures new green sprouts,
Encourages and leads them,
Whenever they have doubts.

A teacher is like Summer,
Whose sunny temperament
Makes studying a pleasure,
Preventing discontent.

A teacher is like Fall,
With methods crisp and clear,
Lessons of bright colors
And a happy atmosphere.

A teacher is like Winter,
While it’s snowing hard outside,
Keeping students comfortable,
As a warm and helpful guide.

Teacher, you do all these things,
With a pleasant attitude;
You’re a teacher for all seasons,
And you have my gratitude!

By Joanna Fuchs


Specially dedicated to all of you:

1. Guru-guru di Seri Murni Kindergarden, Seberang Jaya (1991)
2. Guru-guru di Sekolah Kebangsaan Teluk Air Tawar (1992-1997)
3. Semua Guru-guru di SMKA Al-Irshad, Penang (1998-2002)
4. Para Pensyarah di KMNS (2003-2004)
5. Para Pensyarah dan Jurutera pengajar di UMP (2004-2008)
6. Pak Herman (Gamelan)
7. En. Mior Hashim Manap (Teater)
8. En. Amin (Gamelan)


Dan juga kepada semua yang pernah mencurahkan ilmu kepada saya sepanjang perjalanan hidup saya di muka bumi ini. Semua sahabat-sahabat 4BKB, Abg Raja, Abg Bad, Senandika members dan lain-lain. Anda juga adalah guru saya. Terima Kasih. Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.


Daisy: Bonda Azriah, I miss u..i've lost ur contact number...huhu~


Wednesday, April 30, 2008

Sekalung Penghargaan


Seperti tidak percaya, hari yang ditunggu-tunggu tiba. Hari apabila berakhirnya segala penderitaan Plant Design. Saya tulis entri kali ini, khas buat sahabat-sahabat saya, Shahrel, Siau Huey, Ros, Jimiey dan Zul. Atas segala penat lelah dan jerih payah usaha kita bagi sama-sama menyiapkan projek ini, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Saya amat berterima kasih di atas segala bantuan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang proses pembikinan PD ini. Memetik semula kata-kata ketua kumpulan merangkap Plant Manager, semoga usaha, titik peluh, dan titis air mata yang mengalir berbaloi dengan hasil kerja yang telah kita tatap hari ini.

Saya bersyukur kerana digandingkan dengan ahli-ahli kumpulan yang sangat komited dengan kerja walaupun sedikit sebanyak terdapat masalah yang timbul dan juga konflik yang tercipta antara kita. Tetapi, semua itu berjaya kita harungi dengan kecekalan hati. Bak kata pepatah, langit mana yang tidak ditimpa hujan. Jadi dalam sebuah kumpulan yang terdiri daripada 6 ahli ini, sudah tentu ada pelbagai karenah tersendiri. Namun begitu setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Sharel kerana berjaya menjalankan tugas dengan amat baik. You are the best leader!!. Terima kasih yang tidak terhingga.

Tidak lupa, setinggi-tinggi penghargaan buat En. Rozaimi bin Abu Samah yang telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dan juga kepada semua pensyarah FKKSA yang banyak membantu kami. Tanpa ilmu yang telah anda curahkan kepada kami, tidak mungkin kami dapat menyiapkan projek ini sehingga ke akhirnya.

Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah saya lakukan sepanjang 4 bulan ini. Andai ada kata-kata yang mengguris hati, saya pohon ampun dan maaf. Seperti manusia biasa, saya juga begitu, yang tak pernah lari dari membuat salah. Namun begitu, kita semua belajar dari kesilapan dalam usaha memperbaiki diri. Terima kasih yang tidak terhingga atas segala pengalaman yang banyak mengajar saya. Mohon maaf sekali lagi atas segala kelakuan dan karenah saya dan terima kasih kerana selama 4 bulan ini kalian bertahan dengan saya. Saya mohon maaf. Saya masih dalam usaha memperbaiki diri.

Akhir kata, saya doakan kejayaan kalian semua dalam peperiksaan akan datang. Semoga berjaya dengan cemerlang. Selepas ini, masing-masing akan membawa hala tuju masing-masing jadi saya ucapkan semoga berjaya dalam apa jua perkara yang kalian lakukan. Untuk latihan industri yang akan bermula 2 Jun ini, saya doakan agar kalian sukses dan buat yang terbaik.

AC's is the best!!!

Daisy: Thanks ketua, untuk cenderahati tu and for all of the precious moments!! =)



Saturday, April 19, 2008

nineteenthofapriltwothousandeight

Today...
I really enjoy every second of my life
I really had fun
Thanks nonie
Thanks Senandika
Thanks for the great moment
Thanks for the precious time we had together
Thanks for every single thing
and special thanks for DJ tekateki.fm..hehe~
Luv u all

To Daoz, Alan, Bob, Bad, and Amir: It would double d fun if u were there..=(

Saturday, April 5, 2008

To Daoz

Terima kasih sebab designkan akaknye 'header' blog ni. Hehehe~

.::Jgn marah akak tiru blog button tu..haha~suke3::.

Wednesday, April 2, 2008

Mak, Abah...Terima kasih

Menulis dari sudut hati yang paling dalam. Seihklas hati mengucapkan kata syukur dan terima kasih buat ibu yang melahirkan aku. Hari ni, bersamaan 2 April 2008 tepat jam 11.38 pagi. Genap 23 tahun umurku. Menjadi diriku hari ni, semuanya atas pengorbanan dan penat jerih mak dan abah. Seandainya aku diberi peluang untuk hidup seribu tahun pun, tak kan mungkin termampu untuk aku membalas segala jasamu mendewasakan aku, dan mendidik aku dengan penuh kasih sayang.
Semoga Mak dan Abah sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah swt.

~Adik sayang mak & abah sgt2~ muahhhhhh!!! ('',)

Mak Abah, Me and Sweet Lil' Nazhan


Kerispatih - Sebuah Pengabdian (Bunda)

Kau adalah yang pertama menyentuhku
Mendekapku di tengah dingin malam
Kau adalah sesuatu yang indah bagiku
Ceriakan hati di kala hati ini terpuruk

Kau sosok tak tergantikan
Walau tak semuanya ragamu ada
Setiamu melekat
Sampai aku di ujung usia

Bunda..
Ijinkan aku bersujud kali ini
Sebagai tanda..
Aku mencintaimu

Bunda..
Demi langit bumi aku bersumpah
Kan ku jaga pengabdianmu di hidupku..
Itu sungguh berarti bagiku..

Kembali ke awal

Bunda.... aaa.. aa...
Bundaaaa... aa... uoo.. uoo... uuu....
Ouu.. uuu.. ooo.. ooo..

Bunda..
Ijinkan aku bersujud kali ini
Sebagai tanda..
Aku mencintaimu

Bunda..
Demi langit bumi aku bersumpah
Kan ku jaga pengabdianmu di hidupku..
Itu sungguh berarti
Itu sungguh berarti
Itu sungguh berarti bagiku..