Untuk kali ni, aku nak berkongsi tentang
Projek Sarjana Muda aku atau pun singkatannya PSM. PSM ni kira projek tahun akhir la. Ramai pelajar tahun akhir
s t r e s s bile sebut je PSM. tapi bagi aku, Plant Design tu lebih mencabar. Tapi tak pe, lain kali aku cerita pasal PD. Entri kali ni, aku cerita pasal PSM aku.
Tajuk projek aku,
'Screening of Lignin Degrader from Soil'. Objektif projek aku ni sebenarnya lebih kepada operasi menjejak mikroorganisma yang hidup dalam tanah yang boleh menguraikan
lignin. Dalam industri pembuatan kertas, komponen lignin ni akan dibuang sebabnye, lignin ni la penyebab kertas jadi warna kuning. Untuk menghasilkan kertas yang baik dan berkualiti, makanya lignin ni perlulah diuraikan. So, tugas aku, mencari
bakteria pengurai lignin. Boleh je kalau nak buang lignin guna chemicals tapi penggunaan bahan kimia ni, kita sedia maklum sajalah, ia sangat bahaya dan memudaratkan alam sekitar. Oleh sebab itu, cara lainnya adalah dengan menggunakan enzyme yang dihasilkan oleh bakteria pengurai lignin.
Itu la sedikit sebanyak cerita tentang Projek PSM aku. Tak sabar rasanya nak habiskan experiment minggu ni. Lepas tu boleh la tumpukan pada Plant Design je. Thanks
emiey sebab banyak membantu dan tak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan buat Supervisor aku iaitu
Cik Wan Salwanis.

My microbes: Under microscopic view

My microbes: Atas selective agar