Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.
Monday, August 15, 2011
Tuesday, January 4, 2011
Tahun baru. Semangat baru.

Sunday, January 24, 2010
Cuti-Cuti Malaysia~
Last week, 4 hari aku tidak berada di semenanjung. Ini pertama kali la aku meninggalkan bumi semenanjung. Keterujaan tu bleh difigurasikan pada tahap 200%. haha. Jarang sangat dapat peluang bercuti dengan family macam ni. Maklumla semua dah ada hidup masing-masing. Jadinya sekali sekala dapat luangkan masa macam ni memang best. Sangat!4 days of deviation from daily routine. Sorga donia. hahaha.
Hala tuju setelah sampai di bumi KK yang pertama, mesti la pegi homestay dulu. hehe. kitorg sampai pun lebih kurang pukul 11 mlm. so rehat dulu sebelum jalan2 ye tak. hehe. tempat pertama yang kitorg pegi melawat adalah kundasang. memang best!sejuk dan nyaman. bukan senang nak jumpa tempat mcm tu. tapi aku rasa cam bleh beku jugak duduk sana. jauh jugak dari KK ke kundasang. so kitorg bermalam kat sana. sewa homestay kat kampung sinisian. kitorg singgah beli sayur pastu gi ladang teh sabah. pegi hot spring. tapi pegi je la. tak turun dari van pun sebab time tu hujan . satu hari kat kundasang langsung tak nampak matahari. pukul 1 tengahari pun macam pukul 8 pagi.
Hari kedua balik ke KK. on the way tu kitorg singgah kat pekan Nabalu. Snap2 gambar sekeping 2 then shopping buah tangan untuk di bawa pulang ke semenanjung. sampai di KK, singgah pasar Filipina pulak. kat sini banyak jual gelang kristal n mutiara. rambang mata tak tau nak pilih mana satu. banyak sangat. barang souvenir pun banyak kat sini. tapi harga mahal sket kalau nak dibandingkan dengan souvenir kat pekan nabalu. hasil laut kat sabah memang murah2. sakan mak aku bershopping ngn besan dia. huhuhu.
dalam banyak2 yang ni paling best bagi aku. snorkling time kat pulau manukan. dari jesselton point ke pulau manukan perjalanannya makan masa lebih kurang 15 minit. batu karang cantik dan ikan2 yang gemok2 cute dan cantek sangat. sayang tak bleh amek gambar je. anak sedara aku si iffah ngn nazhan tu pun sibuk jugak nak pakai google. seronok la tengok keletah diorang. haha. layanzz. bertambah gelap aku berjemur di bawah terik matahari. mana tak nya kena layan si kecil iffah tu. suka sangat die main air sampai tak mau naik. ibu ngn ayah dia selamat bersnorkling time tu. tak nak bg die nanges ingat kat ibu dia so kena la layan. karang dia meraung susah nak pujuk.
malam tu singgah kat kg air. shopping lagi. barang2 kat sini lagi murah2. sakan lagi la mak aku shopping. haha. mak aje ke? sendiri tak nak ngaku plak. haha. last day before bertolak ke airport. kitorg pegi picnic kat tangjung aru. view die mmg cantik betul. dengan pemandangan air yang biru. Nice sangat! bila la dapat melawat sabah lagi. ok la. layan gambar je la kat bawah ni k.
Daisy: Sabah sudah. Sarawak bila lagi?hehe~
Sunday, December 6, 2009
Antara reputasi dan janji
Saturday, December 5, 2009
Huh!
uwaaaaaaaa!!!!
aku nak balik
ade je yang nak menghalang aku punye plan la
ish3!
tak kire
mesti kene balik jugak
nak bawa mak n abah kuar makan
hehehe
Selamat Hari Lahir Mak!
Moga mak panjang umur dan sentiasa berada dalam lindungan yang Maha Esa
Aminnnn...
Sayang kamu!!Mwahhh!
Wednesday, September 23, 2009
Raya Sakan ke Korang?
Hari Raya pertama macam biasa pagi stay kat rumah je lepas sembahyang raya tu. tunggu budak2 datang beraya. diorang ni dtg kutip duit rayer je pun. jemput masuk tak nak langsung. huhuhu. petang gi masjid baca tahlil utk arwah tok wan dengan tok. pas baca tahlil semua pegi kubur. aku lak baru je nak jejak tanah kubur tu air mata dah berjurai-jurai ha. tak tertahan dah. huhuhu. makanya tak jadi la pegi. tengok dari jauh je la. huhuhu. malu pun ade ngn sedara yang lain kang diorg cakap over plak minah nih nangis2 segala. ape kejadahnye. huhuhu. (tak pe la. next time nadia lawat tok naaa..sorang2..hehe).
Hari Raya kedua yang paling meriah. semua kaum kerabat kakak ipar aku bertandang ke rumah. gamat dan riuh la rumah aku dengan suara budak2 kecik main lari2 kejar sana sini. abg mengusik adik, adik mengusik kakak, kakak mengusik adik..macam-macam la. pening kepala aku. tapi Best!!!hehe
Hope sempat lagi jumpe raya tahun depan. moga dipanjangkan umur kan. tahun ni tak sempat nak beraya lama pun kat rumah. raya keempat dah start keje dah. member2 skolah ajak pegi beraya pun dah tak bleh join. sorry la korang. huhu. insyaAllah ada masa kita jumpa.
Maaf Zahir dan Batin
Saturday, March 28, 2009
Selamat Hari Lahir Abang!
Hey Big Bro! Ampun bangat! Bukan tak ingat hari ini birthday kamu. Cuma lewat menghantarkan ucapan. Kamu jangan marah ya. Sy slalu begini. Lewat. Tapi sy tak pernah lupa. Kamu sentiasa dalam hati sy. Kerana kamu satu-satunya abang sy.
Ingat lagi tak, kamu slalu cipta benda yang pelik-pelik. Buai atas pokok gajus tepi rumah tok tu. Sy duduk atas buai tu dan kamu tarik talinya sampai sy dibawa ke atas. Masa tu kamu nak selamatkan sy dari kena pukul dengan tok sebab tak nak mandi. Tok cari sy tapi tak jumpa. Seronok sgt waktu tu. Paling sy ingat, masa kamu bawa sy naik basikal satu ptg tu, kaki sy tersepit dan sy nangis. Kamu pujuk sy tapi sy tak nak diam jugak. Kamu belikan layang-layang utk sy. Kamu usaha utk pujuk sy supaya tak nangis lagi.
Semua tu dah tinggal kenangan. Kita skrg masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Sy cuma nak cakap, terima kasih kerana kamu slalu menjaga sy. Kamu memang abg yg sgt bertanggungjawab. Kamu jaga sy sepenuh hati sebagaimana mak dan abah amanahkan. Sampai sekarang sy masih tak dapat balas semua jasa kamu. Kan bagus seandainya semua kenangan tu boleh kita ulang semula. Tapi masa lalu tak akan kembali lagi.
Dihari ulangtahun kelahiran kamu, sy doakan semoga kamu panjang umur dan semoga Allah murahkan rezeki kamu dan keluarga kamu. Sy tak ada hadiah utk kamu tapi di masa hadapan sy harap sy dapat hadiahkan sesuatu yang sgt bernilai utk kamu dan keluarga kamu. Sy masih belum dapat ubah nasib keluarga kita kerana itu sy tidak mahu putus asa. Sy akan berusaha lagi. Sy tak mahu tengok kamu susah kerana kamu satu2nya abg sy. Kalau kamu mampu menjaga sy dulu, sy harap sy mampu menjaga kamu di masa hadapan.





