Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Thursday, April 28, 2011

in short, APRIL is no fun

April adalah bulan yang paling aku tunggu. bulan yang paling aku suka. sebab pe?sbb i was born in April. April tahun ni berbeza sedikit. kalau boleh aku tak nak lagi April menyapa aku sebegitu di masa hadapan. macam2 kejadian yang berlaku. kalau orang cakap tu malang datang bertimpa-timpa. aku ambil tu semua sebagai ujian dan dugaan. mula2 skali abah eksiden.on the way ke tempat keje.patah tulang bahu. kereta langgar dari belakang. seminggu lepas tu mak pulak eksiden. mak naik moto jugak. kejadian berlaku masa lepas balik dari keja. kereta jugak yang langgar. sendi bahu terkeluar. sian my parent. sedihnya rasa waktu tu hanya Allah ja yang tahu. tak tau kenapa masa tu terlintas di fikiran. kalau ada sesape yang tak suka dengan aku tu tolong la jangan buat mak abah aku mcm tu. tapi semua ni ujian dari Allah. aku je yang fikir merepek. tapi ada sebab jugak aku fikir macam tu. pada yang pernah aku ceritakan tu tau la kenapa aku fikir macam tu. aku harap ape yang ada dalam fikiran aku tu tak betul la. aku hanya mampu minta pertolongan dari Allah. hanya Dia yang dapat menolong aku.


tapi setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. dan di sebalik setiap yang terjadi pasti ada sebab musababnya. dan pasti akan ada pelangi yang akan muncul selepas hujan...