entri sebelum ni tak de ape pun. buat gempak je. huhu. mane reti nak bunuh-bunuh orang ni. tak de skill. mungkin kene blaja dengan sylar dulu kot. tapi motif nak makan otak diorang perlu difikirkan. ceh! ikut nafsu amarah memang mahu disiat-siat saja orang-orang itu. tapi mengikut pemikiran akal yang masih bernas lagi waras makanya tidaklah kesampaian hati ni nak berbuat begitu. apa pun. malas mahu cari pasal dengan orang tapi maaflah banyak-banyak ye kerana aku dengan tidak sengajanya ter'fire' orang yang berkenaan semalam.
Lupakan apa yang telah berlaku. Andainya semudah itu. Hmm..ok, lupakan sebentar.
Kepada adik-adikku yang berada nun jauh di Universiti Malaysia Pahang sana, final dah dekat dek non. bangunlah dari tidur dan mimpi indahmu kerana kamu akan berhadapan dengan peperangan yang akan menentukan masa depanmu.persiapkan segala kelengkapan. jangan peluru je lebih. strategi juga harus diatur. main tembak juga tak guna. harus ada ilmu yang cukup di dada. yang penting adalah kamu tidak menggunakan khidmat-khidmat sang toyol kerana jika kamu kantoi, susah la hidup kamu nanti.huhuhu. bersyarah macam aku tak pernah buat aje. haha. pernah je buat tapi bukan untuk final exam la. tapi tak berguna juga sang toyol yang dibawa itu kerana dia tidur. tidak lah dia menolong diriku pun. Selamat menduduki peperiksaan akhir semester. ceh!cam skema pulak bunyinye. tak kisah la. yang penting ikhlas. benar?
Err...rasa lain pula bila tak perlu menghadapi semua itu lagi. tabahkan hati, study sampai muntah ok!hahaha~
MY BROTHERS AND SISTERS,
SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG YA! SAYA AKAN SENTIASA MENDOAKAN KALIAN.
Daisy: Kak Dalee...mari kita bergigih-gigih menghabiskan saki baki LI..hehehehe~