Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Wednesday, July 29, 2009

Semalam dan Kelmarin

Kelmarin aku sedih
Menangis sampai bengkak mata

Semalam aku riang tak terhingga
Senyum sampai telinga

Terima kasih Tuhan beri aku kedua-dua nikmat itu



Daisy: Bersyukur dengan apa yang kamu ada. Tak semua orang mengecapi nikmat bahagia dan gembira seperti apa yang kamu rasa. Mungkin kamu rasa kamu orang yang paling malang, tetapi fikirlah semula. Di luar sana, ada yang lebih malang malah lebih menderita dari kamu.

Monday, July 27, 2009

Cuba Teka...


Makhluk apakah ini?

Aku kata JANGAN!

Jangan cakap dengan aku
Andai kalian rasa ia menyakitkan
Biar aku sendiri
Membisu di sini
Lebih baik disakiti dari menyakiti
Aku memang tak pandai menjaga hati
Maafkan aku utk khilafku ini

Wednesday, July 22, 2009

Antara 2

Bersama dengan orang yang dicintai?
ATAU
Bersama dengan orang yang mencintai?
DAN
Kenapa?

Hanya Lala

Setiap kali balik tengok teater aku tak komen ape-ape pun
tapi yang ni
aku nak komen
Hanya Lala
Memang best
Nasib baik tak banjir so bleh tengok Hanya Lala
kalau tak
rugi3
haihhh
rasa nak tengok lagi
err...ade siaran ulangan tak??
huhuhuhu~

Sunday, July 19, 2009

betul ke?kalian rasa?

Zanida baru menganalisa hubungan antara golongan darah dengan kepribadiannya.

Untuk Zanida Zamani memiliki golongan darah AB, berikut ini penjelasannya :

- Mempunyai perasaan yang sensitif, lembut.

- Penuh perhatian dengan perasaan orang lain dan selalu menghadapi orang lain dengan kepedulian serta kehati-hatian.

- Keras dengan diri mereka sendiri juga dengan orang-orang yang dekat dengannya.

- Cenderung kelihatan mempunyai dua kepribadian.

- Sentimen dan memikirkan sesuatu terlalu dalam.

- Mempunyai banyak teman, tapi mereka membutuhkan waktu untuk menyendiri untuk memikirkan persoalan-persoalan mereka.

Troch Grip?Ape tu?

Trochanteric Grip ni salah satu device yang dihasilkan oleh Straitsorthopaedics. Barang ni, barang baru dalam Project Transfer. Sebelum ni packaging tak buat kat Malaysia. Barang ni sekarang dah dipindahkan ke Malaysia untuk packaging makanya, berbondong-bondong turun segala golongan profesional yang berkaitan dengan alat tersebut ke Malaysia bagi memberikan latihan tentang cara-cara memasang dan membungkus barangan tersebut. Sorang je pun. eheh.Hyperbola je cerita.


yang baju biru ni encik mark harris nama dia.


ni tulang tipu jer..huhu


ni la troch grip, die mcm hook. mencangkuk greater trochanteric. ni tulang femur. sy ckp ape yang saya tau je la sbb sy pun bukan ortho surgeon. huhuhu~


troch grip yang attached ngn femur tu kemudian akan diikat dengan cable. hook yang mengelilingi tulang tu cable passer. eeiiii...bayangkan dalam operation theatre...eiiii...ngeri3...huhuhuhu


yang ni plak diorg akan guna tensioner utk dapatkan tension yang diperlukan. detail lagi saya pun tak tau sangat sbb tak blaja bidang ni..haha..lepas dah dapat tension tu barula diorg tighten screw die and potong cable2 tu dan tinggalkan alat tu lam badan. wawawa...saketnyaaa...!!



Daisy: Saya algiophobic person, sbb tu tak leh jadi doc kot. Tengok SAW pun penakut ada hati nak jadi doc.Ceh!

Saturday, July 18, 2009

Apresiasi buat seseorang...

Terima kasih kerana buat aku KECEWA...

Monday, July 13, 2009

menarik hari ini...

apa yang menarik terjadi dalam hidup aku hari ni?
tak ada apa pun
pegi keje balik keje
haa..tapi hari ni dah pindah tempat baru
yang kurang privacy
huhuhu...
kalau dulu duduk sebilik ngan Quality people je semua
tapi sekarang pembahagian ikut shift la plak
haihhh...layan je la


daisy: yay!along nak belanja variety bucket..hihi...ini paling menarik hari ni...huhuhu~

Sunday, July 12, 2009

Dusta dah habis?

anak antu, ceq amik gambaq ni dr blog hang..hehe~


Dusta Pada Skala 1 hingga 10 sudahpun melabuhkan tirainye semalam. Walaupun pada mulanya ada halangan yang datang di saat2 akhir namun segalanya berakhir dengan tenang dan kami boleh menarik nafas lega. secara keseluruhan aku sememangnya berbangga dengan team bakawalee yang bersungguh-sungguh berjuang demi festival teater ni. apa yang dilalui tak akan pernah buat aku serik untuk berteater. i really had fun and enjoy bekerja dengan bakawalee dan rakan2 teater penang yang lain. bakawalee dah buat yang terbaik semalam. bagi aku, performance yang diorang buat semalam dah betul2 perfect. tapi mintak maaf jugak la kalau ade yg terasa masa sy ckp ade sikit tak puas hati smlm masa briefing tu. bukan tak puas hati ape sangat pun. hal kecik aja. bila bakawalee dah buat show yg sgt perfect tapi ada sikit (sikit je tak banyak pun) hal yang menjejaskan kesempurnaan itu, aku rasa sedikit tak puas hati. tapi semua tu tak jadi hal lah. asalkan kita semua enjoy the show and puas hati dengan apa yang kita dah usahakan, for me itu semua sudah cukup. seterusnya, terserahlah pada juri utk menilai.

Sy mintak maaf kalau ada kecacatan dan kekurangan masa sy jaga lighting. sy rasa dah buat yg terbaik tanpa sebarang kesilapan tapi bila juri cakap ada sikit silap pasal lighting tu, sy agak down jugak la. mungkin betul sy ade buat salah atau die salah tafsir lighting tu sy pun tak tau..huhuhu..but i hope tu semua tak jejaskan markah utk team bakawalee. huhuhu~

untuk adik-adik senandika. sorry sangat-sangat. kesian sangat kat korang tak dapat tengok show dusta. nak buat macam mane kan. mungkin ada hikmah di sebalik banjir itu.huhuhuhu..tapi akak harap next time korang tak serik la nak datang penang tengok teater lagi yer. hehe~

Daisy: Senandika, next project bakawalee x nak join ke??hehe~

Wednesday, July 1, 2009

JEBAT


Seluruh bangsa melayu di bumi Melaka ini mengatakan Jebat derhaka
Atas dosa yang Jebat lakukan
Hanya untuk mencari kebenaran
Demi Tuah yang disayangi...



Monolog
JEBAT: Rahsia Kesumat
Malam ini
830 mlm
can't wait for it!!
All Da Best Jebat!!