Alhamdulillah. Hari yang paling aku tunggu tiba juga. Degan rasminya Latihan Industri (LI) TAMAT. Makanya, bermula hari ini, aku akan mula menghitung hari aku akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi). Mak! Abah! Anakmu ini dah berjaya mendapatkan apa yang kamu mahu!Pengalaman selama 6 bulan (24 minggu) menjalani LI ini akan aku simpan kemas jauh di dasar hati. Tidak mahu dikenang lagi. Pelbagai babak harus aku lepasi, harus aku harungi utk tiba ke detik hari ini. Aku belajar banyak perkara sepanjang aku menjalani latihan industri. Paling banyak, tentang ragam manusia yang pelbagai. Angkuh!Pentingkan diri!Egois!Tiada yang betul melainkan AKU!Berlagak pandai!Memandang rendah orang lain!Pengampu! Talam 2 muka!Tikam belakang!Cukup banyak.Terlalu banyak untuk satu komuniti yang agak kecil.
Namun, tidak semuanya buruk. Tetap ada terselit sesuatu yang baik. Sekurang-kurangnya, apa yang terjadi menjadikan aku seorang yang lebih tabah dan bersedia menghadapi masa depan yang mungkin lebih banyak pahit getirnya. Terima kasih buat mereka yang selalu menyokong aku. memberi semangat untuk aku terus berjuang sehingga ke akhirnya. Semangatku pernah patah di pertengahan jalan. Namun dengan adanya kalian yang selalu memberi dorongan, yang selalu ada di sisi, telah membuatkan aku berjaya sampai ke hari ini.
Selepas ini, akan bermula satu episod baru dalam kehidupan aku dan yang paling bermakna buat aku, aku dapat terus bersama Bakawalee. Terlalu banyak permintaan aku yang dimakbulkan. Sungguh aku bersyukur padaMu ya Allah. Benarlah, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap selepas hujan pasti akan ada pelangi yang mewarnai bumi. Hidup sememangnya tidak akan selalu indah, namun hargailah setiap sesuatu yang terjadi dalam kehidupan. Tak kisah la walaupun terkadang pahit untuk ditelan. Yang pahit itulah yang mengajar aku menjadi lebih tabah. Itulah kehidupan. Apa yang terjadi padaku, itulah warna kehidupanku!
Daisy: Kepada adik-adik yang bakal menjalani LI, selamat menjalani LI. All Da Best!!!