Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Showing posts with label Pet. Show all posts
Showing posts with label Pet. Show all posts

Friday, June 1, 2012

Oyen dan Oyeo Bahagian 3

teringat saat-saat melepaskan oyen dan oyeo pergi. sedih sangat masa tu. paling sedih sekali mama la. sbb mama jarang dah dapat jumpa korang. mami ok lagi sbb mami akan selalu balik rumah mak abah jenguk kamu berdua. segalanya bermula bila kami berpindah rumah dan berkongsi rumah dengan orang lain. untuk keselesaan bersama maka kami tak selalu benarkan oyen dan oyeo masuk ke dalam rumah. bila pergi kerja terpaksa biarkan diorang berkeliaran kat luar. bila malam terpaksa biarkan diorang tidur kat rak kasut luar rumah. sedihnya masa tu bila terpaksa tengok oyen dan oyeo menahan sejuk bila hujan. kalau kebiasaan, di sisi kami tempat tidur mereka tapi keadaan berubah sekelip mata. teringat lagi keletah mereka berdua yang sangat-sangat teruja bila pindah rumah baru. berlari-lari. melawat kawasan. hampir segenap pelusuk rumah diintai dan diamatnya. terngiang rasanya seolah-olah mereka berkata-kata "okay mama, mami, rumah ni selamat untuk kita satu keluarga".

bila pindah rumah baru dan tiba-tiba tak dapat lagi tidur di tilam empuk mama dan tak merasa lagi menyandar di belakang mami, tentu oyen dan oyeo sedih sangat-sangat kan? tentu terfikir kenapa mama dan mami buang kamu di luar kan? maafkan kami kerana terpaksa. mami bangga, kalian boleh beradaptasi. oyeo yang paling senang beradapatasi dengan apa jua keadaan pun. cuma oyen yang lambat sikit. tapi akhirnya korang berjaya biasakan diri dengan dunia baru. tapi, lama-kelamaan jiran-jiran pun tak suka dengan oyen dan oyeo. kata mereka anak-anak kami ini selalu bertandang ke rumah dan berak kencing merata-rata. keadaan menjadi lebih buruk apabila mendapat surat layang. dan lebih menyedihkan lagi ada jiran yang menjadi dalang memutar belit cerita, menokok nambah sesedap rasa. madu di depan, racun di belakang. menurut katanya akan selalu menyokong kami tak kira apa. walhal dialah syaitan bertopeng, menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan. menyebarkan segala fitnah dan dusta. dialah punca anak-anak kami kurang kasih sayang kami. kami cuma mahu ada teman dan mereka juga hanya ingin menumpang kasih makhluk bernama manusia. apakah salah rasa hati mereka itu? dunia memang tak pernah lari dari manusia kejam.

sebak hati kami bila satu malam tu pulang dari kerja dan tak ada yang berlari menyambut kami di tangga. kalau tidak mereka berdualah yang akan berlari dari kejauhan. berlumba-lumba siapa akan sampai dulu ke kaki kami. kasih sayang, hanya itu yang mereka damba. biarpun terpaksa menyembah kaki makhluk bernama manusia ini. namun malam itu. kosong. pandangan. rasa. jiwa. hati. minda. kosong. tak ada yang menjengah. kalau oyen dan oyeo nak tahu, mama menangis teresak-esak malam tu. bila mami buka je pintu rumah, mami tengok mama terjelupuk depan tv tu dan menangis. sebak kan? mami tak pernah tengok mama menangis macam tu. sayangnya mama dengan oyen dan oyeo tak ada bandingan. mami harap sampai mati kalian akan ingat yang apa yang telah terjadi adalah takdir. dan mami harap oyen dan oyeo ingat yang kami sayang kamu berdua sampai mati. 

maafkan kami berbangsa manusia ni wahai oyen dan oyeo. pasti dalam hati kalian terlintas kami manusia kejam. tapi sayang kami pada kalian tak akan pernah padam. sampai saat ini linangan air mata yang menemani saat minda menerawang jauh menjengah memori bersama kamu berdua. sumpah! kami sayang kamu berdua sampai mati. janji!





Wednesday, July 20, 2011

Oyen dan Oyeo Bahagian 2

bengkak2 sudah mata aku nangis kerana rindukan oyen...sob3..ok sambung balik

dulu, kalau masa oyen tak de lagi, boleh la balik keje lewat tapi sejak oyen dah ade kat rumah tu, dah tak boleh balik lewat sangat dah. kena fikirkan dia. ceeewaahhh..kalah orang ade anak u. hahaha. sian dia kat rumah. mesti tertanya2. mana la mami n mama pegi, keluar pagi, malam2 baru balik rumah. disebabkan kekangan masa untuk jaga dia kitorg bagi die makan friskies je sbb kitorg memang tak masak pun kat umah tu. masa mula2 ambik dia dulu, kurusssssss sangat budak kecik tu..lepas makan friskies punnnnnn kurus jugak.uhuk3. mama kate oyen pandai jaga badan. selim melim. makan sikit2 tapi kerap. banyak excercise. takut gemuk la katakan. hahaha. oyen kate tamau jadik gemok cam mami :p cis!!dale punye anak bertuah. ngate mami ye. elehhh. tak kisah. mami gemok senang hati + cumil pe??? *perasan pulak :p *

bila oyen dah besar sikit, aku terjumpa sekor lagi anak kucing comel. kaler oren jugak. tapi pekat sket kaler die dari oren biase. comellllll. tengok dia asyik berkeliaran mcm tak tentu arah je. aku ambik la bawak balik. bagi die makan. die ni tak macam oyen. kalau datang rumah tak payah tunggu kite jemput masuk. dia masuk dulu. tak payah jemput makan. dia makan dulu. cepat mesra sungguh ngn orang yang tak dikenali. tak kisah pun kalau orang culik die. huhuhuhu. kalau anak orang memang dah lama kene culik tu. seb baik anak kucing.

masa mula2 bawak balik kucing kecik tu, oyen sangat marah. dia tak suka. agaknye dia cakap. ntah sape2 la yang mami pungut bawak balik ni. tak cukup ke oyen je penyeri dalam umah ni. bawak balik si kecik huduh ni buat pe?? huh!..tudia..bila oyen berkata-kata. macam ayat dalam drama la pulak... *terpengaruh ngn mami la tuuu* budak kecik tu tak de ape pun. dia tak kisah pun oyen marah die ke hape ke. dah buat rumah tu macam rumah sendiri pulak. lantak kau le. nak over2 marah aku apehal. mami yang ambik aku balik. nak tak nak kau kene la terima aku sbg adik baru kau. hahahaha. *oyeo gelak jahat*

ni la budak kecik tu. awal2 lagi dah manja ngn mami. siap lepak kat lengan mami yang chubby tu. hahaha. memang patut la mama kate budak kecik ni anoyying. mengada sikit dia ni. memula pening jugak fikir nak bagi nama. tak tau nak kasi nama apa. last2 letak nama oyeo sbb dia agak gelap sket dan mami teringat biskut oreo masa tu maka jadilah oyeo.hahaha. tak munasabah btol mami ni bg nama oyeo sempena biskut oreo kegemaran mami. ok la tu sekor oyen sekor oyeo. lagipun mama korang yang nak sangat letak nama korang O pangkalnye. terima je la nama yang mami bagi tu. banyak songeh plak. :p bak kata mama, zakoyen dan zakoreo. tak nak pulak mama letak azmoyen dan azmoreo.haha :p

ade satu malam tu. satu kejadian yang tak diingini telah berlaku. membuatkan mami nak marah je. tapi oyeo punya pasal mami sabaq je la. tenangkan hati hadapi dengan tabah. masa tu aku tengah tido. pastu tengah malam tersedar si kecik oyeo ni menyandar kat belakang aku. tumpang tdo la tu. tak best kot tdo ngn oyen kat luar. nak jugak nyendeng2 kat mami ni. tak pe la. atas belas ehsan aku biar aje la. pastu gaya nak terlelap je. aku rasa cam panas je belakang aku. pelik jugak time tu. pastu aku pegang belakang aku. basah!! hah sudah!!! tak kan aku kencing tilam kot.hahahahaha. tak mungkin.tak mungkin...nak kata mama lagi la tak mungkin . hahaha :D sebabbbbbb hancing!! kencing kucing! memula aku ingatkan oyen tapi bukan oyen sbb oyen tak penah pun buat perangai cam tu. sape lagi kalau bukan si kecik yang menyendeng kat aku tu. buat muka tak bersalah plak tu bila aku bebel. haishhhh..kenangan yang akan aku ingat sampai bila-bila. oyeo ni memang tau. penat mami kene basuh tau. tak pasal-pasal oyeo buat mami mandi tengah2 malam cam tu. seb bek mami tak demam. babab baru tau..huhuhuhu...

rindu. mami rindu oyen ngn oyeo sangat2. kalau korang ade depan mata dah lama mami peluk2 gomol2 walaupun mami tau oyeo la yang paling tak suka kalau mami peluk2 geram ngn dia. hahaha..tapi mami suka. mami peduli ape kalau oyeo tak suka. patut la mama bagi gelaran oyeo si annoying. memang annoying pun tapi adorable :)

len kali sambung lagi cerita oyen ngn oyeo ni...

cikdaisy: oyeo musyuk!!yang ngade2 + anoyying!! made him special :) oyen manja+ngada2 jugak sometimes (eh sometimes ke bukan slalu??haha) and that made her special too :) both of you are always close to my heart...mmommy miss u (T_T)

Sunday, June 26, 2011

My Oyen & Oyeo Part 1

sejarah pertemuan aku dengan oyen adalah adalah pada tanggal..ehhhh..tipuuu..aku tak ingat pun tarikhnye bila. aku tulis diari ikut mood. the day i found oyen i forgot to write. haha. masa tu aku on the way balik rumah. break time pukul 1pm. almaklumlah rumah belakang tempat keje je. jalan kaki 3 minit dah sampai depan pintu rumah. aku tengok budak2 block tu buli dia. diorg curah air (tak ingat air ape but minuman manis la) atas badan dia. she was all alone at that time. umur dia lebih kurang 4-5 bulan waktu tu. kecik lagi. sangat kesian. mula2 nak ambil tapi fikir dulu. lepas break, masuk keje balik tapi fikiran melayang fikirkan si kecil yang sangat kasihan tu. last2. i decide untuk bawak dia balik atas persetujuan housemate. Alhamdulillah ada housemate yg very understanding and the best part is that she also a cats lover. rumah dia lagi banyak kuceng okay!! memula bawak balik, oyen diam je. macam takut-takut. mungkin agak trauma dengan apa yang telah menimpa dirinya. sian jugak dengan dia. bile kitorg gi keje, tinggal la die 'sorg2' kat rumah. memula mcm murung tapi lama-lama, oyen mesra dengan kitorg. tapi dia lagi manja dengan mira. suka tido dengan mira, manja2 dengan mira and the best part is, suka kacau kitrog tido pagi2. macam tau2 je dah sampai masa bangun subuh+keje. huhu. untuk mengelakkan dia bosan sendirian, kitorg belikan dia bola. patung spring (butterfly kalau tak silap aku yang digantung pada spring). so tak de la die bosan time kitorg tak de. patung spring tu gantung kat pintu. mende tu akan toing2. dia suka tengok and lompat2 tangkap patung tu. tapi tak tahan lama pun sehari 2 je kot pastu mende tu putus dah. main banyak sangat. hehe. sweet sangat keletah dia. aku menangis sudah sambil tulis entry ni. rindu sangat ngn die. ;( Ah sudah..tak dapat teruskan lagi. sambung next entry lahh...uwargghhhhh ;( ;( ;( ;( ;( *nanges kuat2 sambil peluk bantal*



cikdaisy: alahaii..oyen pun mesti rindu mommy tu...dun worry :)

Thursday, August 6, 2009

Putih ke Gebu?

Makhluk asing dalam post aku yang bertajuk "cuba teka" tu sebenarnya adalah seekor kuceng yang sangat laaaa comelnye...memperkenalkan!!!jeng, jeng, jeng!!!!PUTIHHHH GEBU!!hehe..mase amek gambar die, die tak reti dok diam. kalau kamera aku mahal tak pe le jugak. pakai kamera murahan maka hasilnya begitulah. Kucing yang comel bertukar menjadi makhluk ape ntah. cam anjing laut pun ade. eheh.


Sebenarnya kuceng ni mira jumpe masa on the way nak balik rumah hari tu. ketika itu agaknya si gebu ni sedang berjalan-jalan melihat keindahan rumah flat taman teluk kumbar ni kot. tak pun baru balik dating ngn pak we die. dan atas sebab kecomelannya yg terlampau makanya mira telah mengambil keputusan untuk menculik beliau selama bebarapa jam. terkejut bukan kepalang la bila aku tengok GEBU dalam rumah time balik dari opis ari tu. anak sape la pulak yang minah ni kidnap. untuk pengetahuan, mira ni memang suke kidnap kuceng bawak balik umah..die bg makan pastu die hantar balik..dan untuk pengetahuan jugak..aku pun same..hihi.


Gebu yang bajet cun..haha


Geram btol. gebuuuuu sgt!!Sebab tu mira bagi nama die gebu. eiii geram3..rasa nak gigit-gigit je si gebu ni..hahaha..mulenye die cam garang jugak la ngn aku. die buat muke tak puas ati. agaknye mesti die cakap "sape plak minah comel ni?tetibe je muncul..huh!dah le tadi minah senget ni kidnap aku tanpa rasa bersalah. hmmm..bile diorg nak hantar aku balik ni....tolongggg!!cakar korang kang baru tau...huhuhu". hik3. Tapi lama-lama muka tak puas hati die tu ilang. agaknya dah bleh terima kehadiran aku kot.hehe.


Muka tak puas ati.



Selang 2-3 minggu jiran depan rumah kitorg (kak ina) bagitau gebu tu milik jiran selang beberapa buah rumah kitorg. kitorg panggil die mak tok. part paling best bile mak tok dengan baik hatinya nak bg gebu kat kami sebabnye die dah tak larat nak jaga. sebab mak tok dah tua. uwieeee!!..happy giler. seb baik duduk serumah ngn minah-minah yang sekepala. suka ngn kuceng. semua pun sepakat nak bela gebu. jadinye hari ni dah 2 hari kami bela cik putih gebu ni.hehehe..tuannye bagi nama putih tapi kami bg nama gebu. tapi, disebabkan kami tak nak buang nama asalnya jadi kami namakan die putih gebu..hehe




Daisy: comei..comei..comei!buat terapi di kala sakit kepala. seronok ade kuceng ni. bleh buat kita ketawa ngn keletah dia. wink~