Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Tuesday, June 24, 2008

S.E.P.S.I.S


Sepsis is a life-threatening illness. Your body's response to a bacterial infection usually causes it. Your immune system goes into overdrive, overwhelming normal processes in your blood. The result is that small blood clots form, blocking blood flow to vital organs. This can lead to organ failure. Babies, old people and those with weakened immune systems are most likely to get sepsis. But even healthy people can become deathly ill from it. A quick diagnosis can be crucial, because one third of people who get sepsis die from it.


Daisy: My late grandma ade penyakit ni la...huhuhu...rindu sangat kat dia..hari sabtu hari tu pegi kemas rumah dia. Bila tengok barang-barang dia, terus menangis sampai mak su suruh balik. Dengan mak su skali nangis..huhuhu...mane la aku tak nangis bila tgk barang2 dia, rumah dia, di situlah aku habiskan hampir sebahagian dari hidup aku...tapi yang pergi tetap pergi dan aku yang hidup ni akan tetap teruskan hidup dan pasti tak kan pernah lupakan dia. Janji aku pada dia akan tetap aku laksanakan cumanya mungkin akan sampai pada dia dalam bentuk yang lain...aku cuma mengharapkan yang terbaik buat dia di sana...


Thursday, June 19, 2008

Kalau dulu....


kalau dulu....

bangun pagi, nampak muka syikin, emiey, fyd

sekarang dah tak lagi....

kalau dulu....

pegi kuliah nampak muka nonie, emiey, naf, note, siau huey

sekarang dah tak lagi

kalau dulu....

makan tengahari sama-sama dengan lan, daoz, rani, nor, ida, yana, aainaa

sekarang dah tak lagi

kalau dulu....

hujung minggu bersama senandika

sekarang dah tak lagi

kalau dulu....

ada mereka di sisi

sekarang dah tak lagi



Daisy: Rindunya aku dengan diorang semua...dulu dan sekarang dah banyak berubah...cuma satu yang kekal...kalau dulu mereka sentiasa di hati, sampai sekarang pun mereka masih di hati...tak pernah pudar...=(



ILikebee.com

ILikebee.com

Monday, June 16, 2008

13 Jun 2008

Pagi itu, aku tersentak dari tidurku yang panjang. Rupanya ia satu petanda. Pemergiannya, amat-amat aku rasai. Sebelum sempat aku menunaikan janji aku padanya. Dia, insan yang telah menjaga aku dari kecil bilamana mak dan abah terpaksa bekerja untuk mencari rezeki. Aku belum bersedia menerima pemergiannya namun aku harus redha dengan ketentuanNya. Setiap yang hidup pasti akan pergi untuk selamanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat yang Esa. Semoga Allah golongkan dirinya dalam golongan orang-orang yang beriman. Semoga dirinya bahagia di sana.


Daisy: Tok, nadia rindu tok sangat....=(

Thursday, June 5, 2008

LI

Sedar tak sedar dah seminggu dah aku menjalani latihan industri. Pastas jugak masa berlalu. So far, LI kat situ ok la. Company die tak besar mane pun. Hari-hari turun site kat kilang-kilang around Free Industrial Zone, Bayan Lepas. Company tempat aku LI tu buat service and maintaning cooling water system. So hari-hari la pegi panjat cooling tower. Minggu depan maybe 5 hari direct ikut diorang turun site. Nak ambil sample dan buat analysis. Minggu ni agak serabut dan tertekan jugak sebab bos banyak tanye la. High expectation. Takot seyhh. Hari-hari kene prepare. Minggu ni kejenye study je. Kene tau semua bende pasal cooling tower dan kene wat research pasal biodiesel dan bioethanol. Tunggu la ek kalau-kalau researchku berjaya. Haha. Ape-apepun, harap aku mampu bertahan sehingga ke akhirnya. Wish me luck ya! Rindu bangat dengan warga UMP tersayang!!
Daisy: tak ada masa nak update blog.huhuhu....=(