Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Friday, September 25, 2009

Tetibe je...



Aku rasa rinduuuuuuuuu sangat kat korang!
sob3~


Thursday, September 24, 2009

Nak dengar aku bebel tak?

Aku rasa cam nak baling selipar je kat mamat sekor ni. Aiyaaaa…tensi aku tensi! Kau kalo datang mintak signature aku jgn sembang lebih2 bleh tak?annoying la beb!tak paham ke?hadusss…sabar je la aku di bulan syawal yang ceria ni la dier ni nak buat hal. Seb bek sebelom raya ritu sempat lari kalau tak spoil mood raya aku tau. Minat kat kawan aku yang pegi heret aku skali tu pehal?sengal la. Aku ni bukan la kejam sangat. Kalau stakat nak berkawan tu tak kesah la beb. Aku berkawan je ngn semua orang. Tak memilih pun. Tapi yang sekor ni memang la tak bleh ditranslate oleh otak aku untuk dibuat kawan. Data not found!huhuhu..die ni cam x brapa nak btoi sket la aku tengok. Memule ingatkan aku je yang fikir cam tu. Aku simpan lam hati je la. Ye la. Tak sampai hati la nak cakap kat member aku “weh..aku rasa die ni cam ade wayar putus kat mane2 la”. So aku simpan je la sorang2. Tapi ade pulak yang menyokong kenyataan hati aku tu. Nasib baik ade yg seangkatan. Maksudnya bukan aku la yang ade wayar putus kat mana-mana. Huhuhuhu.

Ade ke satu hari tu die dtg tempat aku pastu die tanye soalan “yang tu kertas A4 ka?” sambil mengunjuk ke arah kertas A4 dgn muka tersengih2 bak kerang busuk. Tepuk dahi aku dengar soklan dier. Tak der ke soklan yang lebih mencabar minda ko nak tanye aku. Aku bukan la nak perlekehkan dier kan. Mustahil la ko tak tau itu kertas A4. Hari2 la ko keje ngn kertas tu. Pastu plak hari-hari tanye aku soalan yang sama. Nak muntah la aku nak jawab. Pastu soalan tak bleh blah.. “hye nida!bz ka?” kalau cakap telepon ok la jugak nak tanya aku soalan tu kan. Ini kau nampak ngn mata kepala sendiri aku memang buat keja tak menang kaki tak menang tangan, lagi mau tanya. huh!sengal! (kalau time tak bz pun nampak dier jer terus aku jadi bz...uwahaha..)

Haihhh..teremosi plak aku. Huhuhu. Btol la. Aku letih. Kadang2 aku tak jawab pun soalan dier. (hint la tu nak suruh blah cepat2..tak paham ke....?) tapi mamat ni memang la tak reti bahasa. Aduhaiiiii…perlukah aku berterus terang…tak kan aku nak cakap…”sedare..sedare..sedare ni annoying la, jgn tanye saye ape2 soalan bleh?lu bikin gua panas jer”…huhuhuhu…tak sampai hati lak..kang die kate aku bajet bagus plak...hmmmm...

Paling tak bleh blah bila dia hai aku pagi2. Pergh..rosak mood aku satu hari beb! Ade satu hari tu aku duduk kat staging area. Kirenya depan aku ade pintu dan sebelah kanan aku pun ade pintu. Yang depan aku tu pintu dari opis yg sbelah kiri pulak pintu keluar menuju ke pintu utama. Jaraknya lebih kurang 5 langkah je pun. Die masuk je dari pintu depan die cakap “hye nida!” pastu die keluar plak kat pintu sebelah kanan aku dia ckp “bye nida!”..ingat ni vid clip ezlynn ka hye2 bye2..mana la aku tak menyumpah lam hati. Budak ni memang s*w*l..haishh…haaa..kan mulut aku dah tak da insuran..bercakap tak hengat akhirat..huhuhu…adoiiiiii…aku mengalami tekanan jiwa laaaaa….tolongggg!!!tolong la sape2 kejutkan aku dari mimpi ngeri ni woi!

lagi satu punye cerita..mcm biasa la..dtg tempat aku..pastu usik aku punye bunga goyang2 tu...hangin satu badan le aku...idong dah ala-ala naga dah kuar asap neh..aku pantang btol org sentuh barang2 aku...pastu siap soal sisat pasal frame gambar plak.. "ni gambar masa nida study dulu ka? yang mana satu nida?" mengong!!6 org je lam gambar tu. tak kan tak reti beza yg mana satu aku..lagipun tu bukan gambar masa aku study kat tadika. sengal!!kalau korang la kene layan orang cam ni...korang tak pitam??mmg la..aku yg pitam..uwaaaaaaaaa!!!!!


Daisy: nasib baik pagi ni ada seseorang buat aku tersenyum..tak la tensen sgt idop aku..uhuk..uhuk..tenkiu yer org tu..hehe~


Wednesday, September 23, 2009

Raya Sakan ke Korang?

Selamat Hari Raya semua! hope masih belum terlambat mengucapkannya. hehe. so macam mana raya korang tahun ni?meriah ke? aku macam biasa je sambutan raya tahun ni. macam tahun lepas jugak la. tapi tahun ni meriah sikit dari tahun lepas sebab turn abg aku plak beraya umah mak dia (mak aku la jugak..haha). meriah ke?padahal 2 beradik je. hehe. yang memeriahkan dan menggamatkan suasana adalah nangoi2 (loghat penang) 2 orang tu ada. nazhan ngn iffah. gelak sat gheyau sat. lari sana lari sini. orang kemas depa sepah. 2 orang pun dah macam 20 orang. macam mana la agaknya kawan2 aku yang len yang ade seangkatan bala tentera sampai 20-30 orang. sure lagi pening kepala.

Hari Raya pertama macam biasa pagi stay kat rumah je lepas sembahyang raya tu. tunggu budak2 datang beraya. diorang ni dtg kutip duit rayer je pun. jemput masuk tak nak langsung. huhuhu. petang gi masjid baca tahlil utk arwah tok wan dengan tok. pas baca tahlil semua pegi kubur. aku lak baru je nak jejak tanah kubur tu air mata dah berjurai-jurai ha. tak tertahan dah. huhuhu. makanya tak jadi la pegi. tengok dari jauh je la. huhuhu. malu pun ade ngn sedara yang lain kang diorg cakap over plak minah nih nangis2 segala. ape kejadahnye. huhuhu. (tak pe la. next time nadia lawat tok naaa..sorang2..hehe).

Hari Raya kedua yang paling meriah. semua kaum kerabat kakak ipar aku bertandang ke rumah. gamat dan riuh la rumah aku dengan suara budak2 kecik main lari2 kejar sana sini. abg mengusik adik, adik mengusik kakak, kakak mengusik adik..macam-macam la. pening kepala aku. tapi Best!!!hehe

Hope sempat lagi jumpe raya tahun depan. moga dipanjangkan umur kan. tahun ni tak sempat nak beraya lama pun kat rumah. raya keempat dah start keje dah. member2 skolah ajak pegi beraya pun dah tak bleh join. sorry la korang. huhu. insyaAllah ada masa kita jumpa.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Daisy: teringin beraya dengan family Senandika and my very bestfriends. =(

Thursday, September 17, 2009

27 Ramadhan

Sudah lama aku biarkan blog ini sepi tanpa sebarang khabar berita mahupun rencana. Mungkin atas alasan kekangan masa yang aku cipta sendiri. Atau mungkin juga tiada apa yang mahu aku kongsikan bersama. Segalanya berlalu dengan tenang. Segalanya. Termasuk Ramadhan ini. Sudah mahu berangkat pergi ia tanpa meninggalkan pesan samada akan bertandang lagi di masa hadapan. Semoga ada kesempatan bertemumu lagi. Semoga masih boleh bernafas dalam udara Ramadhan. Semoga masih celik untuk menatap langit Ramadhan dan mendengar bicara bintang-bintang dilitup awan. Sedih mengenangkan pemergiannya tambah sedih mengenangkan masih ada yang tidak menghargai kehadirannya. Mungkin dia sedang menangis kerana diperlakukan sedemikian rupa. Mungkin hatinya terhiris melihat manusia alpa. Masih belum terlewat memperbetulkan kesilapan. Masih ada peluang menadah tangan di bawah langit Ramadhan memohon keampunan. Semoga hari esok lebih baik dari semalam.