Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Thursday, February 26, 2009

My Pic~



Daisy: Saje je nak letak gambar ni..huhu..walaupun buruk..wawawawa~

Tuesday, February 17, 2009

Sudah 3 bulan..

hari ni, 17 Feb 2009..
cukuplah 3 bulan (92 hari) aku berkhidmat dengan Straitsorthopaedics
so far...
banyak sangat mende yang aku blaja
Tadi pukul 6..tetibe je bos panggil pegi bilik die
cuak giler mengenangkan 4 buah buku setebal 200 muka surat yang masih belum aku baca
matilah aku kalau die tanye ape isi kandungan buku-buku tu
kalau die tanye..
terpaksalah aku berterus terang yang aku memang x baca langsung buku-buku tu
tup-tup..die panggil sembang2 je
cakap pasal confirmation aku
hehehe
lega3~

Monday, February 16, 2009

Tak Tahu Nak Letak Tajuk Apa..Huhu

Aku baru saja sampai..lebih kurang jam 5.40 pagi tadi di stesen bas Butterworth. Suasana pagi yang hening tadi ,membuatkan hati aku rindu mahu pulang ke Kuantan semula. Tapi, aku ada tugas dan tanggungjawab di sini. Dengan hati yang berat aku terpaksa juga menguatkan semangat dan langkahku.
Cuti hujung minggu aku habiskan di Pahang. Lebih specific lagi, UMP. Yang sebenar-benarnya aku ada urusan yang perlu diselesaikan di sana. Aku perlu berjumpa seseorang, kerana itu aku berada di sana. Keputusan yang aku ambil sangat drastik. Sebab tu tak siapa tahu aku akan ke sana melainkan sahabat baik aku dan beberapa orang lagi. Lagipun sengaja mahu buat kejutan untuk kerabat Senandika. Dapat bertemu muka dengan mereka dalam masa yang sesingkat itu sudah cukup mengubat rindu dan mengurangkan tekanan yang memberatkan kepala aku. Terima kasih atas masa yang diluangkan bersama. Mungkin panjang umur kita bersua lagi.
Daisy: Tahniah Jumain, Q, Yusrie, Tito kerana berjaya menaikkan nama KKK sebagai Johan Pertandingan Debat. Tahniah Jumain coz dapat pendebat terbaik. Sangat2 berbangga dengan kamu semua. Harap sangat dapat tengok kalian berdebat semalam tapi tak ade rezeki. Huhuhu. Nonie, Lan, Bob and Bad..Thanks ek teman semalam. =)