Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Wednesday, July 20, 2011

Oyen dan Oyeo Bahagian 2

bengkak2 sudah mata aku nangis kerana rindukan oyen...sob3..ok sambung balik

dulu, kalau masa oyen tak de lagi, boleh la balik keje lewat tapi sejak oyen dah ade kat rumah tu, dah tak boleh balik lewat sangat dah. kena fikirkan dia. ceeewaahhh..kalah orang ade anak u. hahaha. sian dia kat rumah. mesti tertanya2. mana la mami n mama pegi, keluar pagi, malam2 baru balik rumah. disebabkan kekangan masa untuk jaga dia kitorg bagi die makan friskies je sbb kitorg memang tak masak pun kat umah tu. masa mula2 ambik dia dulu, kurusssssss sangat budak kecik tu..lepas makan friskies punnnnnn kurus jugak.uhuk3. mama kate oyen pandai jaga badan. selim melim. makan sikit2 tapi kerap. banyak excercise. takut gemuk la katakan. hahaha. oyen kate tamau jadik gemok cam mami :p cis!!dale punye anak bertuah. ngate mami ye. elehhh. tak kisah. mami gemok senang hati + cumil pe??? *perasan pulak :p *

bila oyen dah besar sikit, aku terjumpa sekor lagi anak kucing comel. kaler oren jugak. tapi pekat sket kaler die dari oren biase. comellllll. tengok dia asyik berkeliaran mcm tak tentu arah je. aku ambik la bawak balik. bagi die makan. die ni tak macam oyen. kalau datang rumah tak payah tunggu kite jemput masuk. dia masuk dulu. tak payah jemput makan. dia makan dulu. cepat mesra sungguh ngn orang yang tak dikenali. tak kisah pun kalau orang culik die. huhuhuhu. kalau anak orang memang dah lama kene culik tu. seb baik anak kucing.

masa mula2 bawak balik kucing kecik tu, oyen sangat marah. dia tak suka. agaknye dia cakap. ntah sape2 la yang mami pungut bawak balik ni. tak cukup ke oyen je penyeri dalam umah ni. bawak balik si kecik huduh ni buat pe?? huh!..tudia..bila oyen berkata-kata. macam ayat dalam drama la pulak... *terpengaruh ngn mami la tuuu* budak kecik tu tak de ape pun. dia tak kisah pun oyen marah die ke hape ke. dah buat rumah tu macam rumah sendiri pulak. lantak kau le. nak over2 marah aku apehal. mami yang ambik aku balik. nak tak nak kau kene la terima aku sbg adik baru kau. hahahaha. *oyeo gelak jahat*

ni la budak kecik tu. awal2 lagi dah manja ngn mami. siap lepak kat lengan mami yang chubby tu. hahaha. memang patut la mama kate budak kecik ni anoyying. mengada sikit dia ni. memula pening jugak fikir nak bagi nama. tak tau nak kasi nama apa. last2 letak nama oyeo sbb dia agak gelap sket dan mami teringat biskut oreo masa tu maka jadilah oyeo.hahaha. tak munasabah btol mami ni bg nama oyeo sempena biskut oreo kegemaran mami. ok la tu sekor oyen sekor oyeo. lagipun mama korang yang nak sangat letak nama korang O pangkalnye. terima je la nama yang mami bagi tu. banyak songeh plak. :p bak kata mama, zakoyen dan zakoreo. tak nak pulak mama letak azmoyen dan azmoreo.haha :p

ade satu malam tu. satu kejadian yang tak diingini telah berlaku. membuatkan mami nak marah je. tapi oyeo punya pasal mami sabaq je la. tenangkan hati hadapi dengan tabah. masa tu aku tengah tido. pastu tengah malam tersedar si kecik oyeo ni menyandar kat belakang aku. tumpang tdo la tu. tak best kot tdo ngn oyen kat luar. nak jugak nyendeng2 kat mami ni. tak pe la. atas belas ehsan aku biar aje la. pastu gaya nak terlelap je. aku rasa cam panas je belakang aku. pelik jugak time tu. pastu aku pegang belakang aku. basah!! hah sudah!!! tak kan aku kencing tilam kot.hahahahaha. tak mungkin.tak mungkin...nak kata mama lagi la tak mungkin . hahaha :D sebabbbbbb hancing!! kencing kucing! memula aku ingatkan oyen tapi bukan oyen sbb oyen tak penah pun buat perangai cam tu. sape lagi kalau bukan si kecik yang menyendeng kat aku tu. buat muka tak bersalah plak tu bila aku bebel. haishhhh..kenangan yang akan aku ingat sampai bila-bila. oyeo ni memang tau. penat mami kene basuh tau. tak pasal-pasal oyeo buat mami mandi tengah2 malam cam tu. seb bek mami tak demam. babab baru tau..huhuhuhu...

rindu. mami rindu oyen ngn oyeo sangat2. kalau korang ade depan mata dah lama mami peluk2 gomol2 walaupun mami tau oyeo la yang paling tak suka kalau mami peluk2 geram ngn dia. hahaha..tapi mami suka. mami peduli ape kalau oyeo tak suka. patut la mama bagi gelaran oyeo si annoying. memang annoying pun tapi adorable :)

len kali sambung lagi cerita oyen ngn oyeo ni...

cikdaisy: oyeo musyuk!!yang ngade2 + anoyying!! made him special :) oyen manja+ngada2 jugak sometimes (eh sometimes ke bukan slalu??haha) and that made her special too :) both of you are always close to my heart...mmommy miss u (T_T)

Saturday, July 2, 2011

2 Julai 2010

Hari ni 2 Julai 2011. bila mengenangkan 2 Julai 2010. setahun dah rupanya masa berlalu meninggalkan kita. cepat sungguh. ada beberapa perkara yang berlaku sekitar 1- 2 Julai 2010. satu daripadanya yang aku tak nak ingat langsung. tak nak fikir langsung. tak nak kenang langsung. tapi ada perkara yang akan aku kenang sampai bila-bila. kenangan paling manis bersama sahabat-sahabat tersayang. masa tu aku berada di Melaka. salah seorang daripada sahabat kami melangsungkan pernikahannya pada tarikh tersebut. Nafsiah yang pertama kahwin antara kami semua meninggalkan kami yang masih single mingle ni. haha. tu yang excited terlebih tu. itupun aku tau last minit. nak buat surprise la konon minah tu. ces! tapi memang aku surprise pun. ye la. duk tak duduk tiba-tiba bgtau nak kahwin padahal tak bagitau pun bercinta dengan siapa lepas putus dengan ****. haha. oppss. sory terimbas kenangan lama pulak. tak pe. lupakan . itu pelajaran dalam kehidupan seharian. hatta aku pun ada kesilapan lalu yang sentiasa menghantui aku sampai ke hari ini. haishhhh hantu ni..tak habis2 ikut aku. dah le. gi le balik ke tempat asalmu. haha. hmmm, penyesalan tu membuatkan aku rasa nak lari jauh-jauh. kalau boleh buang, nak je aku buang ke planet pluto. kalau boleh musnahkan nak je aku letupkan dengan nuklear atau paling tidak pun aku bakor je. huhuhuhu. tapi aku tak boleh lawan ciptaan Allah. memori. itu anugerah yang indah dari Allah. supaya kita manusia belajar dari kesilapan. supaya kita lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan agar kesilapan yang sama tak berulang lagi.

selalu aku pujuk hati aku ni supaya lupakan kepahitan lalu. pengalaman. ia buat aku lebih kuat sebenarnya. ia buat aku lebih rasional bila berfikir. ia buat aku lebih berhati-hati dalam memilih. ia membuat aku memilih mana yang lebih utama dalam kehidupan. dan aku tak menyesal dengan pilihan aku. yang ni aku pasti. haish! cukuplah mengenangkan perkara yang tak best langsung tu. buat aku muak! buat aku rasa nak guling2 476 km sampai masuk laut!haha. boleh buat aku GILA kalau aku terus fikir.


Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang pertama Naf & Zul


memandangkan hari ni dah genap setahun sahabat aku ni bergelar sorang isteri (sekarang belum lagi..tunggu pukul 5.49 petang nanti ye). aku nak ucapkan selamat ulangtahun untuk dia. dia ni sahabat yang slalu ada bila susah dan senang. tak penah lupa kawan. walaupun bila dia ada depan mata, aku suka gaduh ngan dia. tapi jujurnya bila dia tak da aku rinduuuuuu. rindu nak cari gaduh. rindu nak dengar dia pot pet pot pet kat aku. weh. rindu la nak gi huhahuha kat genting lagi. time nonie tak sempat nak 'berbachelor party' muahahaha. ye la masing2 sibuk kan. ni ko ngn nonie dah kawin lagi laaaa dah tak sempat nak buat reunion. hari ni pun birthday emiey jugak. ko ni nafsiah nape pilih tarikh lahir emiey gak nak kawen pun. nanti emiey kawen kene pilih tarikh lahir ko ke?hahaha.

aku rindu la weh kat korang semua. rasa macam baru semalam je kite dok study microbiology sambil makan cikedis. rasa macam baru 2-3 hari lepas kita bentang tilam tido ramai2 kat blik nonie sambil rakam video clip lagu ntahpape ko tu. rase macam baru minggu lepas aku gi bilik ko ngn nonie makan nasi goreng ko yang sedap tu. ko masak dalam periuk nasi nonie kan?memang padan la sedap. hahahaha. rasa mcm baru bulan lepas ko datang bilik aku main mekap-mekap. rasa mcm baru hari khamis lepas kita solat berjemaah kat surau aras 3 block c1. rupanya tu dah bertahun dah berlalu. haishhh. touching plak aku. weh. hari tu aku nonie ngan note tengok video2 kite tu. berguling2 kitorg gelak. paling tak bleh lupa ayat note 'wei..hang pa nampak aku dak?' pastu emiey 'kami..kene hujan'. hahaha. boleh tak nak ulang semua kenangan tu. huhuhuhu


Zaman masing2 tengah slim melim lagi..hahaha


masa ni angan-angan engineer to be masih tinggi dalam jiwa



masa berhuha-huha hula hoop di genting last year :) tapi sedih nonot tak de pulakkk

**untuk gadis cun bertudung hitam itu...Selamat Hari Lahir!!!!!**


sekarang ni masing2 dah ade haluan sendiri. tapi aku harap persahabatan kita akan kekal sampai akhir nafas kita. ok! korang janji dengan aku tau!


cikdaisy: hati cik daisy penuh daisy bila ingatkan diorang ni..hehehe. luv them so muchhhh!!