Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Friday, October 17, 2008

Sayu Malam Itu


7.53pm. Kupercepatkan langkah menuju ke surau setelah selesai urusanku di kaunter tiket. Bimbang habis waktu mahgrib. Pintu surau itu ku kuak. Terlihat di satu penjuru duduk seorang nenek tua sedang tekun membaca Al-Quran. Dia memandang ke arahku lalu mengukir senyuman. Aku membalas senyumannya. Diingatanku terlintas sebujur wajah yang aku rindu. Persis dia. Dia kemudiannya kembali membaca Al-Quran. Aku mengambil wudhuk dan solat maghrib. Selesai solat, sedang aku melipat telekung, perempuan berumur lebih separuh abad itu menegurku.

"Cucu ni sekolah lagi?" aku tersenyum dan menjawab "Tak.."
"Dah masuk Universiti?"
"Dah.."
"Alhamdulillah...habis tu, lepas ni keluar universiti jadi apa?kerja apa?"
"InsyaAllah Jurutera tok.."

Lantas dia menadah tangannya.. "Alhamdulillah cucu aku..bagusnya cucu aku..moga-moga Allah murahkanlah rezeki cucu"

Terharu melihat dia mendoakan aku begitu. Sungguh. Terpancar jelas keihklasan dari hatinya. Bergenang air mataku saat itu.

"Tok ni dah tak ada sapa-sapa..anak pun tak ada..cucu pun tak ada..tok duduk sorang-sorang kat rumah..ni lepas ni tok balik la..rumah tok belakang ni saja"

Membuak rasa kasihan terhadap insan itu. Keseorangan tanpa orang-orang tersayang disisi. Bagaimana dia melalui hari demi hari begitu. Bagaimana pula jika aku yang terpaksa melalui hari-hari aku seperti dia. Mampukah aku? Tabahkah aku?

Air mata tidak dapat kutahan lagi waktu itu. Entah kenapa sebak datang menyerbu. Wajah arwah nenekku bertandang. Hati tiba-tiba rindu. Alangkah bagus jika arwah masih lagi disisi. Namun, tiada siapa yang mampu melawan apa yang telah tertulis.

Aku cium tangan nenek tua itu. Aku memandangnya dan tersenyum.

"Tiba-tiba pula saya teringat pada arwah tok saya...baru saja meninggal 3 bulan lepas.."
" Umur dia berapa?"
"88"
"Umur tok 71..Alhamdulillah tok sihat lagi..darah tinggi pun tak ada, kencing manis pun tak ada"

Aku mengangguk dan senyum

"Banyak-banyak la makan sayur-sayur, ulam, buah..insyaAllah...penyakit-penyakit tu tak ada...mata pun cerah, tak rabun". Tambahnya lagi.

Aku hanya mengangguk dan mendengar apa yang diceritakannya. Bersungguh dia bercerita pada aku. Namun, memandangkan aku akan terlewat sampai di rumah makanya aku meminta izin darinya untuk pulang. Aku hulurkan sesuatu padanya. Pada mulanya dia menolak. Aku bertegas juga mahu dia menerima pemberianku yang tidak seberapa. Aku salam dan cium tangannya lagi. Dia mengucapkan terima kasih pada aku sambil mengesat air matanya yang tiba-tiba mengalir. Terharu mungkin.

Sepanjang perjalanan pulang hati aku sayu mengenang seseorang yang telah tiada lagi. Dia pergi sebelum sempat aku menunaikan janjiku padanya. Malam itu, aku betul-betul rindu padanya. Terasa mahu memeluknya erat-erat. Terasa mahu kucup tangan tuanyanya yang telah membesarkan aku dan menjaga aku dengan penuh kasih sayang. Namun, dia telah tiada. Aku hanya mampu berdoa untuknya dari jauh. Hidup yang masih berbaki ini masih perlu diteruskan. Bersama insan-insan tersayang. Apa yang terjadi tadi membuatkan aku rasa bersyukur kerana aku masih punya keluarga dan sahabat-sahabat yang baik di sekelilingku, yang aku percaya akan tetap setia menemaniku dan menyayangiku sehingga ke akhir hayatku.


Daisy: Hargailah insan-insan disekelilingmu... (",) Ini bukan cerita saye..hehehe~

Tuesday, October 14, 2008

Talam??

Talam??
Talam 2 muka..
Pernah jumpe orang macam ni tak?
Kenapa perlu jadi talam 2 muka
Satu muka tak cukup ke?
Haiiii..manusia..manusia...
Tak boleh tengok orang lain senang sikit kan?


Daisy: Rupenye ade lagi yang lebih pandai berlakon dari pelakon-pelakon filem dan teater yg sedia ada kat Malaysia ni. psstt..tak nak join industri filem kite ke??join senandika mungkin..bakawalee ke?? i bleh rekemenkan..hmmm~

Monday, October 13, 2008

awan hitam

10.29 am
lihat ke atas sana
langit dilitupi awan
hitam
pekat
hari mahu hujankah??

Thursday, October 9, 2008

Ape cerita Hari Raya?


Hari ni dah 9 Syawal. Sekejap je Ramadhan datang bertandang. Dah berlalu pergi meninggalkan kita tahun ini. Entah akan jumpa lagi ke tak dengan Ramdhan akan datang kan? Sambutan raya tahun ni sederhana je seperti tahun-tahun sudah jugak tapi raya tahun ni, lain sket la dari tahun lepas. Lepas solat Aidilfitri, aku duduk rumah je. Tunggu budak2 datang beraye. Seronok tengok diorang. Pakai baju cantik-cantik. Jalan dengan kawan-kawan. Meriah jugak. Terkenang zaman mase kecik-kecik dulu. hehe. Lepas solat zohor, kebiasaannya, kami akan pegi beraya kat rumah tok kat teluk air tawar. Tak jauh pun. Setengah jam je dari rumah. Tapi lain pulak raya tahun ni. Kami melawat tok kat rumah baru dia. Bacakan tahlil untuk dia lepas asar. Tahun ni tak merasa la nak peluk dia dan cium tangan dia lagi. Tak sangka pulak Syawal yang lepas adalah Syawal terakhir untuk arwah. Sedihnya bila teringatkan dia. Sampai sekarang terasa macam dia masih ada lagi kat rumah tu. Rindu dia sangat. Ntah ape la khabar dia dia di sana.

Hmm..eh, dah2. Sedih-sedih la plak. huhu. Hari raya kedua. Kawan-kawan kuliah datang rumah. Happy sangat. Mane taknya. Dah lama kan tak jumpa dengan diorang. Dekat 4 bulan dah tak jumpa sejak masing-masing dah bawa haluan masing-masing menjalani latihan industri. hehe. Bila dah lama tak jumpa ni faham-faham je la. Sembang tak ingat dunia. Tapi best la. Thanks korang yer. Sudi datang rumah aku. Rindu nak balik kampus. huhu.

Hari raya ketiga plak aku pegi open house wizni. Kat sana plak masa untuk ex-irshadian berkumpul. Susah nak jumpa slalu geng-geng kamceng mase skolah dulu. Setahun sekali je slalu jumpa pun. Tu pun masa raya. Kat sini lagi baaaaanyak cerita. Ye la setahun tak jumpa. Paling best tu dengar ramai dah yang merancang mendirikan rumah tangga. eheh. Tibe-tibe terasa diri ini dah tua dah. haha. Ye la dah 23 tahun. huhu. Pantas kan masa berlalu?


dari kiri: nyda, zatie(depan), rafey(belakang zatie), nuown, naim, kuchai, wizni, raimee, shitah and lanot

Itu je la cerita pasal hari raya tahun ni. Tapi tahun ni agak bz berbanding tahun lepas. Ramai sedare datang rumah. hehe. Meriah2. Baru happening. Mengeratkan silaturrahim.hehe.Hope tahun depan ade peluang lagi menyambut aidilfitri. hehe~


Daisy: Zati..tahniah!!Moga kekal bahagia dunia akhirat. Tak sabar nak gi kenduri kamu bulan 12 ni.hehe~


Friday, September 26, 2008

Salam Lebaran


Sempena Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi
saya dengan ini ingin mengambil kesempatan
mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada seluruh umat Islam
Semoga kehadiran Syawal kali ini
disambut dengan meriah dan penuh kesyukuran
Kepada sahabat-sahabat saya, guru-guru, para pensyarah, senior dan junior, Alumni
SKTAT, SMAI, KMNS (03/04), BKB (04-08), Warga FKKSA UMP, Kerabat Senandika, Kerabat Kebudayaan UMP, warga UMP seluruhnya, Kumpulan Teater Bakawalee-Tetamu
di sini saya ingin memohon maaf
seandainya ada tingkah laku yang pernah mengguris hati kalian

Maafkanlah kekhilafan diri ini
Semoga bergembira di lebaran ini di samping orang-orang tersayang
walau di mana jua anda berada
Semoga ukhwah yang terbina antara kita berkekalan sehingga ke akhirnya
InsyaAllah

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin



**********

ni kad raye noi kasik. thanks noi. selamat hari raye!!





ni plak duit raye dari butaseni
mekasih na huluq2 duit raya
bleh isi minyak balik kampung
uwieee~




Daisy: Yang mane dekat tu, jemput le datang rumah ye. Yang jauh pun kalau nak datang sangatlah dialu2kan..hehehe~

Thursday, September 25, 2008

Jom Jalan-Jalan


Haaaa..korang nak ikut tak?jom kita gi jalan-jalan. Jalan-jalan je la bulan pose ni. nak jalan-jalan cari makan tak bleh plak siang-siang hari cam neh.



Ehhh...tapi kita nak pegi mane ni ek?rahsia la. hehe. ala..kite gi jalan-jalan tengok pemandangan je. sambil-sambil buat chemicals dosing kat cooling tower tu kita take2 picture la buat kenangan. Bleh?




nak gi e-gate ke??bukan3. jauh sket lagi dari e-gate ni. teruskan perjalanan~




Hmmm..macam tau je nak pegi mana. nak pegi KOMTAR ke?huhuhu..buat aper?eh lupe plak. ada misi yang perlu diselesaikan kat KOMTAR tu.hehe~




Yeiii..dah sampai dah. jom-jom kita panjat sampai level 63 yer. level yang paling atas tu. kalau nak tahu. kat situ la diorang installed cooling tower.




dah sampai level 63. mission accomplished. so buat misi yang kedua plak iaitu ape lagi kalo bukan take2 picture la. bukan senang dapat peluang naik kat situ. huhuhu~

cantik kan?
andai dapat aku genggam awan di langit biru itu....




yaaa...inilah pulau pinang yang sesak




amek gambar laut plak...




gayat btol time ni. ye la. kat atas tu bukannye ade cermin pun. tempat yang terbuka. ade la palangnye tapi paras pinggang and bahu je.nak terjun pun lepas..huhuhu~




jauhnye rumah ku...nun di tasek gelugor. kat seberang sana. nampak tak yang bumbung kaler kelabu tu??tu la umah saye..kuang3




dah2 la tu. amek gambar i plak kan. hehe. yang ni kat tingkat 61. kat sini tak gayat sangat sebab bleh berdiri jauh dari tebing tu. hehe~

dah habes dah misi. jom3..balik~

*wink3*




Daisy: Hari yang paling penat. Banyak lagi site lain yang i pegi lepas tu. dah le pakai safety boot yg berat tu. ditambah plak panas terik. balik je terus saket kepala. esoknye demam. kesian3..huhuhu~


Tags bundle


first skali, aku telah ditag oleh huda..rasanya macam pernah aku buat tag seperti ini..huhu..tak pe la..buat lagi skali...

ini syarat2nye:
1. link to your tagger and post these rules on your blog
2. share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.

1. aku sensitif
sensitif. satu perkataan yang luas maksudnya. aku anak seni. haruslah sensitif. hahaha. ntah la. kadang-kadang bila difikirkan balik aku ni sangat la sensitif. cepat terasa. emosi mudah terganggu terutamanya di waktu pagi. pagi2 jgn tegur aku dengan ayat perli dan sebagainya. i'll end up tak cakap ngn ko sampai esok pagi. muahahaha. tapi tak semua org aku buat cam tu. ngn org tertentu jer..kalau aku diam tu maknenye aku marah dan kalau aku balas balik ayat perli kau tu maknenye..lagi mau tanya..balas dendam la..habis tros kat situ. tapi sekarang aku dah ok sket. kecik ati pun pendam dan buat do know jer. aku paling pantang dalam kata lain sangat sensitif kalau org sentuh barang2 kesayangan aku. kalau nak sentuh pastikan aku tak tahu. meaning that jgn berubah kedudukan walau 1 darjah pun. aku pasti bleh tau kalau ade org usik barang aku. paling tak suka kalau pandai amek tak reti simpan balik. pinjam tak mintak permission. urghhh...saket hati aku..jgn buat cenggitu. org2 tertentu je bleh buat cenggitu.

2. kisah cinta
cinta. manusia menjadi bodoh kerana cinta.huahuahua.skrip pusaka sari. cinta aku hanya pada yang Esa. insaf kejap dengar yer...hehe. cinta duniawi aku adalah pada seni teater. aku suka tengok orang berlakon di pentas. aku suka berlakon tapi tak pandai berlakon jadi aku hanya admire orang yang pandai berlakon dengan harapan aku juga boleh berlakon seperti dia. sape?sape2 je la. huhuhu. cinta duniawi aku yang satu lagi adalah irama gamelan. orang cakap takut dengar muzik ni malam-malam. aku pun. tapi lama kelamaan aku sedar yang aku takut sbb aku dengar cakap2 orang. sebenarnya aku sangat suka. cuba dengar lagu gamelan bila duduk sorang2. jgn fikir takut tapi hayati bunyinya. perasaan itu sukar digambar dengan kata-kata. satu lagi chenta duniawi ku pada dunia tarian. aku minat sejak kecil lagi tapi aku tidak didorong untuk itu. aku hanya berkesempatan belajar menari dengan nor masa di universiti. sbb tu la kalau perasan aku suka sangat tengok kencana pawana beraksi di pentas. selalunya kalau diorang buat latihan mesti aku ada kat situ.

3. aku pelik
yup. aku pelik. ntah. sebab aku rasa aku pelik la. aku ketika bersama kawan-kawan adalah diri aku yang sebenar. tapi bila bersama dengan family aku aku tak dapat menjadi diri sendiri. aku pun tak tau kenapa. pelik kan. sepatutnya dengan family la yang paling rapat. no one in my family tahu betapa aku ni seorang yang gila2. betapa aku ni seorang yang penyayang. betapa aku ini seorang pencinta seni.

4. penyayang
salah satu sifat yang ada dalam diri aku. aku sayang family aku, kawan-kawan aku, senandika. tak ada harta yang lebih berharga yang aku ada selain dari mereka. adik-adik senandika. diorang mungkin tak tahu sejauh mana aku sayang mereka. tp aku mmg sayang diorang sedalam-dalamnya. diorang dah ibarat macam adik sendiri. mungkin sebab tak de adik kot. tu yang aku suka layan karenah diorang. banyak ketawa sbb diorg dan banyak menangis pun sbb diorg. kadang-kadang 'orang lain' pun sampai menyampah ngan aku sebabnye, ape-ape sket senandika..sikit2 senandika. tapi aku peduli ke ape orang kate. cakap la ape pun. terima aku apa adanya. kalau orang buat baik dengan kita, selalu ada di waktu susah senang. apa lagi yang lebih berharga? tak seperti 'org lain' tu yg tinggalkan aku pada masa kejatuhan aku.

5. purple
fevret kaler. suke sgt. jadi gile ngan barang-barang kaler purple ni. pink pun. hijau pun suke. but kaler yg lite2 jer i suke. kebanyakan brg2 aku kaler purple. mase kat u dulu, even my file pun kaler purple. hair accessories, keychain, kalo bleh hset, laptop pun nak beli kaler purple. ha..lagi satu..baju raye tahun ni kaler purple lagi. hehe~

6. jagung
aku tak suka makan jagung. semua jenis kecuali popcorn. haha. pelik3. selalunya kalau makan kat luar. pesan nasi goreng. mesti ade diorg letak sayur campur yang mengandungi jagung. biasanya aku akan separatekan jagung2 tu dulu before makan. tak bleh terima la rase die. setakat ni aku blom jumpe lagi org yg tak makan jagung. tak tau la kalau ade. anyone?wei daoz, akak dah jumpe sorg yang akan separatekan jagung dari nasi goreng. rumet akak sekarang. hahaha. jumpe jugak geng. tapi kalau jagung manis tu die makan la cumenye die tak makan jagung yang dalam nasik. hik3

7. cepat marah cepat sejuk
tengok keadaan la. memandangkan aku ni sensitif. kadang2 orang pun takut nak bergurau. tapi aku sebenarnya tak de la sensitif sampai tak bleh terima gurauan org. lagi satu aku ni cepat marah cepat sejuk. kalau orang mintak maaf, otomatik aku cair. dah tak marah. betapa besarnya peranan kata maaf tu. lagipun tak suka simpan lam ati. tapi ade jugak yang aku simpan sampai sekarang walaupun itu tragedi 6 tahun lalu. special case la. kesalahan tu besar sangat. tak patut aku yang baik hati ni dilayan sedemikian rupa.kuang3. baek ke aku??



-------------------------------------------------------------------------------------------------



yang ni plak tag dari kak ida (astanarelaku). aku diminta untuk paste kan gambar kat atas ni dan juga diminta untuk menyambung kegirangan. hehe. ape yang membuatkan aku girang yer? yer. kegirangan aku terjadi dek kerana sudah habis membentangkan aktiviti Latihan Industri. baru terasa lapang dada dan ade perasaan nak sambut raya. so raya sakan la tahun ni. ngeeee~

p/s: kak ida..tugasan dah siap..hehehe~

-------------------------------------------------------------------------------------------------



ni plak aku nak menjawab tag yang yunika bg. aku tagged die then die tagged aku balik.huhuhu~

1. What is the relationship of you and her?
my kawaiii sista~

2. Your 5 impressions towards her.
confident
cheerful
gorgeous
talented
sweet

3. The most memorable things she had done for you.
for always being there for me

4. The most memorable things she have said to you?
bleh tukar tak soalan ni jadi the most memorable things she have said??
handsome!!!
ahaksss~

5. If she become your lover, you will...
i will be a LESBIAN..(nika..same answer..ngee~)

6. If she become your enemy, you will...
tak mungkin..tak mungkin..mustahil..mustahil...tak mo..tak mo

7. If he become your lover, she has to improve on...
her gender..hahaha..same answer lagi nika~

8. If she become your enemy, the reason is...
i lagi cantik dari dier..haha~

9. The most desirable thing to do on her is?
mahu lepak2 lagi ngn die kat TC sambil mkn big apple donut tak pun mahu KL KRAZEE lagi dan juga bila dah ade duit nnt saye mahu jalan2 sarawak dengan die.hehehe~

10. The overall impression of her is...
damn gorgeous

sampai situ saje saye jawab.tettttt~


dannnn...utk semua tag2 di atas. saye tak nak tag sape-sape dah..huhuhu..bleh kan..sory for breaking the rules..hihihi~


Wednesday, September 24, 2008

Senyum Lebar-Lebar~


Alhamdulillah

Lega rasenye dah abes present
tak tau cemane nak gambarkan keriangan tu
tapi aku btol2 lega


tapi masih ada lagi perkara yang merunsingkan fikiran
hmm...
tak pe la
berusaha dengan lebih keras lagi

Cik Sumaiya
terima kasih banyak...

ngeeeee...bak kate kakak kesayangan
senyum lebar2



oh ya!
abah
selamat hari lahir yang ke 59
mg abah dipanjangkan umur
syg abah sgt!


Monday, September 22, 2008

LI oh LI



24th September 2008
Presentation LI
Wish me all da best!!!
('',)



Saturday, September 20, 2008

Tagged by Amir

1. What is the relationship of you and him?
he's my brother..hehe..but not biological bro la

2. Your 5 impressions towards him.
confident
talented
charming
good looking
kind hearted

3. The most memorable things he had done for you.
he gave me a box of my fav choc~

4. The most memorable things he have said to you?
he will buy me oreo cheese cake once i get back to UMP..hahahahaha

5. If he become your lover, you will...
errrr...pengsan 10 saat

6. If he become your enemy, you will...
i'll not forgiving myself. hope it won't happen

7. If he become your lover, he has to improve on...
nothing. i just love the way he is

8. If he become your enemy, the reason is...
he stab me..huhu

9. The most desirable thing to do on him is?
to be a good sis for him

10. The overall impression of him is...
awesome~

11. How do you think the people around you will feel about you?
sensitive, snobbish,ugly,etc..etc..and i dun even care..at all~ lalala...

12. The character of you for yourself is?
unpredictable

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
moody

14. The most ideal person that you wanna be is?
i'll just be me...haha...many of them..let me just keep it for myself

15. For the people who care about and likes you, say something about them
sweet
gorgeous
awesome
kind hearted
loving
~thanks for always being there whenever i need u~

Ten people to tag:

i. Yunika Kirana
ii. Chocolate Ice
iii. Rani-Go-Round
iv. Memories Never Fade
v. Coretan Seorang Putera
vi. Dizzy Luv Izzy Life
vii. My Red Box
viii. The Melody of My Life
ix. ~vie~
x. Violet Butterfly

Who is No. 2 having a relationship with?
R***K...a very serius relationship...i hope they'll break up one day...=(

No. 3 a male or a female?
male

If No. 7 and No. 10 were together, would it be a good thing
errrr...no la coz no 7 have found CHENTA nya..hihi

How about No. 5 and No. 8?
errr...no komen la...but if yes that would be a good thing for theatrical art in future..hik3

What is No. 1 studying about?
civil engineering. she is so in love with batu bata..haha~

Is No. 4 single?
hmmm...i'm not sure coz she is very secretive even though we are so close..rite ida??

Say something about No. 6
she is a sweet gurl~