Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Showing posts with label Straitsorthopaedics. Show all posts
Showing posts with label Straitsorthopaedics. Show all posts

Friday, February 19, 2010

We have failed the task!

terkedu aku sekejap dengan kata-kata tu.
tapi, aku bukan langsung tak berusaha untuk capai misi tu.
dia je yang tak nampak semua tu.
tugasan tu memang simple tapi baru bg aku
baru la walaupun dah lama aku wujud kat sini
sebab sebelum ni tak pernah diberi peluang
bila ada peluang memang nak grab peluang tu
but alone?
not fair for me la
tapi tu bukan main pointnye
i can stand alone but i need time
i need time untuk jadi bodoh dan bertanya sini sana
tanpa perlu buang masa baca prosedur yg ntah apa-apa
i need time utk tebalkan muka bila
someone stare at you dengan air mukanya berkata-kata
la. tak kan yang tu pun you tak tau
kekangan masa yang membuatkan aku gagal!
gagal!gagal!gagal!
itu yang terngiang di telinga aku sekarang
my mistake!
fine!
will never let it happen again
but for what?
selama ni buat kerja bagus pun dia tak penah nampak
jadi adilkan?




dah tak de semangat dah aku nak terus wujud kat sini.


Daisy: Bulan penuh yang cantik!lambat benar kamu muncul!aku rindu pada wajah-wajah mereka yang sering aku lihat melalui kamu!Hanya waktu itu aku rasa hati aku benar dekat dengan hati mereka.

Thursday, December 31, 2009

Mengalah tak bererti kalah

Mungkin bagi dia, dia akan gelak besar bila kami dah tak balas email nonsense dia. Kami mengalah tapi itu tak bererti kami kalah. Mengalah ke??tak pun sebenarnya. Orang lain memang nampak kami kalah tapi hakikatnya kami dah sound dia direct je. Baru puas hati kami. Kami malas nak cari gaduh ngan perempuan nyanyuk macam dia sebenarnya. Useless. Buang masa. Nak pulak by email yang di cc kepada bos2. Aku tau tak kan sampai ke mana. Silap2 aku tak sabar memang betul aku pegi lempang muka dia. Aku tak nak la sampai jadi macam tu kan. Tapi walaupun kami tak balas email dia, kami memang puas hati dapat sound direct je. Tu la padahnya cari pasal ngn kami.

Nak menaikkan reputasi diri sendiri sampai nak jatuhkan orang lain. Aku tau la die ada hati dengan bos. Haha. Cis, cermin la diri dulu beb. Cermin pun bleh pecah tengok muka kau. Tahap kesabaran kami pun ada batasnya. Sampai nak tabur pasir lam periuk nasi orang ape kes kan. Gua tak kacau idop lu pun. Memang senget la minah tu.

Selama ni kami banyak diam je ngan kata-kata dia yang menusuk kalbu dan membingitkan telinga. Bagi arahan kat orang macam la dia tu bos. System admin je pun. Bukan niat nak kecilkan orang tapi die tu memang tak sedar diri yang dia bukan siapa-siapa. Tengking orang sesuka hati. Tengking operator macam die tu president company tu je. President pun tak buat cam tu. Dalam masa setahun ni, dah 5 orang system admin resign. Sape tahan keja dengan dia. Mulut cam bontot ayam %$$**&#@!!!!. Marah orang sesedap oren je. Bila orang nasihat dia, orang yang nasihat tu kena marah balik. Orang macam tu memang tak bleh terima pendapat orang lain. Sebab kepala otak dia cuma pk dia aje yang betul. Dia adalah Makhluk Tuhan Paling Tak Sedar Diri. Kalau ikutkan hati, sebelum insiden ni, kami memang bersimpati la ngn dia kan sebab ade orang conteng keta dia. Tulis perkataan “BODOH”. Tergamak la ade orang buat macam tu. Tapi, lepas insiden menyakitkan hati kami ni. Aku rasa nak jumpa je orang yang conteng keta die tu. Nak cakap. ‘kau jangan tulis bodoh je, ko tambah je lagi ape yang patut baru padan muka dia. Aku sokong!orang macam dia memang kena ajar sket’. Tapi tak makan saman juga walaupun dah kena macam tu. Tetap nak cari pasal ngan orang.

Paling tak boleh blah bila die cakap kitorg tak de manners. Hellooooo…kau cakap ngn cermin ke???Aku memang tak reti beradab dengan orang biadap. Aku rasa bukan aku saja. Siapa2 pun tak kan boleh nak beradab sopan bertatasusila dengan orang yang tak reti hormat orang lain. Mak aku selalu suruh aku beralah ngan orang tapi aku kadang2 mmg tak makan nasihat mak aku sbb bagi aku dia dah sangat melampau. Aku tak suka orang pijak kepala. Nak pulak orang macam dia. Bleh blah!

Tahap kesabaran kami pun ada batasnya. Jangan layan manusia lain macam manusia lain tu tak ada hati. Manusia dalam dunia ni sama saja tak kira pangkat apa. Kau tetap manusia. Tolong la sedar diri. Selama ni memang kami boleh tahan lagi dengan apa2 yang keluar dari mulut dia. Tapi sekarang tak lagi. Kau cari pasal jadi kau terima padahnya. 1 perkataan yang menyakitkan hati, kami bleh balas yg lebih dasyat lagi kalau kami nak. Tapi memikirkan kau dah nyanyuk jadi kami maafkan. Kita kan 1 Malaysia. Hah! 1 Malaysia la sangat!yang sebangsa ngn kau pun x bleh tahan ngn kau. Aku rasa die memang tak layak la duduk Malaysia ni, sbb die tak faham pun hidup muafakat. Hidup serumpun. Ape2 je la. Sakit otak je pk pasal minah ni. Aku boleh maafkan kau tapi bukan senang. Aku ini pendendam orangnya. Aku harap tahun depan aku dah tak ingat lagi siapa kau. Dan aku harap kau tak pernah wujud pun dalam rentetan kehidupan aku yang indah ni.

Daisy: maaf dengan kata-kata yang agak melampau sbb Daisy dah geram sangat!

Saturday, December 5, 2009

Huh!

Frust menonggeng bile boss kate petang ni die nak buat training
uwaaaaaaaa!!!!
aku nak balik
ade je yang nak menghalang aku punye plan la
ish3!
tak kire
mesti kene balik jugak
nak bawa mak n abah kuar makan
hehehe
Selamat Hari Lahir Mak!
Moga mak panjang umur dan sentiasa berada dalam lindungan yang Maha Esa
Aminnnn...
Sayang kamu!!Mwahhh!

Thursday, September 24, 2009

Nak dengar aku bebel tak?

Aku rasa cam nak baling selipar je kat mamat sekor ni. Aiyaaaa…tensi aku tensi! Kau kalo datang mintak signature aku jgn sembang lebih2 bleh tak?annoying la beb!tak paham ke?hadusss…sabar je la aku di bulan syawal yang ceria ni la dier ni nak buat hal. Seb bek sebelom raya ritu sempat lari kalau tak spoil mood raya aku tau. Minat kat kawan aku yang pegi heret aku skali tu pehal?sengal la. Aku ni bukan la kejam sangat. Kalau stakat nak berkawan tu tak kesah la beb. Aku berkawan je ngn semua orang. Tak memilih pun. Tapi yang sekor ni memang la tak bleh ditranslate oleh otak aku untuk dibuat kawan. Data not found!huhuhu..die ni cam x brapa nak btoi sket la aku tengok. Memule ingatkan aku je yang fikir cam tu. Aku simpan lam hati je la. Ye la. Tak sampai hati la nak cakap kat member aku “weh..aku rasa die ni cam ade wayar putus kat mane2 la”. So aku simpan je la sorang2. Tapi ade pulak yang menyokong kenyataan hati aku tu. Nasib baik ade yg seangkatan. Maksudnya bukan aku la yang ade wayar putus kat mana-mana. Huhuhuhu.

Ade ke satu hari tu die dtg tempat aku pastu die tanye soalan “yang tu kertas A4 ka?” sambil mengunjuk ke arah kertas A4 dgn muka tersengih2 bak kerang busuk. Tepuk dahi aku dengar soklan dier. Tak der ke soklan yang lebih mencabar minda ko nak tanye aku. Aku bukan la nak perlekehkan dier kan. Mustahil la ko tak tau itu kertas A4. Hari2 la ko keje ngn kertas tu. Pastu plak hari-hari tanye aku soalan yang sama. Nak muntah la aku nak jawab. Pastu soalan tak bleh blah.. “hye nida!bz ka?” kalau cakap telepon ok la jugak nak tanya aku soalan tu kan. Ini kau nampak ngn mata kepala sendiri aku memang buat keja tak menang kaki tak menang tangan, lagi mau tanya. huh!sengal! (kalau time tak bz pun nampak dier jer terus aku jadi bz...uwahaha..)

Haihhh..teremosi plak aku. Huhuhu. Btol la. Aku letih. Kadang2 aku tak jawab pun soalan dier. (hint la tu nak suruh blah cepat2..tak paham ke....?) tapi mamat ni memang la tak reti bahasa. Aduhaiiiii…perlukah aku berterus terang…tak kan aku nak cakap…”sedare..sedare..sedare ni annoying la, jgn tanye saye ape2 soalan bleh?lu bikin gua panas jer”…huhuhuhu…tak sampai hati lak..kang die kate aku bajet bagus plak...hmmmm...

Paling tak bleh blah bila dia hai aku pagi2. Pergh..rosak mood aku satu hari beb! Ade satu hari tu aku duduk kat staging area. Kirenya depan aku ade pintu dan sebelah kanan aku pun ade pintu. Yang depan aku tu pintu dari opis yg sbelah kiri pulak pintu keluar menuju ke pintu utama. Jaraknya lebih kurang 5 langkah je pun. Die masuk je dari pintu depan die cakap “hye nida!” pastu die keluar plak kat pintu sebelah kanan aku dia ckp “bye nida!”..ingat ni vid clip ezlynn ka hye2 bye2..mana la aku tak menyumpah lam hati. Budak ni memang s*w*l..haishh…haaa..kan mulut aku dah tak da insuran..bercakap tak hengat akhirat..huhuhu…adoiiiiii…aku mengalami tekanan jiwa laaaaa….tolongggg!!!tolong la sape2 kejutkan aku dari mimpi ngeri ni woi!

lagi satu punye cerita..mcm biasa la..dtg tempat aku..pastu usik aku punye bunga goyang2 tu...hangin satu badan le aku...idong dah ala-ala naga dah kuar asap neh..aku pantang btol org sentuh barang2 aku...pastu siap soal sisat pasal frame gambar plak.. "ni gambar masa nida study dulu ka? yang mana satu nida?" mengong!!6 org je lam gambar tu. tak kan tak reti beza yg mana satu aku..lagipun tu bukan gambar masa aku study kat tadika. sengal!!kalau korang la kene layan orang cam ni...korang tak pitam??mmg la..aku yg pitam..uwaaaaaaaaa!!!!!


Daisy: nasib baik pagi ni ada seseorang buat aku tersenyum..tak la tensen sgt idop aku..uhuk..uhuk..tenkiu yer org tu..hehe~


Sunday, July 19, 2009

Troch Grip?Ape tu?

Trochanteric Grip ni salah satu device yang dihasilkan oleh Straitsorthopaedics. Barang ni, barang baru dalam Project Transfer. Sebelum ni packaging tak buat kat Malaysia. Barang ni sekarang dah dipindahkan ke Malaysia untuk packaging makanya, berbondong-bondong turun segala golongan profesional yang berkaitan dengan alat tersebut ke Malaysia bagi memberikan latihan tentang cara-cara memasang dan membungkus barangan tersebut. Sorang je pun. eheh.Hyperbola je cerita.


yang baju biru ni encik mark harris nama dia.


ni tulang tipu jer..huhu


ni la troch grip, die mcm hook. mencangkuk greater trochanteric. ni tulang femur. sy ckp ape yang saya tau je la sbb sy pun bukan ortho surgeon. huhuhu~


troch grip yang attached ngn femur tu kemudian akan diikat dengan cable. hook yang mengelilingi tulang tu cable passer. eeiiii...bayangkan dalam operation theatre...eiiii...ngeri3...huhuhuhu


yang ni plak diorg akan guna tensioner utk dapatkan tension yang diperlukan. detail lagi saya pun tak tau sangat sbb tak blaja bidang ni..haha..lepas dah dapat tension tu barula diorg tighten screw die and potong cable2 tu dan tinggalkan alat tu lam badan. wawawa...saketnyaaa...!!



Daisy: Saya algiophobic person, sbb tu tak leh jadi doc kot. Tengok SAW pun penakut ada hati nak jadi doc.Ceh!

Monday, July 13, 2009

menarik hari ini...

apa yang menarik terjadi dalam hidup aku hari ni?
tak ada apa pun
pegi keje balik keje
haa..tapi hari ni dah pindah tempat baru
yang kurang privacy
huhuhu...
kalau dulu duduk sebilik ngan Quality people je semua
tapi sekarang pembahagian ikut shift la plak
haihhh...layan je la


daisy: yay!along nak belanja variety bucket..hihi...ini paling menarik hari ni...huhuhu~

Friday, May 29, 2009

BOS BARU

Masuk hari ni, dah dua hari team quality menerima kedatangan bos baru. kedatangannya sememangnya di alu-alukan. aku pada mulanya agak nervous, risau kalau yang datang ni akan menyebabkan disaster. hahaha. teruk btol pemikiran. tapi so far, berdasarkan penilaian yang aku buat sendiri. bos baru ni akan bawa satu perubahan yang sememangnya aku tunggu-tunggu. peluang untuk terus berkembang di sini lebih cerah. aku risau dengan kata-kata big boss. if u didn't grow, u will remain as a stupid s**t. haha. kata-kata ditujukan utk team quality. kata-kata dia memang pedas. our CEO tu mmg garang tapi rasional, relevan, reasonable. so aku tak kisah. kata-kata dia tu boleh dijadikan sebagai satu cabaran. cabaran utk terus maju.

cayok2 team quality! kamu semua memang best! we have to be a better person!

Daisy: Mr. Woon, welcome!!