Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Wednesday, September 23, 2009

Raya Sakan ke Korang?

Selamat Hari Raya semua! hope masih belum terlambat mengucapkannya. hehe. so macam mana raya korang tahun ni?meriah ke? aku macam biasa je sambutan raya tahun ni. macam tahun lepas jugak la. tapi tahun ni meriah sikit dari tahun lepas sebab turn abg aku plak beraya umah mak dia (mak aku la jugak..haha). meriah ke?padahal 2 beradik je. hehe. yang memeriahkan dan menggamatkan suasana adalah nangoi2 (loghat penang) 2 orang tu ada. nazhan ngn iffah. gelak sat gheyau sat. lari sana lari sini. orang kemas depa sepah. 2 orang pun dah macam 20 orang. macam mana la agaknya kawan2 aku yang len yang ade seangkatan bala tentera sampai 20-30 orang. sure lagi pening kepala.

Hari Raya pertama macam biasa pagi stay kat rumah je lepas sembahyang raya tu. tunggu budak2 datang beraya. diorang ni dtg kutip duit rayer je pun. jemput masuk tak nak langsung. huhuhu. petang gi masjid baca tahlil utk arwah tok wan dengan tok. pas baca tahlil semua pegi kubur. aku lak baru je nak jejak tanah kubur tu air mata dah berjurai-jurai ha. tak tertahan dah. huhuhu. makanya tak jadi la pegi. tengok dari jauh je la. huhuhu. malu pun ade ngn sedara yang lain kang diorg cakap over plak minah nih nangis2 segala. ape kejadahnye. huhuhu. (tak pe la. next time nadia lawat tok naaa..sorang2..hehe).

Hari Raya kedua yang paling meriah. semua kaum kerabat kakak ipar aku bertandang ke rumah. gamat dan riuh la rumah aku dengan suara budak2 kecik main lari2 kejar sana sini. abg mengusik adik, adik mengusik kakak, kakak mengusik adik..macam-macam la. pening kepala aku. tapi Best!!!hehe

Hope sempat lagi jumpe raya tahun depan. moga dipanjangkan umur kan. tahun ni tak sempat nak beraya lama pun kat rumah. raya keempat dah start keje dah. member2 skolah ajak pegi beraya pun dah tak bleh join. sorry la korang. huhu. insyaAllah ada masa kita jumpa.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Daisy: teringin beraya dengan family Senandika and my very bestfriends. =(

3 daisies blooming:

Nyda Zamani said...

yang paling istimewanya raya kali ni tahu ape?
dapat bg duit raya kat mak abah!
setelah 24 tahun asyik dapat duit raya dari diorg jer
hehe..

komen blog sendiri plak
hihi~

aLan said...

24 thun??
ish ish ish..tuanye akak..hahahaha =D

Nyda Zamani said...

tua??
mane ade?
24 tahun tu muda lagi tau
org yg 22 tahun tu yang dah tua
ish3~