Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Showing posts with label TeTaMu. Show all posts
Showing posts with label TeTaMu. Show all posts

Saturday, April 24, 2010

merompak vs berteater

Dah lama tak menulis di sini
aroma2 sunyi dan sepi pun dah meresap masuk dalam blog aku ni
lately tak de berita or cerita yang menarik or best pun yang nak dikongsi
minggu lepas punya ada la
tak sempat nak hapdet minggu lepas
sbb dah janji dengan bos
nak OT pas habis aktiviti luar aku

suatu hari dlm kete on the way gi mkn tengah ari..

bos: kamu ada aktiviti apa hah?merompak ah?
aku: ha'a
bos: sy join boleh a??
aku: mana bleh...
bos: kenapa x boleh?
mira: nnt hasilnya kene bahagi 2..
aku: btol3! (sambil angguk2)
bos: hahaha..ya la hah

hahahaha...bos yang klaka..i like my bos..
opss..kembang pulak kalau dia tau. slalu kalau dia tanya

bos: kamu suka saya tak??
aku: tak.

**mira je jawab suka during appraisal..
takot die tak tlg naikkan gaji le tu..hak3.
tapi kalau die tanye soalan tu kat aku during appraisal pun
aku akan jawab suka. wakakakakakakakaka


back to my aktiviti luar punya story
ekceli bukan pegi merompak pun
ada ka patut kata aku gi merompak
aku gi buat keje amal yang suci lagi mulia...hahahhaha
opss..buat keje amal x bleh bgtau
nnt riak dan takabbur pula jadinya
ingat tu kawan-kawan...hik3~

minggu lepas, berakhirlah sudah Teater Sireh Bertepuk Pinang Menari
setelah 4 bulan diorg bertungkus lumus
berlatih..hafal dialog..buat set..cari props..kostum...plan itu ini..macam2 la
kredit utk semua ahli2 produksi Sireh Bertepuk Pinang Menari
it was my first time la join produksi yang besar kat penang ni
banyak yang dapat dipelajari
walaupun aku lebih banyak diam
tapi tak bermakna aku tak belaja apa2
aku belaja dari pemerhatian ja
segan lak nak tanya lebih2
hahahaha..ops..jgn tiru aku...malu bertanya sesat jalan
makanya next time banyakkan lah bertanya
kalau betul nak belaja

aku tau banyak suka duka cubaan dan dugaan
sepanjang pembikinan teater ni
ewahhh..ayat macam nak bikin filem pulak
but who knows..
maybe 1 day abg li kandaq ayaq nak buat filem pulak ka..hehe
jadinya..segala yang telah berlaku
jadikanlah ia sebagai satu pengalaman berharga
tak kiralah pahit ka manis ka masin ka tawaq hebiaq ka apa ka
yang penting kita blaja sesuatu
dan make sure ambil dari sudut yang positif aje
yang negative2 tu tak yah la amik bawak balik
tinggai ja..tak pun pi buang jauh2
kita bukan nak warnai hidup kita dengan warna2 suram dan tak cantek kan
tapi so far lebih banyak yang happy dari yang tak happy
puas hati dapat bekerjasama dengan mereka2 yang sememangnya berpengalaman
depa ni semua tak lokek ilmu
sangat friendly..professional..happy go lucky...
pendek kata tak kering gusi la dok ngn depa semua
release abis semua tension2 kat tempat keja
or keluh kesah yang ada dalam hati ni
haihhh..how i miss sireh bertepuk pinang menari so much!

thanks to all yang banyak bagi tunjuk ajar
dan menerima diri ini
and thanks to the Pengarah Sireh Bertepuk la wei
sbb kasi wa peluang masuk produksi ni
untuk semua tenaga produksi
if ada silap dan salah sepanjang kita bekerjasama ni
ampun dan maaf dipinta walaupun hari ni bukan hari raya..haha
thanks u olsss...the colors of my life!!

Saturday, April 3, 2010

Promo Sireh Bertepuk Pinang Menari lagi...

(Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar)


Jom beramai-ramai menyaksikannya di Auditorium P. Ramlee
Taman Budaya Pulau Pinang
pada
16, 17 dan 18 April 2010
jam
8.30 malam
kupon masuk RM 5 sahaja





**rekabentuk poster oleh Latt~

Monday, March 29, 2010

Latest info related to SBPM


untuk tempahan kupon sila berhubung dengan cik saidatul aina di talian 04-2817791/92
sekian terima kasih~

(",)

Wednesday, March 24, 2010

Sireh Bertepuk Pinang Menari

Perhatian!Perhatian!untuk semua peminat-peminat teater yang dok ada kat sekitar penang ni...pada 16-18 April ni, jangan lupa mai Audi P.Ramlee. Ada teater baekkkk punya yang akan dipersembahkan. Hehe. Yang jauh2 tu pun kalau nak mai tengok sangat2 la dialu-alukan. Kupon dia 5 hengget ja. Tak mahai. So, mai la bawak kawan2, sedara mara, adik, kakak, abg, adik ipaq, tok cik, tok long, mak ngah, semua-semua la. kita tengok teater ni ramai2 na. Teater ni tajuk dia Sireh Bertepuk Pinang Menari. Karya Dato' Noordin Hassan. Sasterawan Negara kita.

Cerita dia macam mana?haaaa..alkisahnya beginiiii..pada suatu hari...eh, salah2..macam ni cerita dia. Ada satu negeri ni, Indera Mahkota nama dia. Diperintah oleh Sultan Idris Bestari. Baginda ni seorang yang berjiwa rakyat. Satu hari ni, baginda nak pegi belayar ke luar negeri, jadinya segala pentadbiran negeri baginda pun bagi la kat anakanda baginda iaitu Zahiruddin Shah. Lain pulak fi'ilnya Zahiruddin Shah ni ngn ayahanda dia. Lepas Sultan pegi belayar je, Zahiruddin Shah telah memecat wazir. Kononnya, wazir dah tua dan perlu berehat. Pastu baginda lantik plak wazir baru. Wazir baru ni banyak la bg cadangan kat Zahiruddin Shah. Dia suh Zahiruddin beli emas dengan rakyat pada harga yang murah untuk mengindahkan lagi istana supaya menjadi lambang kemegahan Indera Mahkota so, bila ada raja dari negeri lain datang melawat bleh menunjuk-nunjuk la...gitu..ish3~

Pastu Sultan Idris pulak, belayar sampai la kat negeri Langkapura. Negeri tu kaya dengan emas dan diperintah oleh Ratu Salbiah. Sultan Idris menyamar sebagai Mamanda Idris dan bertemu dengan Ratu Salbiah sebab baginda nak bg amaran tentang seseorang yang menyebarkan ajaran sesat kat negeri Langkapura tu. Pastu banyak lagi la kisah sepanjang dalam perjalanan Sultan Idris tu...

Yang Zahiruddin Shah pulak (ni cerita kat Indera Mahkota la pulak) sibuk dok indahkan Taman Sari baginda. Nak letak pokok-pokok dan bunga-bunga luar biasa la, bina sungai yg air nya biru la, haiwan liar la..macam-macam la. Pastu Baginda jugak nak pegi meminang puteri Langkapura, Puteri Kamaliah namanya. Negeri Langkapura kan kaya dengan emas, jadinya banyakla benefit yg baginda akan dapat kalau dapat kawen ngn Puteri Kamaliah. Masa baginda tengah berbincang dengan pembesar negeri, tiba-tiba, salah seorang dari pembesar negeri mempersoalkan tentang, bagaimana sekiranya peminangan ditolak?

Tuanku Zahiruddin pun berkata....Jika sekiranya peminangan ditolak, Negeri langkapura hendaklah mempersembahkan sepasang Sireh Bertepuk Pinang Menari....

Nak tahu yang selanjutnya..kena la mai tengok sendiri kat auditorium P. Ramlee Penang 16 sampai 18 April ni. Nak cerita kat sini panjang lebar tak best, kena mai tengok real punya cerita baru ada ummpphh..hahaha..jadi jangan lupa noooo..pakat mai tengok cerita ni ramai2. Banyak pengajaran yang akan disampaikan melalui teater ni. Sama-samalah kita menghayati dan semoga terhibur. Jumpa di sana nanti noooo... (",)

Friday, February 5, 2010

coretan picisan sebelum lena dibuai mimpi indah

mata ngantuk tapi hati tak mau tido lagi. lepas habis keje tadi. terus pegi audi. malam ni ada latihan sireh bertepuk pinang menari. sampai sana pun dah lewat dah tapi jadi la dapat tengok diorang berlatih mengatur bicara sebaris dua. pengarah tak da pulak malam ni. ada hal. macam tu la aku saban hari. aku dengan dunia teater memang tak dapat dipisahkan lagi. aku happy dengan dunia aku.

bila penilaian DUSTA abes dulu. aku rasa dunia aku kosong. tiba-tiba. mati kutu aku dibuatnya. walaupun sebenarnya aku boleh je habiskan masa dengan aktiviti lain. tapi, aku tetap rasa tak lengkap. walaupun aku tak la terlibat secara giat dalam aktiviti teater di penang ni tapi asalkan dapat tengok orang berteater pun dah cukup bagi aku. dalam group aku tak banyak cakap. aku lebih suka memerhati. malu sebenarnya. aku tak sehebat diorang. eceh. tapi selagi aku tak pecahkan dinding di sekeliling aku selama itu la aku akan terus jadi seperti aku. dinding kurang keyakinan diri tu la yang perlu aku pecahkan sebenarnya. tapi macam mana ya. peluang?ya. ambil peluang dan kepercayaan yang telah mereka amanahkan. betul? kadang-kadang rasa tak mampu nak menjadi yang terbaik. mungkin sebab belum cukup bersungguh agaknya. jadi, kene usaha lagi la ye!

tahun ni, aku rasa aku berubah sikit kot berbanding tahun lepas. tahun ni aku banyak cakap sket berbanding tahun lepas. that is what i think la. what do you think? haha. program-program macam camping, family day etc. actually banyak tolong aku untuk buang perasaan malu tak bertempat tu. aktiviti macam ni bagi aku banyak kawan. i hope tak ada la yang cakap aku sombong sebelum kenal aku. masa skolah dulu, ade je yang cakap aku sombong. sebab aku tak suka senyum. haha. sekarang?ada tak yang merasakan aku sombong?hehe. harap2 tak ada la nooo.

apa-apa pun, aku sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri sendiri. ye la. sape pulak nak yang tak baik pulak kan. untuk mereka-mereka yang selalu ceriangkan (ceria+riang) idop aku secara langsung atau tak. trimas banyak-banyak. sangat menghargai kalian dalam hidup aku. cewah! oklah, jisim kemengantukan telah bertambah. bed time story dah abes. jadi, jom masuk tido! selamat malam dunia!

Wednesday, November 11, 2009

Berakhirnya sebuah Dusta

Alhamdulillah...
Dusta Pada Skala 1 hingga 10 telah berjaya dipentaskan di hadapan para panel penilai pada 6 November lepas. Tak sangka. cepat masa berlalu. Hari yang buat aku ternanti-nanti, akhirnya berlalu. Dan pastinya berlalu meninggalkan kenangan yang best dalam hidup aku. Harapnya masih ada peluang untuk aku join lagi persembahan di Penang pada masa depan. Mungkin ini yang terakhir, siapa tahu. Serius, sangat rindu masa-masa bersama mereka-mereka yang terlibat sama menjayakan Dusta.

Pada mulanya agak susah hati sebab setiap kali latihan, mesti tak cukup korum. Cerita ni, kalau tak cukup korum memang tak bleh jalan. Saat-saat akhir terpaksa ganti pelakon. Nasib baik diorang ni pro dan berpengalaman. Ceeewaaahhh...ada la yang kembang semangkuk tu..opsss..hihi...Kalau bg kat aku sure lingkup. Haha. Sebab tu la tuan director tak bagi. ye tak encik PK??...Ngeh3~

Hari persembahan merupakan hari yang paling mendebarkan dan menakutkan. Gemuruhnye ya Allah...kalah orang yang kene berlakon atas pentas. Padahal aku jaga sound jer pun. Sound check..sound check..1..2..3...hoho...Maaf la kalau ade yang terpaksa tadah telinga dengar aku cakap..takutnya..gemuruhnya..rama-rama dlm perut la hape la...sampai 10-20 kali. hehe...Bukan ape. Aku mahu segalanya sempurna. Perfect. Walaupun nothing is perfect in this world. rite??Aku tak mahu buat salah walaupun peranan aku x besar mana pun dalam persembahan ni. kalau aku buat salah, sian pelakon nanti celaru plak kat pentas. hehe. dan lagipun itu kali pertama aku sentuh board tu. Tersilap tekan, habis aku. Huhu. (tapi tak pe...coach ade kat sebelah =p hihi~)

Tahniah buat semua yang terlibat menjayakan Dusta. Apa yang kita perform malam tu bagi aku memang cukup perfect, cukup puas hati. 10 kali lebih baik dari yang sebelumnya. baik dari semua segi baik lakonan, set dan juga teknikal. suke sangat. ada orang penah tanye aku, sepanjang terlibat ngn teater kat penang produksi mana yang aku paling puas hati..masa tu aku tak ada jawapan untuk soalan tu. tapi sekarang, aku dah ada jawapannya. sebelum ni aku tak rasa puas hati bukan sebab diorang tak bagus tau. jangan salah sangka ye. Hmm...Aku harap lepas la untuk bertanding di peringkat kebangsaan. Doa-doa la ye...aminnn...If dapat pergi kebangsaan aku akan sokong habis-habisan walaupun masa tu mungkin aku dah tak ade lagi. mungkin aku akan jadi penyokong di kerusi penonton ataupun aku jadi penyokong yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. hoho. gerun tak bunyinye?. Semangat aku tetap bersama dengan team Bakawalee Penang. Percayalahhhhhh...ngeee~ (mengadalah kau!)

Terima kasih kepada semua yang banyak memberikan tunjuk ajar dan memberi peluang serta ruang untuk aku. ewahh..macam nak buat ucapan menang award plak. hehe. deeply from my heart, berharap sangat dapat bekerjasama dengan kalian lagi. harap korang tak serik la ek. hehehe. saya mintak maaf banyak-banyak sekiranya sepanjang proses menjayakan Dusta ni, ada kata-kata saya yang melukakan atau perbuatan yang menjengkelkan. kadang-kadang berat mulut nak bercakap. korang mungkin nampak aku kurang memberi idea. kurang memberikan sumbangan. kurang memainkan peranan. mintak maaf banyak-banyak la ek. Maafkanlah segala kekhilafan diri ini. yer??0-0 ek??

Akhir kata...Korang memang BEST!Walaupun ada yang kata korang mulut neraka...hahahhahaha...bukan i kate tau~larikkkkkk!!


Daisy: Ada tugas yang masih belum selesai. ada hutang yang masih belum langsai. Dusta belom tamat daaa...Jadi teruskan berdusta..haha~

Sebelum terlupa tahniah jugak buat team TeTaMu dengan monolog Jebat: Rahsia Kesumat. tak dapat pegi tengok Jebat perform petang itu. huhuhu. nape la penilaiannya jatuh pada hari yang sama. sob3~

Juga tahniah buat produksi Kisah Si Semut. cayalah abg jinggo..hehe..adik-adik yang cumilll...kamu semua memang best sangat. kawaiiiiii!!!!!

Pics Dusta during persembahan tak ade la plak. sik sempat mok capture. huhuhu. tunggu lah..nnt ambil dr kwn2 dan upload ke sini. cuma ada gambar si semut jer. tu pun gambarnya kurang memuaskan. sik kacak nak??layan je la yer apa adanya. hehe~

Wednesday, July 1, 2009

JEBAT


Seluruh bangsa melayu di bumi Melaka ini mengatakan Jebat derhaka
Atas dosa yang Jebat lakukan
Hanya untuk mencari kebenaran
Demi Tuah yang disayangi...



Monolog
JEBAT: Rahsia Kesumat
Malam ini
830 mlm
can't wait for it!!
All Da Best Jebat!!