Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah swt untuk bertemu dengan Ramadhan lagi. moga diberi kesempatan bersamanya sehingga ke akhirnya. insyaAllah. amin.
jom. nak kongsi dengan semua kelebihan Ramadhan. info ini saya dapat dari ceramah Tuan Sidek Tuan Muda, pensyarah PBMSK UMP di majlis Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan khamis minggu lepas.
1. Ketibaan Ramadhan Membawa Keampunan
dalil: Daripada Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah saw bersabda sembahyang lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan penghapusan kepada dosa-dosa yang berlaku antara keduanya selama mana menjauhi dosa-dosa besar. (riwayat Muslim)
2. Bulan Al-Quran 2.1 Al-Quran diturunkan (mukjizat terbesar)
dalil: Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadhan, yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk sekaliain manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk-petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah. (Al-Baqarah:185)
2.2 Nabi saw bertadarus dengan Jibril a.s.
dalil: sabda Rasulullah saw: dari Ibnu Abbas r.a telah berkata: adalah Nabi saw manusia yang paling pemurah dan baginda menjadi paling pemurah pada bulan Ramadhan ketika bertemu dengan Jibril, dan Jibril itu bertemu dengan Nabi saw setiap malam bertadarus Al-Quran, sesungguhnya baginda saw menjadi lebih pemurah dariada angin yang bertiup. (Riwayat Al-Bukhari)
3. Baginda saw menjadi sangat pemurah berbeza dengan bulan-bulan lain. (dalil seperti di atas)
4. Dibelenggu syaitan-syaitan dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibuka pintu-pintu syurga.
dalil: Daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba Ramadhan maka akan dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelenggu syaitan. (riwayat Muslim)
5. Peluang untuk membebaskan diri dari api neraka
dalil: Apabila malam pertama bulan Ramadhan tiba, syaitan-syaitan dan jin jahat dibelenggu. pintu-pimtu neraka ditutup sehingga tidak ada satu pintu darinya yang terbuka dan pintu-pintu syurga dibuka sehingga tidak ada satu pintu pun yang tertutup. Kemudian ada seorang penyeru yang berseru: "Wahai pencari kebaikan, sambutlah. Wahai pencari kejahatan, berhentilah. Maka Allah membebaskan orang-orang dari neraka dan itu berlangsung pada setiap malam". (riwayat Termizi)
6. Padanya ada lailatul qadar (yang lebih baik dari 1000 bulan)
dalil 1: Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. (Surah Al-Qadr: 3)
dalil 2: Daripada 'Aisyah r.a sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, carilah kamu malam lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam yang terakhir daripada Ramadhan. (Muttafaq 'alaih)
semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat. insyaAllah. selamat menjalani ibdah puasa :)
sedang melilau lilau dan melompat-loompat sini sana, aku terjumpa la satu artikel yang membuatkan aku insaf sekajap. huhu. benar cakap orang ketawa itu penawar duka. tapi dari sudut pandangan dalam agama kita, ketawa bagaimana yang dibolehkan dan ketawa bagaimana yang ditegah? aku juga manusia biasa yang sering terlupa tapi Alhamdulillah. masih ada yang mahu memberi peringatan.
apa yang dapat aku belajar dari artikel itu adalah Islam tidaklah melarang umatnya dalam berjenaka tetapi ada batas-batas yang perlu di jaga. bersederhana.sebabnya banyak ketawa akan membuatkan hati mati dan membuatkan org lain memberikan tanggapan buruk terhadap diri kita. Sayyidina Umar bin Al-Khattab RA pernah berkata, "Orang yang banyak ketawa kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
secara ringkas apa yang dapat disimpulkan, dalam Islam gurauan itu haruslah:
1. berpada-pada
2. kena pada masa dan ketikanya
3. tidak menghina orang lain
4. mengeratkan silaturrahim
ada banyak hikmahnya dalam mengurangkan ketawa/bergurau. yang paling penting adalah supaya kita tidak lupa pada pencipta kita, Allah swt. betul tak terlalu banyak ketawa akan membuatkan kita lupa padaNya??aku akui berdasarkan pengalaman sendiri. sekadar untuk renungan diri sendiri dan sahabat-sahabat juga.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa yang Kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.
Surah Al-Baqarah ayat 286~
Jangan mengeluh bila Allah menguji kita. Percayalah, segala apa yang kita lalui pasti ada hikmahnya. Segala apa yang dilalui telah direncanakanNya. Percaya pada-Nya. Yakin pada-Nya. Peliharalah hubungan kita dengan Dia kerana itu yang akan menjadikan diri kita kuat dan tabah mengharung segala ujian dan dugaan. Mengadulah padaNya kerana Dia Maha mendengar segala rintihan hati hamba-hambaNya~
Dalam era membaiki diri ini, kita nilaikan sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.
Golongan Pertama
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.
Golongan Kedua
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.
Golongan Ketiga
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.
Golongan Keempat
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.
Golongan Kelima
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.
Golongan Keenam
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada member kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.
Golongan Ketujuh
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.
Golongan Kelapan
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).
Golongan Kesembilan
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.
Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
Sudah lama aku biarkan blog ini sepi tanpa sebarang khabar berita mahupun rencana. Mungkin atas alasan kekangan masa yang aku cipta sendiri. Atau mungkin juga tiada apa yang mahu aku kongsikan bersama. Segalanya berlalu dengan tenang. Segalanya. Termasuk Ramadhan ini. Sudah mahu berangkat pergi ia tanpa meninggalkan pesan samada akan bertandang lagi di masa hadapan. Semoga ada kesempatan bertemumu lagi. Semoga masih boleh bernafas dalam udara Ramadhan. Semoga masih celik untuk menatap langit Ramadhan dan mendengar bicara bintang-bintang dilitup awan. Sedih mengenangkan pemergiannya tambah sedih mengenangkan masih ada yang tidak menghargai kehadirannya. Mungkin dia sedang menangis kerana diperlakukan sedemikian rupa. Mungkin hatinya terhiris melihat manusia alpa. Masih belum terlewat memperbetulkan kesilapan. Masih ada peluang menadah tangan di bawah langit Ramadhan memohon keampunan. Semoga hari esok lebih baik dari semalam.
Pernah suatu masa dulu aku ajukan persoalan untuk mak aku "Mak, bila kita akan mati? Kita tau tak bila kita akan mati?" Mak aku jawab, "Kalau kita tau bila kita akan mati, mesti kita tak kan tinggalkan sejadah tu.."
Kalian pernah rasa tak, perasaan takut yang teramat sangat seolah-seolah malam ini adalah malam terakhir kalian di dunia? pernah tak kalian terfikir bila kalian terjaga dari tidur, kalian berada di dalam satu ruang yang sempit dan gelap. Sendirian disitu. Sendirian...
Aku teringat kata ustaz dan ustazah masa di sekolah dulu Mati adalah sesuatu yang paling hampir dengan kita Entah esok entah lusa ajal akan datang menjemput Alangkah beruntungnya mereka-mereka yang diberikan peluang untuk bertaubat sebelum tibanya ajal. Untuk mereka-mereka yang tidak diberikan peluang itu? Bagaimana harus mereka bereaksi? Akankah mereka selalu mengingati mati Atau sekadar membiarkan saja diri dihanyutkan arus kelalaian yang tak bertepi...
"We need to be like postage stamps that stick to it until we arrive at our goal"
These words, i coppied it from Dr. HM Tuah's book entitled Get it Done | Buat Sampai Jadi. I was stunned with the meaning of this phrase. It made me think deeply about myself (derail from the main point of this post) about how it is so important being a knowledgeable person. Previously, when i was in school, i did like reading, but i dun know why that interest have dissapeared from time to time. That's why my writing is so, what can i say is a piece of crap. I was one of the debaters in school. My senior did told me that, i got the talent in debate but i was lacked of informations. It is so important for you to dig all the issues and knowledge around you or else u'll end up being like me. Bad thing about me is that i'll give up easily when i'm loosing my focus and interest. That is my biggest problem and i do need to send it to Tony Stark i guess to rebuilt and reinstall it with the latest technologies. Huhuhu~
Back to reality. Well, that was the reason why i didn't continued my 'proffesion' as a debater in UMP. I did have dreams on being a debater in universiti's sphere but then it was left as a dream. Instead of that, i get involved with theatres and other art and culture activities here. Theatre and art is my never ending interest. I hope so. Through it i've learnt many things about life and humanity.
Those words that i've coppied, it was an analogy. What ever we are doing rite now or what we are willing to do in the future, not to take it for granted. Do it with all of your heart to reach ur dreams and goals. Do ask your God for it everyday with no blase. U have to be consistent and dun give up easily. Dun ever loose ur faith in Allah. Keep up ur hardwork and keep up ur prayers because as Malays said, ''Yang bulat tak datang bergolek dan yang pipih tak datang melayang''. So, be like a postage stamps. Stick to what u really want in ur life and go for it.
Daisy: Remember to glue ur stamp with UHU so that it'll stick no matter what, until it reach the destination!Peace!!=p
Menurut tafsir Hanafi, barang siapa hafal tujuh kalimat, ia dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih-buih laut.
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut 4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok. 5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
Mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.
"Kenapa AKU DIUJI? "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
Kenapa UJIAN SEBERAT INI? "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286
rasa FRUST? "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI? "Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! "... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12