Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.
Saturday, December 5, 2009
Huh!
uwaaaaaaaa!!!!
aku nak balik
ade je yang nak menghalang aku punye plan la
ish3!
tak kire
mesti kene balik jugak
nak bawa mak n abah kuar makan
hehehe
Selamat Hari Lahir Mak!
Moga mak panjang umur dan sentiasa berada dalam lindungan yang Maha Esa
Aminnnn...
Sayang kamu!!Mwahhh!
Tuesday, October 6, 2009
Dulu dan Kini~
Dulu, masa study rasa tak sabar nak kerja tapi sekarang bila dah kerja rasa macam nak balik semula ke masa study dulu. Banyak dugaan dalam hidup ni. Terpaksa hadap pelbagai jenis manusia dengan fe’el dan karenah tersendiri. Apa yang manis senang la nak telan. Kalau yang pahit?telan la jugak walaupun perit. Nak telan la jugak tu la perlukan kekuatan dan keteguhan iman yang tinggi. Silap haribulan boleh terpilih jalan yang salah. Malas la aku nak cakap pasal ni.
Actually rasa teringin nak study balik tu tiba-tiba pulak datang bertandang masa aku attend konvokesyen junior2 Senandika kat UMP minggu lepas. Untuk pertama kalinya konvokesyen diadakan di bumi UMP sendiri. Memang meriah dan ada kelaianan. Aku tak sempat nak merasa semua tu sebab aku dulu konvo kat Dewan Jubli Perak. Suasana agak tidak kurang meriah masa tu. Tapi kali ni, memang happy sangat sebab dapat bersama dengan diorang di hari yang paling bersejarah tu. Setelah berpenat lelah berhempas pulas study selama lebih kurang 4 tahun, akhirnya berjaya juga mereka menggenggam segulung ijazah. Alhamdulillah.
Bangga sangat tengok diorang hari tu. Kali ni, 11 orang (harap tak de yang tertinggal dlm kiraan aku ni) ahli senandika yang dah bergraduasi. Tahniah untuk mereka-mereka yang saya sayang. Tahniah Senandika, Tahniah junior2 Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Tahniah semua!!Hmmm...Makin lama dah tak ramai yang aku kenal kat ump sana. Masa akan datang nanti dah tak ada sebab untuk aku bertandang ke sana (kecuali kalau lecturer2 yang pernah mengajar aku masih berada di sana). Konvokesyen UMP 2 hari ja. Sabtu dan Ahad.
Sesi kedua hari ahad tu, aku berpeluang la masuk dewan konvo sebab nonie ajak. Adik dia konvo. Kakak ipar dia tak jadi masuk jadinya aku sebagai kawan karib ni diberikan mandat la untuk sama-sama meraikan adik dia. Satu kad jemputan tu hanya untuk 3 orang. Satu lagi tu of course la mak dia kan. Bagi aku majlis kali ni ada kekurangan la sikit sebab tak ada iringan muzik yang dimainkan secara langsung. Semua pakai rakaman ja. Dah tak ada rasa gah dah tengok cokmar diiring naik ke pentas konvokesyen. Dulu masa aku berpeluang main gamelan mengiringi cokmar tu, rasa bangga sangat (kalau orang lain tak rasa tak tau la). Setiap langkah diiring paluan gendang dan gong. Tengok cokmar pun rasa gerun. Tak ada la muzik tiba-tiba mati masa tengah bawa cokmar. Spoil betul rasanya. Lagi meriah kalau ada gamelan dan orchestra live. Macam dulu-dulu.
Kadang-kadang rasa macam sedih jugak sebab aku rasa perjuangan aku, nonie dan kawan-kawan yang lain macam tak diteruskan je kat UMP tu. Bersusah payah baru boleh dapat alat gamelan tu. Bila dah ada tak diguna pulak untuk majlis yang paling utama di UMP tu. Tapi tak pe la. Mungkin ada masalah dalaman yang tak dapat dielakkan. Hmm, never mind. Harap2 next konvo, ade la muzik live. Baru rasa hidup majlis tu. Apa-apa pun tahniah sebab majlis telah pun dianjurkan dengan jayanya. Yang penting adalah orang2 yang diraikan. Betul tak?. Tahniah sekali lagi buat mereka2 yang telah bergraduasi. Moga maju jaya di masa hadapan.
Daisy: Senandika!!best sangat dapat jumpa kalian lagi!!terubat rinduku...cewahhh...hehe..tapi rindu pada kak mel tak terubat lagi cemane?sob3~ntah bile dapat ketemu sama kekandaku yg sorg tu~
Saturday, August 22, 2009
Perutusan
Sunday, April 19, 2009
Final Exam datang lagi...
sebelum jawab soalan exam tu, baca doa dulu. baca soalan betul-betul then baru jawab. jangan lupa bawa slip exam and id card korang yg cantik tu yer. dan jangan bawak masuk toyol k. nant kene tangkap sape yang susah? Haa..jawab la sendiri soalan ni.
Hades rindu la plak dengan suasana final exam mase kat U dulu..ceewahh...bila study week tadak air. rasa macam nak nangis je. nak jadi mahasiswa cemerlang di UMP bukan senang tau. hahaha...hanya org yg tabah mcm kita je yg bleh..huhu~
Oit, jgn ingat akak dah keje tak de exam tau. Lagi teruk..buku berkepuk2 kene baca. siap kene hafal klause2 dalam ISO lagi..Kau tak pitam??akak belum pitam sebab tak hafal lagi pun. hahahaha. Tak pe. Bos faham sbb keje banyak. tak sempat. huhuhu
Udah-udah le tu baca blog akak ni. pas ni amik buku pegi baca. jangan duk menyinggah tempat lain dah. cepat3.pegi study!!!
Buat rakan2 seperjuangan sy yg menyambung master tu, korg pun study molek2 jugak la yer..sy pun nak gi study jugak ni...hehe..Adios~
Saturday, March 28, 2009
Selamat Hari Lahir Abang!
Hey Big Bro! Ampun bangat! Bukan tak ingat hari ini birthday kamu. Cuma lewat menghantarkan ucapan. Kamu jangan marah ya. Sy slalu begini. Lewat. Tapi sy tak pernah lupa. Kamu sentiasa dalam hati sy. Kerana kamu satu-satunya abang sy.
Ingat lagi tak, kamu slalu cipta benda yang pelik-pelik. Buai atas pokok gajus tepi rumah tok tu. Sy duduk atas buai tu dan kamu tarik talinya sampai sy dibawa ke atas. Masa tu kamu nak selamatkan sy dari kena pukul dengan tok sebab tak nak mandi. Tok cari sy tapi tak jumpa. Seronok sgt waktu tu. Paling sy ingat, masa kamu bawa sy naik basikal satu ptg tu, kaki sy tersepit dan sy nangis. Kamu pujuk sy tapi sy tak nak diam jugak. Kamu belikan layang-layang utk sy. Kamu usaha utk pujuk sy supaya tak nangis lagi.
Semua tu dah tinggal kenangan. Kita skrg masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Sy cuma nak cakap, terima kasih kerana kamu slalu menjaga sy. Kamu memang abg yg sgt bertanggungjawab. Kamu jaga sy sepenuh hati sebagaimana mak dan abah amanahkan. Sampai sekarang sy masih tak dapat balas semua jasa kamu. Kan bagus seandainya semua kenangan tu boleh kita ulang semula. Tapi masa lalu tak akan kembali lagi.
Dihari ulangtahun kelahiran kamu, sy doakan semoga kamu panjang umur dan semoga Allah murahkan rezeki kamu dan keluarga kamu. Sy tak ada hadiah utk kamu tapi di masa hadapan sy harap sy dapat hadiahkan sesuatu yang sgt bernilai utk kamu dan keluarga kamu. Sy masih belum dapat ubah nasib keluarga kita kerana itu sy tidak mahu putus asa. Sy akan berusaha lagi. Sy tak mahu tengok kamu susah kerana kamu satu2nya abg sy. Kalau kamu mampu menjaga sy dulu, sy harap sy mampu menjaga kamu di masa hadapan.
Friday, October 31, 2008
good luck ya!
entri sebelum ni tak de ape pun. buat gempak je. huhu. mane reti nak bunuh-bunuh orang ni. tak de skill. mungkin kene blaja dengan sylar dulu kot. tapi motif nak makan otak diorang perlu difikirkan. ceh! ikut nafsu amarah memang mahu disiat-siat saja orang-orang itu. tapi mengikut pemikiran akal yang masih bernas lagi waras makanya tidaklah kesampaian hati ni nak berbuat begitu. apa pun. malas mahu cari pasal dengan orang tapi maaflah banyak-banyak ye kerana aku dengan tidak sengajanya ter'fire' orang yang berkenaan semalam.
Lupakan apa yang telah berlaku. Andainya semudah itu. Hmm..ok, lupakan sebentar.
Kepada adik-adikku yang berada nun jauh di Universiti Malaysia Pahang sana, final dah dekat dek non. bangunlah dari tidur dan mimpi indahmu kerana kamu akan berhadapan dengan peperangan yang akan menentukan masa depanmu.persiapkan segala kelengkapan. jangan peluru je lebih. strategi juga harus diatur. main tembak juga tak guna. harus ada ilmu yang cukup di dada. yang penting adalah kamu tidak menggunakan khidmat-khidmat sang toyol kerana jika kamu kantoi, susah la hidup kamu nanti.huhuhu. bersyarah macam aku tak pernah buat aje. haha. pernah je buat tapi bukan untuk final exam la. tapi tak berguna juga sang toyol yang dibawa itu kerana dia tidur. tidak lah dia menolong diriku pun. Selamat menduduki peperiksaan akhir semester. ceh!cam skema pulak bunyinye. tak kisah la. yang penting ikhlas. benar?
Err...rasa lain pula bila tak perlu menghadapi semua itu lagi. tabahkan hati, study sampai muntah ok!hahaha~
MY BROTHERS AND SISTERS,
SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG YA! SAYA AKAN SENTIASA MENDOAKAN KALIAN.
Daisy: Kak Dalee...mari kita bergigih-gigih menghabiskan saki baki LI..hehehehe~
Friday, September 26, 2008
Salam Lebaran

Sempena Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi
saya dengan ini ingin mengambil kesempatan
mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada seluruh umat Islam
Semoga kehadiran Syawal kali ini
disambut dengan meriah dan penuh kesyukuran
Kepada sahabat-sahabat saya, guru-guru, para pensyarah, senior dan junior, Alumni
SKTAT, SMAI, KMNS (03/04), BKB (04-08), Warga FKKSA UMP, Kerabat Senandika, Kerabat Kebudayaan UMP, warga UMP seluruhnya, Kumpulan Teater Bakawalee-Tetamu
di sini saya ingin memohon maaf
seandainya ada tingkah laku yang pernah mengguris hati kalian
Maafkanlah kekhilafan diri ini
Semoga bergembira di lebaran ini di samping orang-orang tersayang
walau di mana jua anda berada
Semoga ukhwah yang terbina antara kita berkekalan sehingga ke akhirnya
InsyaAllah
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
**********
Wednesday, September 24, 2008
Senyum Lebar-Lebar~
Alhamdulillah
Lega rasenye dah abes present
tak tau cemane nak gambarkan keriangan tu
tapi aku btol2 lega
tapi masih ada lagi perkara yang merunsingkan fikiran
hmm...
tak pe la
berusaha dengan lebih keras lagi
Cik Sumaiya
terima kasih banyak...
ngeeeee...bak kate kakak kesayangan
senyum lebar2
abah
selamat hari lahir yang ke 59
mg abah dipanjangkan umur
syg abah sgt!
Friday, September 12, 2008
Arti Sahabat~

by Nidji
Tak mudah untuk kita hadapi
Perbedaan yang berarti
Tak mudah untuk kita lewati
Rintangan silih berganti
Kau masih berdiri
Kita masih di sini
Tunjukkan pada dunia
Arti sahabat
Kau teman sehati
Kita teman sejati
Hadapilah dunia
Genggam tanganku
Tak mudah untuk kita sadari
Saling mendengarkan hati
Tak mudah untuk kita pahami
Berbagi rasa di hati
Kau adalah..
Tempatku membagi kisahku
Kau sempurna
Jadi bagian hidupku
Apapun kekuranganmu

Persahabatan adalah anugerah
Ia membuatkan kita
Tertawa
Menangis
Memberi dan menerima
Namun yang paling penting
Ia membuatkan kita menghargai
Hidup bersahabat...
Daisy: Rindu kamu semua... =(
Wednesday, September 3, 2008
Its your 4th birthday!!!
2 September 2008
Muhammad Nazhan Hamizan
Selamat Hari lahir yang ke-4
Moga kamu membesar menjadi manusia yang berguna kepada agama bangsa dan negara.

Daisy: Baru post ari ni..bukan ape..konpius 2 ke 3 sept..ahakss~aper da mak su =P
3 sept~Selamat Hari Lahir juga buat topex, pengarah muda yg berbakat dalam Senandika =)
Sunday, August 31, 2008
Friday, August 29, 2008
Tuesday, August 26, 2008
Sweet Memories~
Sabtu lepas (230808) aku menghadiri majlis konvokesyen UMP yang ke-3. Kali ni aku hanya terlibat sebagai orang luar. Tidak seperti konvokesyen 1 dan 2 dulu, yang mana aku terlibat sebagai pemain gamelan. Seperti biasa, majlis di sana tidaklah semeriah majlis2 konvokesyen yang diadakan di universiti2 lain. Walaubagaimanapun, hari itu tetap meriah dengan adanya Senandika yang sweettttt sangat!!
peedot-izni-yuyun-daoz-nika-nida
Senandika, thanks for the sweet memories we shared together. Sayang kamu semua!!!!
Abg Raja, Abg Wan, Abg Zam and DJ...Congratulations!!!May u all have a lovely life ahead *wink*
Daisy: Nak grad jugakkkkk!!!!!Wawawawawa~
Wednesday, August 13, 2008
Malam Inspirasi Seni
Saya baru je baca komentar Abg raja tentang Malam Inspirasi Seni 2008 yang diadakan di Dewan Dato' Bahaman, KMPh 9 Ogos lalu. Banyak betul yang Abg raja komen pasal malam tu. Kebanyakannya pasal persembahan dan juga teknikal. Nak tahu lebih lanjut boleh klik kat sini. Saya tak nak komen pasal MIS 08, lagipun sy tidak menyaksikan sendiri MIS 08. Agak terkilan jugak sbb tak dapat pergi. Mungkin tak de rezeki nak tengok MIS tahun ni. Harap2 dapat tengok MIS yang akan datang.
Kenangan semasa mengendalikan MIS 05 memang banyak mengajar saya. Di situlah titik permulaan saya bergiat aktif dengan program2 anjuran Kelab Kebudayaan dan Kesenian UMP. Mengendalikan MIS sememangnya satu pengalaman yang sangat berharga
. Ia mencabar minda, fizikal dan spiritual. Walaupun saya hanya memegang jawatan sebagai AJK Sambutan pada malam tersebut tapi tugas tu merupakan satu tugas yang amat mencabar bagi saya yang tiada pengalaman tentang pengurusan majlis seperti itu. Bermacam2 masalah yang timbul pada ptg sblm bermulanya MIS. Saya masih ingat lagi masa tu MIS 05 ambil penari2 perempuan utk jadi penyambut tetamu. Hampir2 diorg tak dapat datang sebab bertembung dengan program citrawarna di KUKTEM (sebelum tukar nama jadi UMP) pada masa tu. Kelam kabut saya dibuatnya
. Nak tak nak kene la rancang backup plan.Saya mintak tolong kawan2 saya la jadi pengiring. Bawa bunga manggar aje pun tak kisah la. Tapi last2 alhamdulillah, masa dekat2 nak mula majlis, diorg datang juga akhirnya. Lega
. So, ade ramai pengiring mlm tu. Yang bawak bunga manggar, yang tabur bunga rampai. Tapi mase tu tak menang tangan plak dengan nak briefing diorg mcm mana nk iring tetamu. Pastu dalam masa yang sama VIP dah sampai dan nak kena bg bunga rozet. Memang penat la malam tu. Dengan nak jaga pintu masuk, nak kawal selia ajk2 saya jaga pintu masuk, kawal selia ajk2 yang jaga kaunter tiket. Dah la dewan tu besar. Dengan high heel nye, saye berjalan ke sana ke sini. Depan, belakang, kiri kanan dewan, semua saya redah
. Pastu plak temankan nonie pegi ambil kueh dgn mineral water utk disajikan pada VIP yang sedang menonton. Dah la cafe yang sediakan makanan malam tu jauh dari dewan, sampai separuh jalan, berkaki ayam saya ke sana. Gara-gara lenguh pakai high heel dan nak cepat
. Haha. Kelakar jugak bila ingat balik tapi seronok. Bila dah selesai semuanya. Lega betul. On the way balik KUKTEM, diorg bising2 cerita itu ini dalam bas tapi saya dah tak peduli ape dah. Dah letih sangat. Siap tertido lagi dalam bas
padahal perjalanan dari KMPh ke KUKTEM tak la jauh mana. Hehe. Sekarang ni kalau dengar lagu Sulaman Sembilan mesti ingat MIS 05
. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang telah banyak membantu saya malam tu. Kawan2 saya, nonie, emiey, naf, nani, wawa dan ramai lagi. (nanie dengan wawa siap berlakon jadi gadis kampung lagi malam tu mase persembahan zapin..last minute punye cadangan tu..hehe)
. Terima kasih jugak yang tak terhingga kepada Abg raja sbb bg kepercayaan pada saya. Abg raja la yang banyak membantu dan beri tunjuk ajar
. Daisy: Rindunye dengan masa lalu...

Wednesday, July 23, 2008
Sahabat
Sahabat
by Aizat
Sahabat
Mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup
Sahabat
Ingatlah kau selalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi
Sahabat
Aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku inginkan kau hadir
Aku di sini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
Tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah
Daisy: Aku rindu kamu!!!
Saturday, May 17, 2008
Terima kasih Kalian
Hari terakhir aku berada di UMP. Selepas ni, aku akan memulakan latihan industri di bayan lepas. Macam-macam perasaan yang bercampur baur. Gembira, sedih, semua pun ada. Selepas ni mungkin jarang dapat update blog. Tapi insyaAllah, jika berpeluang aku pasti akan update.
Khas untuk Adik-adik Senandika
Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian. Kamu adalah segalanya bagi akak. Tanpa kamu di sini, akak tak pasti samada akak boleh teruskan hidup di sini. Segala kesukaran dalam hidup akak yang telah akak lalui di sini, akak laluinya dengan hati yang tabah. Segalanya kerana adanya kalian. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi, menceriakan hidup akak. Akak tak kisah apa orang nak kata tentang Senandika, yang paling penting akak senang dan gembira bersama dengan orang-orang yang sentiasa membahagiakan akak. Bersama kalian akak kenal erti kasih sayang. Kalian selalu buat akak tersenyum. Kalian selalu buat akak happy. Kalian selalu buat akak rasa dihargai. Kalian sangat, sangat dan sangat berharga dalam hidup akak. Tak ada tukar ganti. Kalian semua adalah adik-adik akak yang paling akak sayang. Akak tak ada adik. Mungkin kalian adalah anugerah Allah buat akak sebagai ganti. Akak bersyukur sangat-sangat dapat kenal dengan adik-adik semua. Semoga ukhwah antara kita akan kekal selamanya. Bila akak dah tak da nanti, korang jaga diri, jangan gaduh-gaduh dan sentiasalah ingat kat akak ni. InsyaAllah, panjang umur kita jumpa lagi. Mana tahu kalau-kalau akak sambung master kat sini. Dapat la jumpa korang lagi dan terus berteater bersama korang lagi.
Nonie, naf, emiey, note and siau huey
Khas untuk kalian. Itupun, kalau korg baca entri ni. Apa-apa pun, thanks untuk persahabatan terindah selama 4 tahun ni. Walaupun kadang-kadang ada yang bermasam muka, tak puas hati, salah faham dan sebagainya, persahabatan kita tetap erat. Aku nak mintak maaf andainya selama persahabatan kita, ada terkasar bahasa atau tak kena di mana-mana. Terima kasih sebab sentiasa sokong aku walaupun ada yang mahu melihat aku jatuh. Terima kasih sebab selalu bagi sokongan untuk aku, terima kasih sebab sudi jadi kawan aku di saat ada hati-hati yang membenci aku. Terima kasih kerana selalu ada di waktu aku perlukan kamu. Terima kasih kerana selalu buat aku gembira. Kamu adalah sahabat terbaik.
4BKB
4 tahun bersama kalian, cukup untuk aku bukukan sebuah kisah tentang persahabatan. Boys BKB, Terima kasih atas segalanya. Walaupun ada sejarah hitam antara kita. Pasti itu akan lebih mengajar aku supaya lebih berhati-hati dalam memilih kawan. Dan juga mengajar aku supaya lebih berhati-hati untuk mempercayai orang lain. Terima kasih kerana kalian telah banyak mengajar aku tentang kehidupan. Aku tidak pernah membenci kalian. Cuma, apa yang terjadi, bukan sesuatu yang mudah untuk aku lupakan. Girls BKB, thanks for everything. For always made me laugh, for always made me happy, thank you so much.
Friday, May 16, 2008
Selamat Hari Guru
A Teacher for All Seasons
Who nurtures new green sprouts,
Encourages and leads them,
Whenever they have doubts.
Whose sunny temperament
Makes studying a pleasure,
Preventing discontent.
With methods crisp and clear,
Lessons of bright colors
And a happy atmosphere.
While it’s snowing hard outside,
Keeping students comfortable,
As a warm and helpful guide.
With a pleasant attitude;
You’re a teacher for all seasons,
And you have my gratitude!
1. Guru-guru di Seri Murni Kindergarden, Seberang Jaya (1991)
2. Guru-guru di Sekolah Kebangsaan Teluk Air Tawar (1992-1997)
3. Semua Guru-guru di SMKA Al-Irshad, Penang (1998-2002)
4. Para Pensyarah di KMNS (2003-2004)
5. Para Pensyarah dan Jurutera pengajar di UMP (2004-2008)
6. Pak Herman (Gamelan)
7. En. Mior Hashim Manap (Teater)
8. En. Amin (Gamelan)
Daisy: Bonda Azriah, I miss u..i've lost ur contact number...huhu~
Sunday, May 11, 2008
Selamat Hari Ibu
Jarang aku nak melangut depan tv sepanjang pengajian selama lebih kurang 4 tahun kat UMP ni. Melangut depan laptop rajin la. Tetibe je hari ni terasa nak tengok cerekarama kat tv3 tu. Demi Masa. Sheila Rusly berlakon. Best sangat. Rindu pulak kat mak. Semoga aku tak jadi macam Nazli (lakonan Syafie dan Iqram Dinzly) tu kalau-kalau aku dah berjaya nanti. Jasa dan pengorbanan mak ayah, mana bleh dicari ganti. Hidup 100 tahun pun tak terbalas jasa mak ayah yang mendidik dan membesarkan kita bagai menatang minyak yang penuh. Kita hidup pun atas berkat doa mak dan ayah kita.
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”(Riwayat al-Hakim)

Hujan
Dengarkanlah lagu, lagu ku ini
Ikhlas dari hati hanya untuk mu
Aku lah anak mu, anak mu yang selalu
Memelukmu menciummu
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan
Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji
Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahagia
Inginku nyatakan kau milik syurga
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan
Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji
Mak Su: Nazhan, bila dah besar nanti jangan lupa jasa ibu ok!
Daisy: Khas buat mak, kak fida dan semua insan yang bergelar ibu, Selamat Hari ibu!!! Terima Kasih mak..untuk segala-galanya. You're the Best!! =)
Thursday, May 1, 2008
Lovely Luna

Hanya dia teman yang tak pernah jemu
Mendengar segala ceriteraku
Mendengar esak tangisku
Mendengar hilai tawaku
Walaupun ia hanya patung tak bernyawa
.::M i s s h e r s o m u c h::.
owh ya..1st of mei
Happy Labours Day
and
Happy Birthday to Ajid
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu~












