Aku baru saja sampai..lebih kurang jam 5.40 pagi tadi di stesen bas Butterworth. Suasana pagi yang hening tadi ,membuatkan hati aku rindu mahu pulang ke Kuantan semula. Tapi, aku ada tugas dan tanggungjawab di sini. Dengan hati yang berat aku terpaksa juga menguatkan semangat dan langkahku.
Cuti hujung minggu aku habiskan di Pahang. Lebih specific lagi, UMP. Yang sebenar-benarnya aku ada urusan yang perlu diselesaikan di sana. Aku perlu berjumpa seseorang, kerana itu aku berada di sana. Keputusan yang aku ambil sangat drastik. Sebab tu tak siapa tahu aku akan ke sana melainkan sahabat baik aku dan beberapa orang lagi. Lagipun sengaja mahu buat kejutan untuk kerabat Senandika. Dapat bertemu muka dengan mereka dalam masa yang sesingkat itu sudah cukup mengubat rindu dan mengurangkan tekanan yang memberatkan kepala aku. Terima kasih atas masa yang diluangkan bersama. Mungkin panjang umur kita bersua lagi.
Daisy: Tahniah Jumain, Q, Yusrie, Tito kerana berjaya menaikkan nama KKK sebagai Johan Pertandingan Debat. Tahniah Jumain coz dapat pendebat terbaik. Sangat2 berbangga dengan kamu semua. Harap sangat dapat tengok kalian berdebat semalam tapi tak ade rezeki. Huhuhu. Nonie, Lan, Bob and Bad..Thanks ek teman semalam. =)