Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Wednesday, August 13, 2008

Malam Inspirasi Seni



Saya baru je baca komentar Abg raja tentang Malam Inspirasi Seni 2008 yang diadakan di Dewan Dato' Bahaman, KMPh 9 Ogos lalu. Banyak betul yang Abg raja komen pasal malam tu. Kebanyakannya pasal persembahan dan juga teknikal. Nak tahu lebih lanjut boleh klik kat sini. Saya tak nak komen pasal MIS 08, lagipun sy tidak menyaksikan sendiri MIS 08. Agak terkilan jugak sbb tak dapat pergi. Mungkin tak de rezeki nak tengok MIS tahun ni. Harap2 dapat tengok MIS yang akan datang.

Kenangan semasa mengendalikan MIS 05 memang banyak mengajar saya. Di situlah titik permulaan saya bergiat aktif dengan program2 anjuran Kelab Kebudayaan dan Kesenian UMP. Mengendalikan MIS sememangnya satu pengalaman yang sangat berharga Photobucket. Ia mencabar minda, fizikal dan spiritual. Walaupun saya hanya memegang jawatan sebagai AJK Sambutan pada malam tersebut tapi tugas tu merupakan satu tugas yang amat mencabar bagi saya yang tiada pengalaman tentang pengurusan majlis seperti itu. Bermacam2 masalah yang timbul pada ptg sblm bermulanya MIS. Saya masih ingat lagi masa tu MIS 05 ambil penari2 perempuan utk jadi penyambut tetamu. Hampir2 diorg tak dapat datang sebab bertembung dengan program citrawarna di KUKTEM (sebelum tukar nama jadi UMP) pada masa tu. Kelam kabut saya dibuatnya shimatta stress. Nak tak nak kene la rancang backup plan.


Saya mintak tolong kawan2 saya la jadi pengiring. Bawa bunga manggar aje pun tak kisah la. Tapi last2 alhamdulillah, masa dekat2 nak mula majlis, diorg datang juga akhirnya. Lega sweat. So, ade ramai pengiring mlm tu. Yang bawak bunga manggar, yang tabur bunga rampai. Tapi mase tu tak menang tangan plak dengan nak briefing diorg mcm mana nk iring tetamu. Pastu dalam masa yang sama VIP dah sampai dan nak kena bg bunga rozet. Memang penat la malam tu. Dengan nak jaga pintu masuk, nak kawal selia ajk2 saya jaga pintu masuk, kawal selia ajk2 yang jaga kaunter tiket. Dah la dewan tu besar. Dengan high heel nye, saye berjalan ke sana ke sini. Depan, belakang, kiri kanan dewan, semua saya redah Photobucket. Pastu plak temankan nonie pegi ambil kueh dgn mineral water utk disajikan pada VIP yang sedang menonton. Dah la cafe yang sediakan makanan malam tu jauh dari dewan, sampai separuh jalan, berkaki ayam saya ke sana. Gara-gara lenguh pakai high heel dan nak cepat Photobucket. Haha. Kelakar jugak bila ingat balik tapi seronok. Bila dah selesai semuanya. Lega betul. On the way balik KUKTEM, diorg bising2 cerita itu ini dalam bas tapi saya dah tak peduli ape dah. Dah letih sangat. Siap tertido lagi dalam bas nemu padahal perjalanan dari KMPh ke KUKTEM tak la jauh mana. Hehe. Sekarang ni kalau dengar lagu Sulaman Sembilan mesti ingat MIS 05 lavu lavu.



Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang telah banyak membantu saya malam tu. Kawan2 saya, nonie, emiey, naf, nani, wawa dan ramai lagi. (nanie dengan wawa siap berlakon jadi gadis kampung lagi malam tu mase persembahan zapin..last minute punye cadangan tu..hehe) wawa. Terima kasih jugak yang tak terhingga kepada Abg raja sbb bg kepercayaan pada saya. Abg raja la yang banyak membantu dan beri tunjuk ajar happy mite.


Daisy: Rindunye dengan masa lalu...sugoii


5 daisies blooming:

PuTeRi CaHaYa said...

Kim salam kat Raja, yer? bgtau dia yg add blog puteri dah lain tau..

erm, nak bt kja2 semua tu mmg penat ler nyda. x menang tgn.. yg sikit2 pun leh ternganga, tmbah klu sorg2 nak handle yg besar2 nih..kn2?

Nyda Zamani said...

btol tu puteri
nyda yg ajk kecik ni pun pening kepala
apatah lagi org2 atasan

orait..nnt nyda kem slm kat dier and bgtau pasal add puteri yg baru~

Raja Azrul said...

memang betul nida..MIS 05 mula2 kita kenal..masa tue gak abang kenal azril, noni..hehehe...

seronok, walaupun banyak masalah time tu....

tegezoot said...

wo! cerita2 lama...

best2!

Nyda Zamani said...

abg raja:
btol tu abg raja, masa tu kita baru menapak so banyak mslh dn act banyak lg rintangn yg org x tahu tapi alhamdulillah kita dah boleh berlapang dada melihat KKK sekarang...

p/s: best kan dapat knal ngn kitorg yg vogue lagi comel ni kan3?haha~

tegezoot:
tahu tak pe
skali skala ingat cerita lama2 ni seronok..=)
thanks singgah sini