Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Showing posts with label Art and Culture. Show all posts
Showing posts with label Art and Culture. Show all posts

Saturday, April 24, 2010

merompak vs berteater

Dah lama tak menulis di sini
aroma2 sunyi dan sepi pun dah meresap masuk dalam blog aku ni
lately tak de berita or cerita yang menarik or best pun yang nak dikongsi
minggu lepas punya ada la
tak sempat nak hapdet minggu lepas
sbb dah janji dengan bos
nak OT pas habis aktiviti luar aku

suatu hari dlm kete on the way gi mkn tengah ari..

bos: kamu ada aktiviti apa hah?merompak ah?
aku: ha'a
bos: sy join boleh a??
aku: mana bleh...
bos: kenapa x boleh?
mira: nnt hasilnya kene bahagi 2..
aku: btol3! (sambil angguk2)
bos: hahaha..ya la hah

hahahaha...bos yang klaka..i like my bos..
opss..kembang pulak kalau dia tau. slalu kalau dia tanya

bos: kamu suka saya tak??
aku: tak.

**mira je jawab suka during appraisal..
takot die tak tlg naikkan gaji le tu..hak3.
tapi kalau die tanye soalan tu kat aku during appraisal pun
aku akan jawab suka. wakakakakakakakaka


back to my aktiviti luar punya story
ekceli bukan pegi merompak pun
ada ka patut kata aku gi merompak
aku gi buat keje amal yang suci lagi mulia...hahahhaha
opss..buat keje amal x bleh bgtau
nnt riak dan takabbur pula jadinya
ingat tu kawan-kawan...hik3~

minggu lepas, berakhirlah sudah Teater Sireh Bertepuk Pinang Menari
setelah 4 bulan diorg bertungkus lumus
berlatih..hafal dialog..buat set..cari props..kostum...plan itu ini..macam2 la
kredit utk semua ahli2 produksi Sireh Bertepuk Pinang Menari
it was my first time la join produksi yang besar kat penang ni
banyak yang dapat dipelajari
walaupun aku lebih banyak diam
tapi tak bermakna aku tak belaja apa2
aku belaja dari pemerhatian ja
segan lak nak tanya lebih2
hahahaha..ops..jgn tiru aku...malu bertanya sesat jalan
makanya next time banyakkan lah bertanya
kalau betul nak belaja

aku tau banyak suka duka cubaan dan dugaan
sepanjang pembikinan teater ni
ewahhh..ayat macam nak bikin filem pulak
but who knows..
maybe 1 day abg li kandaq ayaq nak buat filem pulak ka..hehe
jadinya..segala yang telah berlaku
jadikanlah ia sebagai satu pengalaman berharga
tak kiralah pahit ka manis ka masin ka tawaq hebiaq ka apa ka
yang penting kita blaja sesuatu
dan make sure ambil dari sudut yang positif aje
yang negative2 tu tak yah la amik bawak balik
tinggai ja..tak pun pi buang jauh2
kita bukan nak warnai hidup kita dengan warna2 suram dan tak cantek kan
tapi so far lebih banyak yang happy dari yang tak happy
puas hati dapat bekerjasama dengan mereka2 yang sememangnya berpengalaman
depa ni semua tak lokek ilmu
sangat friendly..professional..happy go lucky...
pendek kata tak kering gusi la dok ngn depa semua
release abis semua tension2 kat tempat keja
or keluh kesah yang ada dalam hati ni
haihhh..how i miss sireh bertepuk pinang menari so much!

thanks to all yang banyak bagi tunjuk ajar
dan menerima diri ini
and thanks to the Pengarah Sireh Bertepuk la wei
sbb kasi wa peluang masuk produksi ni
untuk semua tenaga produksi
if ada silap dan salah sepanjang kita bekerjasama ni
ampun dan maaf dipinta walaupun hari ni bukan hari raya..haha
thanks u olsss...the colors of my life!!

Monday, March 29, 2010

Latest info related to SBPM


untuk tempahan kupon sila berhubung dengan cik saidatul aina di talian 04-2817791/92
sekian terima kasih~

(",)

Wednesday, March 24, 2010

Sireh Bertepuk Pinang Menari

Perhatian!Perhatian!untuk semua peminat-peminat teater yang dok ada kat sekitar penang ni...pada 16-18 April ni, jangan lupa mai Audi P.Ramlee. Ada teater baekkkk punya yang akan dipersembahkan. Hehe. Yang jauh2 tu pun kalau nak mai tengok sangat2 la dialu-alukan. Kupon dia 5 hengget ja. Tak mahai. So, mai la bawak kawan2, sedara mara, adik, kakak, abg, adik ipaq, tok cik, tok long, mak ngah, semua-semua la. kita tengok teater ni ramai2 na. Teater ni tajuk dia Sireh Bertepuk Pinang Menari. Karya Dato' Noordin Hassan. Sasterawan Negara kita.

Cerita dia macam mana?haaaa..alkisahnya beginiiii..pada suatu hari...eh, salah2..macam ni cerita dia. Ada satu negeri ni, Indera Mahkota nama dia. Diperintah oleh Sultan Idris Bestari. Baginda ni seorang yang berjiwa rakyat. Satu hari ni, baginda nak pegi belayar ke luar negeri, jadinya segala pentadbiran negeri baginda pun bagi la kat anakanda baginda iaitu Zahiruddin Shah. Lain pulak fi'ilnya Zahiruddin Shah ni ngn ayahanda dia. Lepas Sultan pegi belayar je, Zahiruddin Shah telah memecat wazir. Kononnya, wazir dah tua dan perlu berehat. Pastu baginda lantik plak wazir baru. Wazir baru ni banyak la bg cadangan kat Zahiruddin Shah. Dia suh Zahiruddin beli emas dengan rakyat pada harga yang murah untuk mengindahkan lagi istana supaya menjadi lambang kemegahan Indera Mahkota so, bila ada raja dari negeri lain datang melawat bleh menunjuk-nunjuk la...gitu..ish3~

Pastu Sultan Idris pulak, belayar sampai la kat negeri Langkapura. Negeri tu kaya dengan emas dan diperintah oleh Ratu Salbiah. Sultan Idris menyamar sebagai Mamanda Idris dan bertemu dengan Ratu Salbiah sebab baginda nak bg amaran tentang seseorang yang menyebarkan ajaran sesat kat negeri Langkapura tu. Pastu banyak lagi la kisah sepanjang dalam perjalanan Sultan Idris tu...

Yang Zahiruddin Shah pulak (ni cerita kat Indera Mahkota la pulak) sibuk dok indahkan Taman Sari baginda. Nak letak pokok-pokok dan bunga-bunga luar biasa la, bina sungai yg air nya biru la, haiwan liar la..macam-macam la. Pastu Baginda jugak nak pegi meminang puteri Langkapura, Puteri Kamaliah namanya. Negeri Langkapura kan kaya dengan emas, jadinya banyakla benefit yg baginda akan dapat kalau dapat kawen ngn Puteri Kamaliah. Masa baginda tengah berbincang dengan pembesar negeri, tiba-tiba, salah seorang dari pembesar negeri mempersoalkan tentang, bagaimana sekiranya peminangan ditolak?

Tuanku Zahiruddin pun berkata....Jika sekiranya peminangan ditolak, Negeri langkapura hendaklah mempersembahkan sepasang Sireh Bertepuk Pinang Menari....

Nak tahu yang selanjutnya..kena la mai tengok sendiri kat auditorium P. Ramlee Penang 16 sampai 18 April ni. Nak cerita kat sini panjang lebar tak best, kena mai tengok real punya cerita baru ada ummpphh..hahaha..jadi jangan lupa noooo..pakat mai tengok cerita ni ramai2. Banyak pengajaran yang akan disampaikan melalui teater ni. Sama-samalah kita menghayati dan semoga terhibur. Jumpa di sana nanti noooo... (",)

Monday, March 1, 2010

Apresiasi buat produksi MR2

berakhir sudah azab manusia raja 2
azab??haha..ayat tak bleh blah
tak sangka pulak aku dah berlakon untuk produksi bakawalee
makanya en. usop cakap
aku sudah secara rasminya menjadi ahli bakawalee
perghhh!!
sikit punya lama baru diiktiraf jadi ahli
huhuhuhu
ape2 je la..yang penting aku happy
terima kasih banyak2 kepada semua yang terlibat secara langsung dan x langsung
terima kasih kerana sudi bagi peluang pada aku
risiko tau meletakkan aku di tengah pentas tu
sendirian!huhu
sebabnya aku bukan pelakon yang bagus
latihan kurang dari 2 minggu je
jadinya masa nak perform aku rasa macam kurang bersedia
but my boss cakap itu akan menjadi modus operandi bg manusia raja
tak nak nnt berlatih sampai nak muntah katanya
makanya bersedia atau tidak bolos saja dinding itu!!!!
bak kata zizan..hehe
thanks pada pengarah aku kak yus yang banyak bagi tunjuk ajar dan kata2 semangat!
yay!!semangat2!!
untuk semua yang terlibat menjayakan MR2
mintak maaf banyak2 andainya sepanjang produksi
ada salah dan silap terkasar bahasa
aku manusia biasa bukan manusia raja..haha
kepada kawan2 aku yang sudi datang menonton
(nonie,ilia,naim, mira, marul)
terima kasih
korang memang best!!
aku hampir give up (atas sbb hati kurang baik beberapa jam sebelum show)
tapi sbb korang dtg aku tak jadi give up
haha..buleh pulak macam tu kan
nonie & ilia!!!
terharu beb korang sudi tunggu sampai ayat terakhir aku kat atas pentas
walaupun masa tu dah pukul 9.40
dh la korang nak kejar bas balik pahang kol 10.30 mlm tu kat butterworth
terharu sangat!huhuhu..rindu korang!!!
aku tak kesah la kena marah pun (sebab aku pegi lobi time show)
janji puas hati dapat jumpa korang before korang balik
bukan senang nak dapat jumpa
kan??hehehe
sekali lagi
buat semua tenaga produksi MR2
terima kasih yang tak terhingga
atas segala kerjasama, tunjuk ajar, dan dorongan
harapnya lepas ni
boleh bekerjasama lagi untuk produksi seterusnya.
insyaAllah...
kalau panjang umur semuanya.

Sunday, December 27, 2009

ari yg bahgie~

bahagianya kalau hari-hari macam ni
makan tido tengok tv
pecah perut aku tengok citer nizam kambing
cam hampeh tol lawak
haha
pastu sambung tengok titanic
dramatik segala
touching2 plak aku tgk citer jiwang
hadussss
layan je
hmmmmmmmmmmmm
rasa macam tak nak ada ending untuk hari ini
tapi life must go on
hari isnin sudah kerja
rutin harian bakal bermula
huhuhuhu
tidakkkkkkkkkkkk!!!! (sila jangan layan khayalan hyperbola ini)
hmmmm..tapi
selain tu hari ni aku pegi majlis kawen coach hoki aku masa skolah dulu
abg shahir
best!
ada silat segala
teringat masa zaman sekolah rendah dulu
masa tu orang kawen mesti kene ada perarakan kompang
abang aku salah sorang dari pemain kompang kat kampung dulu
kalau nak tau
sekarang ni tak lagi dah
die buat bisnes amek vid and photo org kawen plak
bleh le contact2 abg i
(eheh..sempat aje aku buat promo)
abaikan
kembali pada topik asal
sekarang ni macam dah susah nak jumpa
ada tu ada tapi jarang jumpa
sekarang ni pakai cd jer
walaupun sama tapi tak serupa
kan?
bila dengar muzik silat tadi
memang terimbas la kenangan masa kat ump dulu
rindu pada mereka-mereka yang cintakan seni budaya
harap kita masih boleh untuk terus berjuang
walau di mana pun kita
kalau kita tak teruskan siapa lagi?
tapi tadi asyik sangat aku tengok diorang bersilat
lupa mahu snap gambar
huhuhu
tak pe la nanti kidnap dari rafey
kawan aku aka adik coach
sekarang tengah fikir ape nak buat esok
nak tengok muallaf
ade sape nak ikut??
tak nak?tak pe i bleh pegi sorang
hehe
no worries!
have a nice day for tomorow onwards
ops..sebelum terlupa
Happy Birthday to my adik Farani Mustafa
moga panjang umur murah rezeki
=)

p/s: Farani, akak masih hutang kamu sesuatu. bilakah kita dapat bertemu??huhuhu~

Sunday, December 6, 2009

nak jugak~

they ols pegi tengok Natrah mlm ni
nak jugak tengok teater Natrah
sejak tengok banner kat IB time aku kat kl tengok KoKen dulu lagi
aku dah jatuh hati nak tengok teater ni
time tu dah pasang niat pun nak tengok teater ni
tapi macam tak berkesempatan je
uwaaaaa...nak nanges..huuuuu~

Wednesday, November 11, 2009

Berakhirnya sebuah Dusta

Alhamdulillah...
Dusta Pada Skala 1 hingga 10 telah berjaya dipentaskan di hadapan para panel penilai pada 6 November lepas. Tak sangka. cepat masa berlalu. Hari yang buat aku ternanti-nanti, akhirnya berlalu. Dan pastinya berlalu meninggalkan kenangan yang best dalam hidup aku. Harapnya masih ada peluang untuk aku join lagi persembahan di Penang pada masa depan. Mungkin ini yang terakhir, siapa tahu. Serius, sangat rindu masa-masa bersama mereka-mereka yang terlibat sama menjayakan Dusta.

Pada mulanya agak susah hati sebab setiap kali latihan, mesti tak cukup korum. Cerita ni, kalau tak cukup korum memang tak bleh jalan. Saat-saat akhir terpaksa ganti pelakon. Nasib baik diorang ni pro dan berpengalaman. Ceeewaaahhh...ada la yang kembang semangkuk tu..opsss..hihi...Kalau bg kat aku sure lingkup. Haha. Sebab tu la tuan director tak bagi. ye tak encik PK??...Ngeh3~

Hari persembahan merupakan hari yang paling mendebarkan dan menakutkan. Gemuruhnye ya Allah...kalah orang yang kene berlakon atas pentas. Padahal aku jaga sound jer pun. Sound check..sound check..1..2..3...hoho...Maaf la kalau ade yang terpaksa tadah telinga dengar aku cakap..takutnya..gemuruhnya..rama-rama dlm perut la hape la...sampai 10-20 kali. hehe...Bukan ape. Aku mahu segalanya sempurna. Perfect. Walaupun nothing is perfect in this world. rite??Aku tak mahu buat salah walaupun peranan aku x besar mana pun dalam persembahan ni. kalau aku buat salah, sian pelakon nanti celaru plak kat pentas. hehe. dan lagipun itu kali pertama aku sentuh board tu. Tersilap tekan, habis aku. Huhu. (tapi tak pe...coach ade kat sebelah =p hihi~)

Tahniah buat semua yang terlibat menjayakan Dusta. Apa yang kita perform malam tu bagi aku memang cukup perfect, cukup puas hati. 10 kali lebih baik dari yang sebelumnya. baik dari semua segi baik lakonan, set dan juga teknikal. suke sangat. ada orang penah tanye aku, sepanjang terlibat ngn teater kat penang produksi mana yang aku paling puas hati..masa tu aku tak ada jawapan untuk soalan tu. tapi sekarang, aku dah ada jawapannya. sebelum ni aku tak rasa puas hati bukan sebab diorang tak bagus tau. jangan salah sangka ye. Hmm...Aku harap lepas la untuk bertanding di peringkat kebangsaan. Doa-doa la ye...aminnn...If dapat pergi kebangsaan aku akan sokong habis-habisan walaupun masa tu mungkin aku dah tak ade lagi. mungkin aku akan jadi penyokong di kerusi penonton ataupun aku jadi penyokong yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. hoho. gerun tak bunyinye?. Semangat aku tetap bersama dengan team Bakawalee Penang. Percayalahhhhhh...ngeee~ (mengadalah kau!)

Terima kasih kepada semua yang banyak memberikan tunjuk ajar dan memberi peluang serta ruang untuk aku. ewahh..macam nak buat ucapan menang award plak. hehe. deeply from my heart, berharap sangat dapat bekerjasama dengan kalian lagi. harap korang tak serik la ek. hehehe. saya mintak maaf banyak-banyak sekiranya sepanjang proses menjayakan Dusta ni, ada kata-kata saya yang melukakan atau perbuatan yang menjengkelkan. kadang-kadang berat mulut nak bercakap. korang mungkin nampak aku kurang memberi idea. kurang memberikan sumbangan. kurang memainkan peranan. mintak maaf banyak-banyak la ek. Maafkanlah segala kekhilafan diri ini. yer??0-0 ek??

Akhir kata...Korang memang BEST!Walaupun ada yang kata korang mulut neraka...hahahhahaha...bukan i kate tau~larikkkkkk!!


Daisy: Ada tugas yang masih belum selesai. ada hutang yang masih belum langsai. Dusta belom tamat daaa...Jadi teruskan berdusta..haha~

Sebelum terlupa tahniah jugak buat team TeTaMu dengan monolog Jebat: Rahsia Kesumat. tak dapat pegi tengok Jebat perform petang itu. huhuhu. nape la penilaiannya jatuh pada hari yang sama. sob3~

Juga tahniah buat produksi Kisah Si Semut. cayalah abg jinggo..hehe..adik-adik yang cumilll...kamu semua memang best sangat. kawaiiiiii!!!!!

Pics Dusta during persembahan tak ade la plak. sik sempat mok capture. huhuhu. tunggu lah..nnt ambil dr kwn2 dan upload ke sini. cuma ada gambar si semut jer. tu pun gambarnya kurang memuaskan. sik kacak nak??layan je la yer apa adanya. hehe~

Thursday, October 29, 2009

DUsta..dusTa..DuStA~

mai la tengok show kami kat audi p ramlee penang
2 & 6 nov 830mlm
free je tak yah bayar

Dusta Pada Skala 1 hingga 10




depa yang gigih berlatih~

all the best korang!!

doakan kami berjaya utk penilaian ni~
aminnnn...

Wednesday, July 1, 2009

JEBAT


Seluruh bangsa melayu di bumi Melaka ini mengatakan Jebat derhaka
Atas dosa yang Jebat lakukan
Hanya untuk mencari kebenaran
Demi Tuah yang disayangi...



Monolog
JEBAT: Rahsia Kesumat
Malam ini
830 mlm
can't wait for it!!
All Da Best Jebat!!


Sunday, May 24, 2009

FTNPP 2009

FESTIVAL TEATER NEGERI PULAU PINANG 2009

Jadual Pementasan FTN 2009 di Auditorium Taman Budaya Negeri
SEMUA DIJEMPUT HADIR.....MASUK PERCUMA


A) MONOLOG

1. 1 Julai 2009 - GDW Kg.Contoh - (Halusinasi Sang Algojo)
- 2.30 Petang
2. 1 Julai 2009 - Anak Harapan PFS - (Eksperimen Pembunuhan [Raja Lekuk])
- 3.30 Petang
3. 1 Julai 2009 - TE.TA.MU - (Jebat: Rahsia Kesumat)
- 8.45 Malam
4. 1 Julai 2009 - Indah Kembara USM - (2 Tingkat)
- 10.00 Malam

B) KANAK-KANAK

5. 3 Julai 2009 - Warisan Jemari - (Kisah Semut)
- 8.45 Malam
6. 5 Julai 2009 - Anak Serigala - (Sungai Bonda)
- 8.45 Malam

C) NGO / IPT

7. 7 Julai 2009 - Suara ACMS - (Mencari Juita)
- 8.45 Malam
8. 9 Julai 2009 - L.E.Q.I.U Penang Free School - (Bicara)
- 8.45 Malam
9. 11 Julai 2009 - Bakawalee - (Dusta Pada Skala 1 Hingga 10)
- 8.45 Malam
10. 13 Julai 2009 - Dewan Budaya - (Lokan Bertepuk)
- 8.45 Malam
11. 15 Julai 2009 - Kersani - (Mustika)
- 8.45 Malam
12. 17 Julai 2009 - GDW Kg.Contoh - (Serakah)
- 8.45 Malam
13. 19 Julai 2009 - Epilog Kembara - (Nasib)
- 8.45 Malam
14. 21 Julai 2009 - NVR Corp - (Hanya Lala)
- 8.45 Malam
15. 23 Julai 2009 - Resdong's - (Neraka Petualang)
- 8.45 malam
16. 25 Julai 2009 - House Of Theatre Society - (Legacy)
- 8.45 Malam
17. 28 Julai 2009 - Majlis Anugerah Festival Teater
- 8.45 Malam

Sumber: http://tbnpenang.blogspot.com

Sekitar Bengkel Rebung Teater-9 Mei 09


taman budaya negeri pulau pinang



latihan vokal bersama en li KA



snap..snap aje muke2 peserta yang tekun



sempat plak posing dengan kakak kesayangan saye ni



penerangan dari en veera tentang objektif bengkel



kelas teori oleh dr. azerul..hohoho



ni peserta2 dari group PADI



ini gambar-gambar yang diambil semasa bengkel rebung teater yang telah diadakan pada 9 mei bertempat di taman budaya negeri pulau pinang. best woo bengkel ni. rugi sape tak pergi. diorang ajar mende-mende asas untuk lakonan. cara pernafasan dan lontaran vokal yang betul dan macam-macam lagi. bengkel ni diadakan pada setiap hari sabtu. so sape-sape yang berada di sekitar pulau pinang yang berminat nak belajar tu, ringan-ringankanlah kaki anda ke sana. dapat luaskan ilmu dan tambahkan pengalaman.

semalam pun ade jugak bengkel ni tapi daisy tak ambil gambar la pulak.

Daisy: salah satu kelebihannya, bleh tingkatkan keyakinan diri. Daisy mahu jadi seorang yang berkeyakinan tinggi. huhuhuhu~

Monday, April 27, 2009

Manusia Raja Menutup Tirai

Semalam berakhirlah sudah pementasan monodrama Manusia Raja. Untuk produksi Manusia Raja, aku bertugas sebagai krew teknikal. Buat pertama kalinya aku jaga lightingboard tu. Nervous btol. Hanya Tuhan saja yang tahu. 2 hari sebelum pementasan aku merasa la jugak pengalaman buat focusing. Rigging tak sempat nak tolong sbb balik keje lambat. Huhuhu. Ampun ya.hehehe. Masa focusing pun tak banyak membantu diorang. Sebabnya, aku gayat. Panjat scaffolding tu tapi duduk je kat atas. Tak berani langsung nak berdiri. Hampeh betul aku ni.haha. Confirm diorg gelak ni kalau diorg baca aku punye blog. Huhuhu. Pengalaman baru untuk aku tapi memang best dapat buat kerja-kerja teknikal. Hehe. SM kata aku kene blaja lagi lepas ni. Hehehe. Bleh3. Nak try jadi teknikal untuk bangsawan. Confirm tak tido malam. Silap2 bleh jadik geng panda ngan abg li. Opsss..hahaha

Masa pementasan banyak kali jugak buat salah. Mintak maaf ye, pelakon2 sekalian. Hari first, lampu abg midi laju sgt. Tak sempat die nak simpan lighter lam poket. Hari kedua lampu wan azrul plak laju and profile short masa show abg li. Sori3. Tak sengaja semua tu. Jgn marah. Sy budak baru belajar. Huhuhu. Terima kasih yang tak terhingga untuk semua sebab bg kepercayaan kat sy. Kepada yang banyak memberikan tunjuk ajar, abg usop, abg hafiz, abg veera (encik SM) terima kasih banyak-banyak. Jasamu kukenang. Hehehe.

Secara keseluruhan, persembahan dari pelakon-pelakon memang mantap ayam!! (kire mantap gile arr mengikut kamus azril edisi ke-2). Best sgt tgk diorg berlakon. Terasa nak berlakon pun ada. eheh. Tapi tak sampai mcm diorg kot kalau aku berlakon. Tak bleh lawan tahap dewataraja diorg arr. Hoho. Kalau boleh bawa Manusia Raja ni pergi Pahang kan best..pengarah..jom laaa…huhuhuhu~

Secara peribadi, aku paling suka naskah Aku Bukan Parewa karya Dudok. Ia mengisahkan tentang seorang bapa yang sanggup membunuh anaknya sendiri demi untuk menyelamatkan dunia dari kerosakan. “Anak-anak yang rosak akan merosakkan dunia”. Cerita ni memang dalam maksudnya. Ia mengajak manusia untuk berfikir. Masa first time baca skrip ni, memang salute la ngn abg usop. Idea die mmg best. Idea yang kadang2 tak terjangkau dek pemikiran org lain. Mesej yang nak disampaikan pun banyak. Rugi sape yang tak datang tengok. Tambah plak yang melakonkan watak tu adalah abg li. Pelakon lelaki terbaik 3 tahun berturut-turut tu. So, memang gempak arr..hehe~

So for the next monodrama, pengarah kata jadikan Manusia Raja 1 ni sebagai benchmark. Maksudnya, Manusia Raja 2 nanti mesti lebih baik dari Manusia Raja 1. So nantikan kemunculan Manusia Raja 2. Buat masa sekarang Bakawalee akan menumpukan perhatian untuk ke festival teater negeri yang akan berlangsung sekitar Julai nanti. Bakawalee!! All da best!

Tuesday, April 14, 2009

Manusia Raja

Wednesday, November 5, 2008

Rindu bertandang lagi~



Bonang. Dah lama aku tak sentuh. Rindu pun ada dengan team Astana Sukma. Rindu nak perform atas pentas lagi. Bonang tu banyak simpan rahsia suka duka aku. Ia saksi segala ceritera. Suka duka bersama team Astana Sukma dan juga suka duka bersama Senandika. Macam mana pulak bonang ni boleh terlibat dengan kumpulan teater?sbbnye, dia pun take part jugak dalam pementasan Pusaka Sari. Boleh dikatakan tunjang kepada cerita Pusaka Sari ni. kalau tak ada bonang, tak jadilah cerita dan tak terjadilah tragedi pembunuhan kejam Puteri Ayu Kirana Sukmasari oleh Inang Bayu yang kecewa cintanya ditolak Arjuna, si pemain bonang istana. Masa pementasan teater BONANG tahun 2006, bonang ump tu tak wujud lagi. Masih berada di Jawa.hehe.

Sepanjang latihan teater PS, selain bertugas sebagai SM aku juga diberi amanah untuk mengajar Kay, Yuyun, Nor, dan Bob untuk bermain bonang. Selain tu, kene ajar stand in jugak, Daoz, Izni, Yan and Rani. Diorang ni memang cepat belajar. Pendek kata memang best ajar diorang semua. Except for Rani yang degil tak nak blaja main bonang. Kenapa?ntah die.haha. tak kisah la. Pementasan tu dah berjaya pun. Rugi la die tak sempat berguru ngn aku. haha. Sepanjang latihan PS jugaklah, bonang ini menjadi saksi kepada apa yang terjadi selama kami bertungkus lumus bagi memastikan PS berjaya di bawa ke festival. Sampai satu tahap, aku tak boleh tengok, sentuh, atau main bonang ni. Tengok pun bleh jadi sebak. Ceh. Memang aku emosi masa tu. Tekanan yang menghimpit. Banyak sangat masalah masa tu. Segala-galanya dihenyakkan dalam masa yang sama. Boleh dikatakan tekanan yang paling menyeksa jiwa aku la sepanjang aku hidup. Tapi semua tu pengalaman yang mengajar aku. Kesilapan yang tak akan aku ulang di masa hadapan. Bukan boleh nak puaskan hati semua orang. kan?

Walaupun aku tak pandai sangat pun main bonang, tapi aku bersyukur sebab aku berkesempatan jugak belajar main. Sbbnya, itu la cita-cita aku masa aku kat skolah dulu. Tak terfikir pun aku akan dapat peluang ni. Satu pengalaman yang sangat-sangat berharga. Mengenal team Astana Sukma pun satu anugerah jugak. Dapat mengenal karenah manusia yang pelbagai. Tak ramai yang sanggup berjuang secara sukarela untuk seni. Tak ramai yang sanggup berkorban kerana minat. Semuanya mengharapkan balasan. Sepanjang berjuang bersama kelab kebudayaan dah banyak air mata yang mengalir, dah banyak kali hati terguris. Sedih dengan sikap sesetengah pihak yang pentingkan diri dan tak memahami. Apa yang terjadi antara aku dan Astana Sukma juga Senandika, bonang jadi saksi. Namun, apa yang terjadi segalanya telah tertulis. Bukan senang mahu cari mereka-mereka yang sehaluan. Setiap manusia punya pendirian masing-masing. Apa pun semua itu dah pun jadi kenangan. Kenangan yang pahit atau manis itu tak penting. Yang penting, ada sesuatu utk dikenang dalam hidup. ('',)


Persembahan Sulung Astana Sukma
(Masa ni menggunakan alat gamelan muzium Pekan, Pahang)


Tuesday, September 9, 2008

Aku dan Senandika..Siri 1



Lama aku berfikir. Tak tahu nak mulakan dari mana. Aku berminat dengan lakonan pentas ni sejak di bangku sekolah lagi tapi tak de la sampai aku bermimpi mahu jadi selebriti or yang seangkatan dengannye. Cuma minat berlakon. Masa first year, aku mendaftar sebagai ahli drama tapi disebabkan ada komitmen lain pada masa tu, makanya aku tidak berpeluang utk menyertai kumpulan drama membuat persiapan drama ENOT. Walaupun begitu, aku sempat jugak menyumbangkan idea dan tenaga dalam produksi PENUNGGU PUSAKA. Kalau tak silap, masa tu kedua-dua drama ni dipentaskan dalam minggu yang sama. Yang berbezanya hanya pelakon. First year berlakon citer ENOT and senior2 berlakon citer PENUNGGU PUSAKA. Antara pelakon-pelakon Penunggu Pusaka yang aku ingat Kak Mel, Abg wan, Abg Raja, Abg Zam, Jaro, Kak Ma, Kak Ada. Mase ni kenal muke2 diorg je. Tak knal nama pun. Walaupun jadi krew props utk drama ni, aku tak rapat dengan diorang. Keje aku masa tu cuma pastikan props ada masa hari persembahan. Perjumpaan pun jarang pegi. Bz dengan aktiviti lain. That's why la bile jumpe kak Mel mase klas hoki baru la tahu.."ooo... yang ni rupenye Siti Melody"...huhuhu. Selepas persembahan drama ENOT, kumpulan drama telah di 'banned' dari membuat sebarang persembahan. Banyak konflik dan krisis yang terjadi masa tu. Selepas itu, Kelab Kebudayaan di bawah pimpinan abg mawi (presiden ketika itu) juga lenyap. Sepi tanpa sebarang aktiviti.


Masuk tahun dua, baru aku tahu yang sebenarnya Kelab Kebudayaan dan Kesenian telah dibubarkan atas sebab-sebab tertentu. Namun begitu, Kelab Kebudayaan bangkit semula setelah sekian lama menyepi. kali ini bersama teraju yang baru. Abg Raja. Masa perjumpaan pertama bersama ahli kelab, aku dan nonie hanya mendaftar sebagai ahli gamelan. Tak tau nape aku tak mendaftar dengan kumpulan drama masa tu. Yang menjadi sebab aku bleh mendaftarkan diri semula dalam kumpulan drama ni adalah apabila ada sesi taaruf pulak masa perjumpaan kelab tu. Maklumlah masa tu yang datang mendaftar sebagai ahli kelab boleh dibilang dengan jari je. Tak macam sekarang ni, kene pakai kalkulator. Masa taaruf plak kene cakap pengalaman dalam bidang seni dan budaya ni la. Aku mane ade pengalaman lain selain berlakon drama masa sekolah dan masa matrik dulu. Nak cakap pengalaman main gamelan langsung tak ada. Cuma pernah tengok org main je. Jadinye aku bantai je la cakap pengalaman berlakon drama masa skolah dulu. Lepas tu Kak Ma tanye, tak nak masuk kumpulan drama??hati nak tapi ntah. Malu tapi mahu.haha..Aku ni pemalu orangnye. hik3. Lama jugak aku berfikir dan akhirnya aku anggukkan je.


First meeting drama yang paling menggerunkan aku. Mana taknye. Kene berlakon spontan. Lemah btol aku bab2 berlakon spontan ni. Tapi itula pendekatan dalam kumpulan drama. Perjumpaan tu, aku pegi dengan nonie. Aku kene berlakon ngn nonie masa tu. Dapat tema mak tiri plak. Korang dapat agak tak sape yang jadik mak tiri??. huhuhu. dah le nonie tu suke buat lawak spontan. Nasib baik aku bleh cover gelak mase berlakon. Tapi nonie memang hampeh la. makin lama knal dier, ko jangan la bagi aku berlakon dengan dier. Kang tak sudah2 aku gelak. Tapi alhamdulillah, setakat ni, aku buat persembahan, tak de lagi la aku tergelak kat atas pentas. bukan ape, tapi tu le aku. Serius mase persembahan sebenar. Sebabnye orang ramai. Tak de pikir nak gelak2 dah. Dok pikir nak tamatkan scene aku je. Darah gemuruh aku ni. huhuhu...


Drama pertama aku ape ek?drama perkahwinan la untuk malam penutup Minggu Peradaban Budaya dan Perpaduan. Aku jadik mak andam aka mami bee. Kena cakap loghat utara. Tak la susah bagi aku sebab aku ni mmg org penang pun. Tapi yang susahnya sebab scene akhir aku kene buat skrip sendiri. wawawa. cuak betul masa tu. Mula la duk mereka ayat2 sendiri utk babak akhir tu. Semua pelakon pun tak de skrip. Spontan. Kelebihannya, supaya drama tu tampak natural. Alhamdulillah. Semuanya lancar. Tak de masalah tentang babak akhir tu. Cumanya masa persembahan memang cuak habis. Mana taknya. Manusia melimpah ruah dekat astaka tu. Tak pernah aku tengok astaka penuh sampai macam tu sekali. Takut aku lupa skrip. Tapi malam tu aku cuba buat yang terbaik. Alhamdulillah. Segalanya selesai.


Selepas tu aku berlakon drama ape lagi ek??Aku tak ingat turutan peristiwanya tapi aku pernah berlakon drama Raja Laksamana Bentan pada Malam Inspirasi Seni 2006 arahan Raja Azrul Asyadi. Aku memegang watak sebagai Kembang Cina. Masa ni dah tak takut sangat dah buat persembahan. Satu, sebab dah hafal skrip dan keduanya sebab cukup latihan. Kemudian, aku berlakon jadi mak jah (mak kepada abon dan isteri penghulu) dalam drama Adat Berkhatan. Drama ni ade scene yang ditambah di saat-saat akhir. Petang sebelum persembahan baru la diwujudkan scene ni. Skrip pun men bantai je tapi ditapis la. Takut plak kang tak pasal-pasal kene banned.


Drama terakhir yang aku berlakon masa di UMP, Tangled. Idea diambil dari skrip Kalut. Skrip diolah semula dan dipendekkan durasinya. Edisi bahasa inggeris. Senandika hantar 3 kumpulan kecil untuk sertai drama competition sempena language vaganza. Bidan terjun je. Berlakon jadi isteri pertama. Ape ntah nama watak tu, lupe dah aku. huhuhu. 2nd drama yang aku berlakon dalam bahasa inggeris. 1st english drama yg aku join, mase kat matrik dulu. Puteri Gunung Ledang. Berbelit lidah aku hafal dialog. Maklumlah aku bukannye pandai BI pun. hahaha.


Begitulah sejarah dunia lakonan aku di bumi UMP bersama Senandika. Aku dah tak berlakon dah lepas tu. Dah banyak bakat-bakat baru yang lebih menyerlah. Aku memang kagum dengan adik-adik aku. Terutamanya Yuyun. Bagi la watak ape pun kat die. Mesti die bleh buat punye. Adik-adik yang lain pun sama. Masing-masing punya bakat lakonan yang sangat2 bagus. Mereka dapat menjiwai watak dengan sehabis baik. Masing-masing telah diajar untuk menggali watak sedalam-dalamnya. Kerana setiap watak yang wujud di dunia ini, ada tersembunyi dalam diri kita. Sebagai pelakon, kita kenala gali dan cari watak tu dalam diri kita. Bila dah jumpa, pasti kita akan persembahkan sebuah lakonan yang bagus di pentas~


Wednesday, August 13, 2008

Malam Inspirasi Seni



Saya baru je baca komentar Abg raja tentang Malam Inspirasi Seni 2008 yang diadakan di Dewan Dato' Bahaman, KMPh 9 Ogos lalu. Banyak betul yang Abg raja komen pasal malam tu. Kebanyakannya pasal persembahan dan juga teknikal. Nak tahu lebih lanjut boleh klik kat sini. Saya tak nak komen pasal MIS 08, lagipun sy tidak menyaksikan sendiri MIS 08. Agak terkilan jugak sbb tak dapat pergi. Mungkin tak de rezeki nak tengok MIS tahun ni. Harap2 dapat tengok MIS yang akan datang.

Kenangan semasa mengendalikan MIS 05 memang banyak mengajar saya. Di situlah titik permulaan saya bergiat aktif dengan program2 anjuran Kelab Kebudayaan dan Kesenian UMP. Mengendalikan MIS sememangnya satu pengalaman yang sangat berharga Photobucket. Ia mencabar minda, fizikal dan spiritual. Walaupun saya hanya memegang jawatan sebagai AJK Sambutan pada malam tersebut tapi tugas tu merupakan satu tugas yang amat mencabar bagi saya yang tiada pengalaman tentang pengurusan majlis seperti itu. Bermacam2 masalah yang timbul pada ptg sblm bermulanya MIS. Saya masih ingat lagi masa tu MIS 05 ambil penari2 perempuan utk jadi penyambut tetamu. Hampir2 diorg tak dapat datang sebab bertembung dengan program citrawarna di KUKTEM (sebelum tukar nama jadi UMP) pada masa tu. Kelam kabut saya dibuatnya shimatta stress. Nak tak nak kene la rancang backup plan.


Saya mintak tolong kawan2 saya la jadi pengiring. Bawa bunga manggar aje pun tak kisah la. Tapi last2 alhamdulillah, masa dekat2 nak mula majlis, diorg datang juga akhirnya. Lega sweat. So, ade ramai pengiring mlm tu. Yang bawak bunga manggar, yang tabur bunga rampai. Tapi mase tu tak menang tangan plak dengan nak briefing diorg mcm mana nk iring tetamu. Pastu dalam masa yang sama VIP dah sampai dan nak kena bg bunga rozet. Memang penat la malam tu. Dengan nak jaga pintu masuk, nak kawal selia ajk2 saya jaga pintu masuk, kawal selia ajk2 yang jaga kaunter tiket. Dah la dewan tu besar. Dengan high heel nye, saye berjalan ke sana ke sini. Depan, belakang, kiri kanan dewan, semua saya redah Photobucket. Pastu plak temankan nonie pegi ambil kueh dgn mineral water utk disajikan pada VIP yang sedang menonton. Dah la cafe yang sediakan makanan malam tu jauh dari dewan, sampai separuh jalan, berkaki ayam saya ke sana. Gara-gara lenguh pakai high heel dan nak cepat Photobucket. Haha. Kelakar jugak bila ingat balik tapi seronok. Bila dah selesai semuanya. Lega betul. On the way balik KUKTEM, diorg bising2 cerita itu ini dalam bas tapi saya dah tak peduli ape dah. Dah letih sangat. Siap tertido lagi dalam bas nemu padahal perjalanan dari KMPh ke KUKTEM tak la jauh mana. Hehe. Sekarang ni kalau dengar lagu Sulaman Sembilan mesti ingat MIS 05 lavu lavu.



Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang telah banyak membantu saya malam tu. Kawan2 saya, nonie, emiey, naf, nani, wawa dan ramai lagi. (nanie dengan wawa siap berlakon jadi gadis kampung lagi malam tu mase persembahan zapin..last minute punye cadangan tu..hehe) wawa. Terima kasih jugak yang tak terhingga kepada Abg raja sbb bg kepercayaan pada saya. Abg raja la yang banyak membantu dan beri tunjuk ajar happy mite.


Daisy: Rindunye dengan masa lalu...sugoii


Thursday, August 7, 2008

Musim Bunga



Bunga akan nampak indah
Ketika musim bunga bermula
Mencium pucuk-pucuk kecilnya
Namun kasih akan sentiasa
Nampak indah dari bunga
Kerana ia terus tumbuh tanpa bantuan musim

-Khalil Gibran-


Friday, July 25, 2008

Setia Merindumu



(gambar diciplak dari blog Nota-Kematian)


Setia merindumu. Bukan budak baju biru tu tapi bonang. Haha. Hati ni terpanggil-panggil untuk memalu bonang tu tapi apakan daya. Jauh plak die. Isk3. Sedih3. Ntah bila la dapat main bonang lagi. Seronok jugak jadi perintis pemain bonang di UMP. Seronok dapat turunkan ilmu yang Pak Herman dan En Amin ajar pada adik-adik yang lain. Lepas ni giliran Adiba plak turunkan pada junior2 yang lain. Harapan semoga paluan bonang itu selamanya akan bergema di sana.


Daisy:
Semoga 'dia' tidak melupakan aku~


Thursday, May 1, 2008

Satu Mei

Merekalah menyusun lapis-lapis besi waja
Merekalah membina batu-bata
Membancuhnya dengan titik peluh
Bangunan tinggi itu masih jua meminta
Lalu diberikanlah nyawanya.

Merekalah yang menyedut udara kotor
Racun gas itu berbaur di rongga
Menjalari saraf pernafasannya
Menghentikan detak jantungnya
Segalanya untuk upah beberapa sen cuma.

Merekalah membunyikan mesin-mesin kilang
Debu dan serbuk logam berterbangan
Hari demi hari berkumpul bersarang
Di jantung dan paru-parunya
Jentera kilang itu masih lagi meminta
Lalu kudunglah jarinya
Lalu kudunglah tangannya
Lalu kudunglah nyawanya
Segalanya untuk upah beberapa sen cuma.

Merekalah menggali perut bumi yang sakit
Lumpur dan pasir memenuhi tiap rongga
Tanah lombong yang selalu mengucapkan simpati
Menimbusi membungkus tubuh para pekerja
Melindunginya dari pemerasan kejam
Upah yang diterimanya sekadar beras segenggam.

Merekalah mewarisi pusaka zaman
Seluar sehelai baju bertampal
Tikar buruk di sudut bangsal
Tulang selangka dapat dibilang.

Mereka kini menyedari kekuatan diri
Mengubah wajah sebuah negeri
Menukar nama seorang menteri
Di matanya api di tangannya besi.

~ Usman Awang~

Tuesday, April 29, 2008

Manikam Kalbu




Saya baru sahaja selesai membaca novel Manikam Kalbu, karya Faisal Tehrani. Seperti biasa, hasil penulisan beliau sememangnya berjaya menarik minat saya untuk terus membaca dan terus membaca. Ia sebuah kisah tentang asalnya tercipta Busana Melayu. Kisah dua zaman yang digarap dengan amat baik. Ia tentang kecintaan yang mendalam terhadap seni Busana Melayu. Betapa pemahaman tentang falsafah Busana Melayu itu begitu penting. Setiap rekabentuk baju melayu ada maksudnya yang tersendiri. Kagum sungguh apabila terdedah dengan semua ini.

Tulisan FaisalTehrani selalu memukau saya tentang Alam Melayu. Betapa hebatnya Alam Melayu suatu masa dulu. Amatlah rugi untuk kita tidak terus pertahankan ADAT dan BUDAYA MELAYU. Betapa saya melihat, perjuangan Faisal Tehrani untuk memberi kesedaran pada orang Melayu tentang siapa kita. Tapi sayang, entah berapa ramai yang sedar semua itu. Sungguh saya memandang tinggi penulis ini. Hendak saya komen panjang tentang Manikam Kalbu, tidaklah pula di bidang kuasa saya kerana saya ini masih cetek ilmunya.

Sedikit menyimpang dari topik Manikam Kalbu. Siapa kata Seni dan Budaya itu melalaikan dan jauh terpesong dari ajaran agama. Mungkin kurang mendalami perkaitan antara Melayu dan Agama gamaknya. Apa salahnya menyokong aktiviti Budaya asalkan bertepatan dengan kehendak agama. Sama-samalah bantu menaikkan dan bukannya meruntuhkan. Utuhnya bangsa kita kerana Agama dan Budaya. Kalau hilang Agama dan Budaya kita. Mana mahu di cari kekuatan Melayu. Sudahlah Melayu itu mudah alpa mudah lupa. Andai disekat segalanya, bukankah meruntuhkan bangsa sendiri namanya.

Andai ada menyinggung hati mana-mana pihak saya mohon maaf. Ini hanya suara hati saya. Pencinta Seni Budaya.


Daisy: Manikam Kalbu~i luv it so much!! Thanks Rani!