Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Tuesday, October 6, 2009

Dulu dan Kini~

Dulu, masa study rasa tak sabar nak kerja tapi sekarang bila dah kerja rasa macam nak balik semula ke masa study dulu. Banyak dugaan dalam hidup ni. Terpaksa hadap pelbagai jenis manusia dengan fe’el dan karenah tersendiri. Apa yang manis senang la nak telan. Kalau yang pahit?telan la jugak walaupun perit. Nak telan la jugak tu la perlukan kekuatan dan keteguhan iman yang tinggi. Silap haribulan boleh terpilih jalan yang salah. Malas la aku nak cakap pasal ni.

Actually rasa teringin nak study balik tu tiba-tiba pulak datang bertandang masa aku attend konvokesyen junior2 Senandika kat UMP minggu lepas. Untuk pertama kalinya konvokesyen diadakan di bumi UMP sendiri. Memang meriah dan ada kelaianan. Aku tak sempat nak merasa semua tu sebab aku dulu konvo kat Dewan Jubli Perak. Suasana agak tidak kurang meriah masa tu. Tapi kali ni, memang happy sangat sebab dapat bersama dengan diorang di hari yang paling bersejarah tu. Setelah berpenat lelah berhempas pulas study selama lebih kurang 4 tahun, akhirnya berjaya juga mereka menggenggam segulung ijazah. Alhamdulillah.

Bangga sangat tengok diorang hari tu. Kali ni, 11 orang (harap tak de yang tertinggal dlm kiraan aku ni) ahli senandika yang dah bergraduasi. Tahniah untuk mereka-mereka yang saya sayang. Tahniah Senandika, Tahniah junior2 Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Tahniah semua!!Hmmm...Makin lama dah tak ramai yang aku kenal kat ump sana. Masa akan datang nanti dah tak ada sebab untuk aku bertandang ke sana (kecuali kalau lecturer2 yang pernah mengajar aku masih berada di sana). Konvokesyen UMP 2 hari ja. Sabtu dan Ahad.

Sesi kedua hari ahad tu, aku berpeluang la masuk dewan konvo sebab nonie ajak. Adik dia konvo. Kakak ipar dia tak jadi masuk jadinya aku sebagai kawan karib ni diberikan mandat la untuk sama-sama meraikan adik dia. Satu kad jemputan tu hanya untuk 3 orang. Satu lagi tu of course la mak dia kan. Bagi aku majlis kali ni ada kekurangan la sikit sebab tak ada iringan muzik yang dimainkan secara langsung. Semua pakai rakaman ja. Dah tak ada rasa gah dah tengok cokmar diiring naik ke pentas konvokesyen. Dulu masa aku berpeluang main gamelan mengiringi cokmar tu, rasa bangga sangat (kalau orang lain tak rasa tak tau la). Setiap langkah diiring paluan gendang dan gong. Tengok cokmar pun rasa gerun. Tak ada la muzik tiba-tiba mati masa tengah bawa cokmar. Spoil betul rasanya. Lagi meriah kalau ada gamelan dan orchestra live. Macam dulu-dulu.

Kadang-kadang rasa macam sedih jugak sebab aku rasa perjuangan aku, nonie dan kawan-kawan yang lain macam tak diteruskan je kat UMP tu. Bersusah payah baru boleh dapat alat gamelan tu. Bila dah ada tak diguna pulak untuk majlis yang paling utama di UMP tu. Tapi tak pe la. Mungkin ada masalah dalaman yang tak dapat dielakkan. Hmm, never mind. Harap2 next konvo, ade la muzik live. Baru rasa hidup majlis tu. Apa-apa pun tahniah sebab majlis telah pun dianjurkan dengan jayanya. Yang penting adalah orang2 yang diraikan. Betul tak?. Tahniah sekali lagi buat mereka2 yang telah bergraduasi. Moga maju jaya di masa hadapan.









Nonie dan saye!!bespren 4-eva~


Daisy: Senandika!!best sangat dapat jumpa kalian lagi!!terubat rinduku...cewahhh...hehe..tapi rindu pada kak mel tak terubat lagi cemane?sob3~ntah bile dapat ketemu sama kekandaku yg sorg tu~

4 daisies blooming:

Pegawai Khalwat said...

Nak arrange untuk main live masa konvo bukan senang.

Dulu hangpa semua bangga nak main untuk konvo.

La ni, berapa kerat yang rasa dia sanggup bekorban macam tu?

Melody M. said...

pakai muzik rakaman? ala..kurang best.. yup, dulu kita rasa sgt bangga terlibat ngn konvo kan? hmm..i can still remember my convo day..nyda n nonie main gamelan masa saya amek skrol. sempat senyum kat korang n main mata. haha. rinduya masa tu...

rindu kat senandika bila tgk entry ni. huhu.

violetbutterfly said...

btl2 kak nida.. ida rasa mcm nak balik ke zaman stdy balik..alam perkerjaan nie terpaksa kita hadapi berbagai2 kerenah manusia.. tapi apa boleh buat.. semua 2 terpaksa kita hadapi gak kan.. gud luck tok kak nida menghadapi hari2 yang mendatang..

Raja Azrul said...

salam cik nida..

amboi rindu kat mel jer ke? abang tak rindu ke? hehehe...memang seronok time konvo kan??

thanks coz time abang, korang sume datang..dan abang mintak maaf sebab time korang konvo memang abang tak dapat dtg...

pasal senandika, memang abang takleh lupa. Abang rindu sangat time nak buat teater..tapi sekarang ini agak sibuk dengan bebudak nak final..jadi susah sedikit nak aktif teater.

Pasal gamelan?? hurm..hehehe pelik gak kalau konvo pakai rakaman kan? sebab time abang dulu sumernya 'live'. Apapun tahniah pada semua yang dah grad!!