Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Saturday, August 22, 2009

Perutusan

Assalamualaikum
buat sahabat-sahabat saya
yang jauh yang dekat
tak kira yang di utara atau selatan
mahu timur atau barat
di mana jua kalian berada
Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Semoga memperoleh keberkatan di bulan yang mulia ini
Senyum lebar-lebar.



Tuesday, August 18, 2009

Bebas...

Mengapa kau bebaskan ia?
Apa?
Merpati kesayanganmu itu?
Supaya ia bebas .
Bebas?
Ya bebas!Bebas dari belenggu.
Belenggu? Maksudmu?
Kesetiaan yang tak berpenghujung...

Friday, August 14, 2009

KeADILan

Hakim mesti adil. Hakim mesti bijak. Bukan menilai hasil dari penjelasan sebelah pihak. Hakim bukan mereka yang pilih kasih. Hakim bukan kejam. Tapi manusia hakim itu yang kejam, manusia hakim itu yang tidak adil. Manusia hakim itu yang pilih kasih. Kerana manusia Hakim itu bukan manusia. Manusianya hanya pada rupa dan nama tapi bukan jiwa. Bukan salah dia, bukan salah sesiapa atau apa-apa. Sudah ditakdirkan dia itu manusia. Berakal tapi mudah lupa, alpa dan leka. Kaki sudah terlangkahkan tangan sudah terjembakan. Moga dosamu diampunkan Tuhan.

Thursday, August 6, 2009

Putih ke Gebu?

Makhluk asing dalam post aku yang bertajuk "cuba teka" tu sebenarnya adalah seekor kuceng yang sangat laaaa comelnye...memperkenalkan!!!jeng, jeng, jeng!!!!PUTIHHHH GEBU!!hehe..mase amek gambar die, die tak reti dok diam. kalau kamera aku mahal tak pe le jugak. pakai kamera murahan maka hasilnya begitulah. Kucing yang comel bertukar menjadi makhluk ape ntah. cam anjing laut pun ade. eheh.


Sebenarnya kuceng ni mira jumpe masa on the way nak balik rumah hari tu. ketika itu agaknya si gebu ni sedang berjalan-jalan melihat keindahan rumah flat taman teluk kumbar ni kot. tak pun baru balik dating ngn pak we die. dan atas sebab kecomelannya yg terlampau makanya mira telah mengambil keputusan untuk menculik beliau selama bebarapa jam. terkejut bukan kepalang la bila aku tengok GEBU dalam rumah time balik dari opis ari tu. anak sape la pulak yang minah ni kidnap. untuk pengetahuan, mira ni memang suke kidnap kuceng bawak balik umah..die bg makan pastu die hantar balik..dan untuk pengetahuan jugak..aku pun same..hihi.


Gebu yang bajet cun..haha


Geram btol. gebuuuuu sgt!!Sebab tu mira bagi nama die gebu. eiii geram3..rasa nak gigit-gigit je si gebu ni..hahaha..mulenye die cam garang jugak la ngn aku. die buat muke tak puas ati. agaknye mesti die cakap "sape plak minah comel ni?tetibe je muncul..huh!dah le tadi minah senget ni kidnap aku tanpa rasa bersalah. hmmm..bile diorg nak hantar aku balik ni....tolongggg!!cakar korang kang baru tau...huhuhu". hik3. Tapi lama-lama muka tak puas hati die tu ilang. agaknya dah bleh terima kehadiran aku kot.hehe.


Muka tak puas ati.



Selang 2-3 minggu jiran depan rumah kitorg (kak ina) bagitau gebu tu milik jiran selang beberapa buah rumah kitorg. kitorg panggil die mak tok. part paling best bile mak tok dengan baik hatinya nak bg gebu kat kami sebabnye die dah tak larat nak jaga. sebab mak tok dah tua. uwieeee!!..happy giler. seb baik duduk serumah ngn minah-minah yang sekepala. suka ngn kuceng. semua pun sepakat nak bela gebu. jadinye hari ni dah 2 hari kami bela cik putih gebu ni.hehehe..tuannye bagi nama putih tapi kami bg nama gebu. tapi, disebabkan kami tak nak buang nama asalnya jadi kami namakan die putih gebu..hehe




Daisy: comei..comei..comei!buat terapi di kala sakit kepala. seronok ade kuceng ni. bleh buat kita ketawa ngn keletah dia. wink~

Monday, August 3, 2009

Hanya DIA

Mereka tak kan pernah faham
Mereka tak akan mengerti
Bila hidup dan mati bergantung kepada sesuatu
Mungkin sesuatu itu aku boleh umpamakan
Seperti UBAT
Seperti OKSIGEN
Seperti DUIT
Seperti APA-APA saja yg kalian rasa ia seperti NYAWA kalian
Tapi aku tak perlu risau
Aku tak perlu khuatir
Biar mereka tak faham
Biar mereka tak mengerti
Biarkan mereka terus leka dengan apa yang mereka rasa
Aku tak perlukan mereka memahami aku
Kerana HIDUP dan MATI
Bukan aku atau kalian atau mereka yang tentukan
Tapi DIA
Hanya DIA