Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Saturday, July 2, 2011

2 Julai 2010

Hari ni 2 Julai 2011. bila mengenangkan 2 Julai 2010. setahun dah rupanya masa berlalu meninggalkan kita. cepat sungguh. ada beberapa perkara yang berlaku sekitar 1- 2 Julai 2010. satu daripadanya yang aku tak nak ingat langsung. tak nak fikir langsung. tak nak kenang langsung. tapi ada perkara yang akan aku kenang sampai bila-bila. kenangan paling manis bersama sahabat-sahabat tersayang. masa tu aku berada di Melaka. salah seorang daripada sahabat kami melangsungkan pernikahannya pada tarikh tersebut. Nafsiah yang pertama kahwin antara kami semua meninggalkan kami yang masih single mingle ni. haha. tu yang excited terlebih tu. itupun aku tau last minit. nak buat surprise la konon minah tu. ces! tapi memang aku surprise pun. ye la. duk tak duduk tiba-tiba bgtau nak kahwin padahal tak bagitau pun bercinta dengan siapa lepas putus dengan ****. haha. oppss. sory terimbas kenangan lama pulak. tak pe. lupakan . itu pelajaran dalam kehidupan seharian. hatta aku pun ada kesilapan lalu yang sentiasa menghantui aku sampai ke hari ini. haishhhh hantu ni..tak habis2 ikut aku. dah le. gi le balik ke tempat asalmu. haha. hmmm, penyesalan tu membuatkan aku rasa nak lari jauh-jauh. kalau boleh buang, nak je aku buang ke planet pluto. kalau boleh musnahkan nak je aku letupkan dengan nuklear atau paling tidak pun aku bakor je. huhuhuhu. tapi aku tak boleh lawan ciptaan Allah. memori. itu anugerah yang indah dari Allah. supaya kita manusia belajar dari kesilapan. supaya kita lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan agar kesilapan yang sama tak berulang lagi.

selalu aku pujuk hati aku ni supaya lupakan kepahitan lalu. pengalaman. ia buat aku lebih kuat sebenarnya. ia buat aku lebih rasional bila berfikir. ia buat aku lebih berhati-hati dalam memilih. ia membuat aku memilih mana yang lebih utama dalam kehidupan. dan aku tak menyesal dengan pilihan aku. yang ni aku pasti. haish! cukuplah mengenangkan perkara yang tak best langsung tu. buat aku muak! buat aku rasa nak guling2 476 km sampai masuk laut!haha. boleh buat aku GILA kalau aku terus fikir.


Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang pertama Naf & Zul


memandangkan hari ni dah genap setahun sahabat aku ni bergelar sorang isteri (sekarang belum lagi..tunggu pukul 5.49 petang nanti ye). aku nak ucapkan selamat ulangtahun untuk dia. dia ni sahabat yang slalu ada bila susah dan senang. tak penah lupa kawan. walaupun bila dia ada depan mata, aku suka gaduh ngan dia. tapi jujurnya bila dia tak da aku rinduuuuuu. rindu nak cari gaduh. rindu nak dengar dia pot pet pot pet kat aku. weh. rindu la nak gi huhahuha kat genting lagi. time nonie tak sempat nak 'berbachelor party' muahahaha. ye la masing2 sibuk kan. ni ko ngn nonie dah kawin lagi laaaa dah tak sempat nak buat reunion. hari ni pun birthday emiey jugak. ko ni nafsiah nape pilih tarikh lahir emiey gak nak kawen pun. nanti emiey kawen kene pilih tarikh lahir ko ke?hahaha.

aku rindu la weh kat korang semua. rasa macam baru semalam je kite dok study microbiology sambil makan cikedis. rasa macam baru 2-3 hari lepas kita bentang tilam tido ramai2 kat blik nonie sambil rakam video clip lagu ntahpape ko tu. rase macam baru minggu lepas aku gi bilik ko ngn nonie makan nasi goreng ko yang sedap tu. ko masak dalam periuk nasi nonie kan?memang padan la sedap. hahahaha. rasa mcm baru bulan lepas ko datang bilik aku main mekap-mekap. rasa mcm baru hari khamis lepas kita solat berjemaah kat surau aras 3 block c1. rupanya tu dah bertahun dah berlalu. haishhh. touching plak aku. weh. hari tu aku nonie ngan note tengok video2 kite tu. berguling2 kitorg gelak. paling tak bleh lupa ayat note 'wei..hang pa nampak aku dak?' pastu emiey 'kami..kene hujan'. hahaha. boleh tak nak ulang semua kenangan tu. huhuhuhu


Zaman masing2 tengah slim melim lagi..hahaha


masa ni angan-angan engineer to be masih tinggi dalam jiwa



masa berhuha-huha hula hoop di genting last year :) tapi sedih nonot tak de pulakkk

**untuk gadis cun bertudung hitam itu...Selamat Hari Lahir!!!!!**


sekarang ni masing2 dah ade haluan sendiri. tapi aku harap persahabatan kita akan kekal sampai akhir nafas kita. ok! korang janji dengan aku tau!


cikdaisy: hati cik daisy penuh daisy bila ingatkan diorang ni..hehehe. luv them so muchhhh!!

0 daisies blooming: