Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Showing posts with label Empty Words. Show all posts
Showing posts with label Empty Words. Show all posts

Friday, February 5, 2010

coretan picisan sebelum lena dibuai mimpi indah

mata ngantuk tapi hati tak mau tido lagi. lepas habis keje tadi. terus pegi audi. malam ni ada latihan sireh bertepuk pinang menari. sampai sana pun dah lewat dah tapi jadi la dapat tengok diorang berlatih mengatur bicara sebaris dua. pengarah tak da pulak malam ni. ada hal. macam tu la aku saban hari. aku dengan dunia teater memang tak dapat dipisahkan lagi. aku happy dengan dunia aku.

bila penilaian DUSTA abes dulu. aku rasa dunia aku kosong. tiba-tiba. mati kutu aku dibuatnya. walaupun sebenarnya aku boleh je habiskan masa dengan aktiviti lain. tapi, aku tetap rasa tak lengkap. walaupun aku tak la terlibat secara giat dalam aktiviti teater di penang ni tapi asalkan dapat tengok orang berteater pun dah cukup bagi aku. dalam group aku tak banyak cakap. aku lebih suka memerhati. malu sebenarnya. aku tak sehebat diorang. eceh. tapi selagi aku tak pecahkan dinding di sekeliling aku selama itu la aku akan terus jadi seperti aku. dinding kurang keyakinan diri tu la yang perlu aku pecahkan sebenarnya. tapi macam mana ya. peluang?ya. ambil peluang dan kepercayaan yang telah mereka amanahkan. betul? kadang-kadang rasa tak mampu nak menjadi yang terbaik. mungkin sebab belum cukup bersungguh agaknya. jadi, kene usaha lagi la ye!

tahun ni, aku rasa aku berubah sikit kot berbanding tahun lepas. tahun ni aku banyak cakap sket berbanding tahun lepas. that is what i think la. what do you think? haha. program-program macam camping, family day etc. actually banyak tolong aku untuk buang perasaan malu tak bertempat tu. aktiviti macam ni bagi aku banyak kawan. i hope tak ada la yang cakap aku sombong sebelum kenal aku. masa skolah dulu, ade je yang cakap aku sombong. sebab aku tak suka senyum. haha. sekarang?ada tak yang merasakan aku sombong?hehe. harap2 tak ada la nooo.

apa-apa pun, aku sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri sendiri. ye la. sape pulak nak yang tak baik pulak kan. untuk mereka-mereka yang selalu ceriangkan (ceria+riang) idop aku secara langsung atau tak. trimas banyak-banyak. sangat menghargai kalian dalam hidup aku. cewah! oklah, jisim kemengantukan telah bertambah. bed time story dah abes. jadi, jom masuk tido! selamat malam dunia!

Sunday, January 31, 2010

Jan 2010 dh tamat

Pagi petang siang malam tiap hari silih berganti tup2 dah nak habis dah bulan Januari kan. Kejap sangat rasanya masa berlalu. Tapi, apa yang penting, masa-masa yang telah berlalu tu harapnya telah terisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk diri sendiri. Tak kisah la dari segi apa pun. Dari aspek duniawi mahupun ukhrawi. Paling penting apa yang dilakukan hari ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Diri aku sendiri pulak, ada pembaharuan yang akan aku buat dalam tahun ini. Semuanya demi merubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Tak nak selamanya berada di takok lama. Kalau kita tak ubah diri sendiri, bila nak maju? dan kalau diri sendiri tak tolong diri sendiri, siapa lagi?betul? Jadinya tahun ini aku perlu berusaha keras untuk mencapai segala impian. Harap aku akan jadi apa yang aku ingini dalam masa 5 atau 10 tahun akan datang. Bukan untuk siapa-siapa tapi untuk diri sendiri dan juga family.

Wednesday, December 23, 2009

hati aku~

Hati aku cuma satu
dan yang satu itu
pernah aku beri kepada kamu
kamu dah pecahkan hatiku
kamu dah lukakan hatiku
kamu dah deraikan hatiku
dan sekarang
aku sudah tidak punya hati yang kedua lagi
untuk aku berikan kepadamu
aku harap kamu faham itu


Cik Daisy: lebih baik berikan hatimu pada yg SATU atau pada yang tahu menghargai, berbaloi2~

Thursday, December 3, 2009

Tulisan tanpa motif

The Colours of Daisy dah naik sawang.
tak ada idea mahu update.
plus+plus+tidak berkesempatan mahu mengarang
hanya sempat berFaceBook saja
untuk menghapdet kejadian+perasaan+aktiviti terkini
bosan dengan kehidupan lately
pegi keje balik keje
tekanan dari banyak pihak
seolahnya ada yang menjerit ke muka aku
'HIDUP ADALAH UNTUK KERJA'
sempat melarikan diri dari pemangsa-pemangsa ini selama 3 hari
tapi...
nak lagi masa untuk bersendiri
tak cukup untuk berangan2+bersenang lenang+goyang kaki+mengenang ms silam+bersuka ria+berfoya2+tengok muvi+sembang2+mcm2 lagi la<------duniawi sungguh!!ish3~
mahu menangis tapi tak cukup air mata
ceh!
menangis buat apa
mengadu la pada yang sudi mendengar
btol?
kau pun tahu siapa Dia
btol?
apa motif aku menulis kali ni ek?
tak ade arah tujuan
mengisi masa lapang yang sepatutnya aku isi dengan tidur yang panjang
esok bermula lagi rutin harian
ek eleh
poyo la kau
macam la kau sorg je yang ada kerja nak buat
huh!
sudah la tu
silakanlah pergi ke tempat peraduan
Luna dan Oyen pun dah lama dibuai mimpi indah

Friday, October 17, 2008

Sayu Malam Itu


7.53pm. Kupercepatkan langkah menuju ke surau setelah selesai urusanku di kaunter tiket. Bimbang habis waktu mahgrib. Pintu surau itu ku kuak. Terlihat di satu penjuru duduk seorang nenek tua sedang tekun membaca Al-Quran. Dia memandang ke arahku lalu mengukir senyuman. Aku membalas senyumannya. Diingatanku terlintas sebujur wajah yang aku rindu. Persis dia. Dia kemudiannya kembali membaca Al-Quran. Aku mengambil wudhuk dan solat maghrib. Selesai solat, sedang aku melipat telekung, perempuan berumur lebih separuh abad itu menegurku.

"Cucu ni sekolah lagi?" aku tersenyum dan menjawab "Tak.."
"Dah masuk Universiti?"
"Dah.."
"Alhamdulillah...habis tu, lepas ni keluar universiti jadi apa?kerja apa?"
"InsyaAllah Jurutera tok.."

Lantas dia menadah tangannya.. "Alhamdulillah cucu aku..bagusnya cucu aku..moga-moga Allah murahkanlah rezeki cucu"

Terharu melihat dia mendoakan aku begitu. Sungguh. Terpancar jelas keihklasan dari hatinya. Bergenang air mataku saat itu.

"Tok ni dah tak ada sapa-sapa..anak pun tak ada..cucu pun tak ada..tok duduk sorang-sorang kat rumah..ni lepas ni tok balik la..rumah tok belakang ni saja"

Membuak rasa kasihan terhadap insan itu. Keseorangan tanpa orang-orang tersayang disisi. Bagaimana dia melalui hari demi hari begitu. Bagaimana pula jika aku yang terpaksa melalui hari-hari aku seperti dia. Mampukah aku? Tabahkah aku?

Air mata tidak dapat kutahan lagi waktu itu. Entah kenapa sebak datang menyerbu. Wajah arwah nenekku bertandang. Hati tiba-tiba rindu. Alangkah bagus jika arwah masih lagi disisi. Namun, tiada siapa yang mampu melawan apa yang telah tertulis.

Aku cium tangan nenek tua itu. Aku memandangnya dan tersenyum.

"Tiba-tiba pula saya teringat pada arwah tok saya...baru saja meninggal 3 bulan lepas.."
" Umur dia berapa?"
"88"
"Umur tok 71..Alhamdulillah tok sihat lagi..darah tinggi pun tak ada, kencing manis pun tak ada"

Aku mengangguk dan senyum

"Banyak-banyak la makan sayur-sayur, ulam, buah..insyaAllah...penyakit-penyakit tu tak ada...mata pun cerah, tak rabun". Tambahnya lagi.

Aku hanya mengangguk dan mendengar apa yang diceritakannya. Bersungguh dia bercerita pada aku. Namun, memandangkan aku akan terlewat sampai di rumah makanya aku meminta izin darinya untuk pulang. Aku hulurkan sesuatu padanya. Pada mulanya dia menolak. Aku bertegas juga mahu dia menerima pemberianku yang tidak seberapa. Aku salam dan cium tangannya lagi. Dia mengucapkan terima kasih pada aku sambil mengesat air matanya yang tiba-tiba mengalir. Terharu mungkin.

Sepanjang perjalanan pulang hati aku sayu mengenang seseorang yang telah tiada lagi. Dia pergi sebelum sempat aku menunaikan janjiku padanya. Malam itu, aku betul-betul rindu padanya. Terasa mahu memeluknya erat-erat. Terasa mahu kucup tangan tuanyanya yang telah membesarkan aku dan menjaga aku dengan penuh kasih sayang. Namun, dia telah tiada. Aku hanya mampu berdoa untuknya dari jauh. Hidup yang masih berbaki ini masih perlu diteruskan. Bersama insan-insan tersayang. Apa yang terjadi tadi membuatkan aku rasa bersyukur kerana aku masih punya keluarga dan sahabat-sahabat yang baik di sekelilingku, yang aku percaya akan tetap setia menemaniku dan menyayangiku sehingga ke akhir hayatku.


Daisy: Hargailah insan-insan disekelilingmu... (",) Ini bukan cerita saye..hehehe~

Monday, October 13, 2008

awan hitam

10.29 am
lihat ke atas sana
langit dilitupi awan
hitam
pekat
hari mahu hujankah??

Monday, September 22, 2008

LI oh LI



24th September 2008
Presentation LI
Wish me all da best!!!
('',)



Monday, September 15, 2008

Hmm...

i've made thousands and millions of decisions
and i do made mistakes
but this one
the biggest mistake i've ever made in my life~



Daisy: There must be sunshine after the rain dear. Don't give up!!

Friday, September 5, 2008

Oreo Cheese





Oreo Cheese Cake
Favourite aku ni
Dah lame tak makan
teringin sangat mahu makan ini sekarang!!!!
waaaaaaa sedapnyaaaa~


Daisy: Dugaan di bulan puasa...huhuhu~

Wednesday, September 3, 2008

Jauh di sudut hati~




Merdekakan aku yang masih terjajah
Lepaskan aku dari segala belenggu
yang menyesakkan
Runtuhkan tembok kaca ini
dari sekelilingku
Agar aku bisa bebas
Agar aku bisa lepas
Agar aku bisa bernafas...




Tuesday, August 19, 2008

12 weeks to go...

Week 12 already
Another 12 weeks to go
Halfway to reach the finishing line huh??
Hehehe..Yippie2..Yei2
=)


Daisy: Lambatnye....huhu~

Friday, July 25, 2008

Setia Merindumu



(gambar diciplak dari blog Nota-Kematian)


Setia merindumu. Bukan budak baju biru tu tapi bonang. Haha. Hati ni terpanggil-panggil untuk memalu bonang tu tapi apakan daya. Jauh plak die. Isk3. Sedih3. Ntah bila la dapat main bonang lagi. Seronok jugak jadi perintis pemain bonang di UMP. Seronok dapat turunkan ilmu yang Pak Herman dan En Amin ajar pada adik-adik yang lain. Lepas ni giliran Adiba plak turunkan pada junior2 yang lain. Harapan semoga paluan bonang itu selamanya akan bergema di sana.


Daisy:
Semoga 'dia' tidak melupakan aku~


Thursday, July 24, 2008

Kisah 1 Malam Yang Dingin

Berjaya kemas rumah jugak akhirnya. Terkejut Kak Alim ngn Kak Leeya tengok. Haha. Cam kenal plak ayat tu. Kat mane ek?Hehe. Semalam lepas makan, dek kerana semak perut (loghat penang) dengan dapur yang bersepah makanya aku ngan Mira pun menjalankan operasi ops Lipas kat umah tu. Hoho. Tak tahan dah sebenarnye duduk umah semak cam tu. Macam tak penah kemas 10 tahun. Tak tau la macam mana kakak berdua tu bleh duduk umah cenggitu. Huhu. Puas hati. Habis semua telah dikemaskan. Dari dapur sampaila ke ruang tamu. Clear. Nasib baik semalam tak jumpe lipas2 berkeliaran. Cumanya terjumpe sekor yang mati lemas dalam baldi bawah singki dan sekor lagi mati tersepit celah cd. Uwekkk. Yekk. Aper daaa. Eeii. Geli geleman btol. Dah le si Mira tu pun penakut ngn Lipas. Serupe le ngan aku. Teringat plak masa mule2 pindah masuk bilik tu. Dekat 10 ekor jugak la berjaya ditumbangkan. Ish3. Penternak lipas ke ape. Mase tu nasib baek Una ade. Die la yang tlg menghapuskan lipas2 hidup yang berkeliaran tu. Ala2 super lipas pun ade. Siap nak terbang2 lagi. Gamat rumah tu dengan jeritan minah2 yang takot lipas. Mira. Haha. Paku dulang paku serpih ngate orang die yang lebih. Ish3. Nida.Nida. Lepas ni harap2 tak berselerak dah. Dah tak larat nak kemas dah. Asal kemas je selerak balik. Sabar je la aku.

Habis je mengemas rumah. Angan-angan nak tengok citer White Lady. Mira plak ngantuk. Nak tengok jugak tapi cam seram semacam je. Tak berani la nak tengok sorang2. Huhu. Makanya masuk tido lagi baek~

Sekian...


Daisy: Seb baek mak bekalkan Ridsect.Hehe. Thank you mak!! =)


Thursday, July 17, 2008

Matahariku



Matahariku

by Agnes Monica


Tertutup sudah pintu, pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau

Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi

Tak ada lagi cahaya suci

Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku, suara tangisanku
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi

Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku, suara tangisanku
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku ohh...
Dengarlah matahariku, suara tangisanku

Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku

Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku

Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu






Matahariku
dia tiada lagi di sisi

tiada panahan cahaya yang menghangatkan hati
saat ia luluh
saat ia jatuh
dia jauh

tak tergapai

tak tercapai
aku di sini
hanya ditemani bayangan sendiri
dia tiada
dia pergi

aku sendiri



Daisy: Jiwang la plak...wei...wake up..wake up!!!he3

Monday, July 14, 2008

11 Rejab

Kalau ikut kalendar Islam, 11 Rejab 1405 adalah tarikh lahir aku. Jadi maknanya hari ini, 11 Rejab 1429 genaplah umur aku 24 tahun mengikut perkiraan dalam kalendar Islam.

Masa terus berlalu meninggalkan aku. Harapan aku agar hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Juga, semoga kehidupan masa mendatang, lebih baik dari masa yang sedang aku lalui ketika ini.

Moga redha Allah sentiasa bersamaku.




Daisy: Alone in the rain...


Thursday, July 10, 2008

Akhirnya....

Ape yang akhirnya???
Akhirnya tercapai jugak hasrat hati ni nak tengok filem Sepi
Best3
Suke sangat
Thanks to Mira sebab sudi teman pegi BJ semata-mata nak tengok wayang
Memang Sepi habis la semalam coz tak sampai 10 orang pun yang tengok citer tu
Ibarat panggung wayang tu aku yang punya..ha3
Suke puisi dalam cite tu~





Daisy: Mira tu housemate i merangkap Chemist kat tempat i LI ni.. (",)