Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Showing posts with label Sharing is Loving. Show all posts
Showing posts with label Sharing is Loving. Show all posts

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah swt untuk bertemu dengan Ramadhan lagi. moga diberi kesempatan bersamanya sehingga ke akhirnya. insyaAllah. amin.

jom. nak kongsi dengan semua kelebihan Ramadhan. info ini saya dapat dari ceramah Tuan Sidek Tuan Muda, pensyarah PBMSK UMP di majlis Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan khamis minggu lepas.


1. Ketibaan Ramadhan Membawa Keampunan

dalil: Daripada Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah saw bersabda sembahyang lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan penghapusan kepada dosa-dosa yang berlaku antara keduanya selama mana menjauhi dosa-dosa besar. (riwayat Muslim)


2. Bulan Al-Quran
2.1 Al-Quran diturunkan (mukjizat terbesar)

dalil: Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadhan, yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk sekaliain manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk-petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah. (Al-Baqarah:185)


2.2 Nabi saw bertadarus dengan Jibril a.s.

dalil: sabda Rasulullah saw: dari Ibnu Abbas r.a telah berkata: adalah Nabi saw manusia yang paling pemurah dan baginda menjadi paling pemurah pada bulan Ramadhan ketika bertemu dengan Jibril, dan Jibril itu bertemu dengan Nabi saw setiap malam bertadarus Al-Quran, sesungguhnya baginda saw menjadi lebih pemurah dariada angin yang bertiup. (Riwayat Al-Bukhari)


3. Baginda saw menjadi sangat pemurah berbeza dengan bulan-bulan lain. (dalil seperti di atas)


4. Dibelenggu syaitan-syaitan dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibuka pintu-pintu syurga.

dalil: Daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba Ramadhan maka akan dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelenggu syaitan. (riwayat Muslim)


5. Peluang untuk membebaskan diri dari api neraka

dalil: Apabila malam pertama bulan Ramadhan tiba, syaitan-syaitan dan jin jahat dibelenggu. pintu-pimtu neraka ditutup sehingga tidak ada satu pintu darinya yang terbuka dan pintu-pintu syurga dibuka sehingga tidak ada satu pintu pun yang tertutup. Kemudian ada seorang penyeru yang berseru: "Wahai pencari kebaikan, sambutlah. Wahai pencari kejahatan, berhentilah. Maka Allah membebaskan orang-orang dari neraka dan itu berlangsung pada setiap malam". (riwayat Termizi)


6. Padanya ada lailatul qadar (yang lebih baik dari 1000 bulan)

dalil 1: Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. (Surah Al-Qadr: 3)

dalil 2: Daripada 'Aisyah r.a sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, carilah kamu malam lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam yang terakhir daripada Ramadhan. (Muttafaq 'alaih)


semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat. insyaAllah. selamat menjalani ibdah puasa :)

Sunday, July 19, 2009

Troch Grip?Ape tu?

Trochanteric Grip ni salah satu device yang dihasilkan oleh Straitsorthopaedics. Barang ni, barang baru dalam Project Transfer. Sebelum ni packaging tak buat kat Malaysia. Barang ni sekarang dah dipindahkan ke Malaysia untuk packaging makanya, berbondong-bondong turun segala golongan profesional yang berkaitan dengan alat tersebut ke Malaysia bagi memberikan latihan tentang cara-cara memasang dan membungkus barangan tersebut. Sorang je pun. eheh.Hyperbola je cerita.


yang baju biru ni encik mark harris nama dia.


ni tulang tipu jer..huhu


ni la troch grip, die mcm hook. mencangkuk greater trochanteric. ni tulang femur. sy ckp ape yang saya tau je la sbb sy pun bukan ortho surgeon. huhuhu~


troch grip yang attached ngn femur tu kemudian akan diikat dengan cable. hook yang mengelilingi tulang tu cable passer. eeiiii...bayangkan dalam operation theatre...eiiii...ngeri3...huhuhuhu


yang ni plak diorg akan guna tensioner utk dapatkan tension yang diperlukan. detail lagi saya pun tak tau sangat sbb tak blaja bidang ni..haha..lepas dah dapat tension tu barula diorg tighten screw die and potong cable2 tu dan tinggalkan alat tu lam badan. wawawa...saketnyaaa...!!



Daisy: Saya algiophobic person, sbb tu tak leh jadi doc kot. Tengok SAW pun penakut ada hati nak jadi doc.Ceh!