Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Tuesday, August 12, 2008

Sebuah Harapan

Aku masih menghitung hari. Menanti saat di mana segala keperitan akan berakhir. Menanti saat terbina hidup yang lebih melapangkan dada. Hingga saat ini, aku menanti detik itu hadir. Tanpa jemu tanpa ragu. Aku pasti dengan janjiNya. Segala keperitan hari ni adalah untuk kebahagiaan masa mendatang. Aku pasti akan terus menanti sehingga detik itu tiba. Akan aku lalui segenap ruang kehidupan dengan penuh pengharapan walau kesakitan tetap mengukir. Walau perit akan ku redah jua. Walau pahit akan ku telan jua. Semuanya akan aku tempuhi dengan redha. Pasti ada sinar untukku menanti di sana.





2 daisies blooming:

PuTeRi CaHaYa said...

salam nyda... insyaAllah..moga harapan nyda tu termakbul.

Lapangkn minda nyda dgn nikmat yg Allah kurniakan... & sentiasa muhasabah diri.. InsyaAllah, Nyda akn nmpak apa yg nyda mahukn..
(pandai2 jer nasihat org..hehe)

Salam
(",)

Nyda Zamani said...

time kasih banyak2 puteri
mudah-mudahan
=)