Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Saturday, November 15, 2008

Tamat Sudah

Alhamdulillah. Hari yang paling aku tunggu tiba juga. Degan rasminya Latihan Industri (LI) TAMAT. Makanya, bermula hari ini, aku akan mula menghitung hari aku akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi). Mak! Abah! Anakmu ini dah berjaya mendapatkan apa yang kamu mahu!Pengalaman selama 6 bulan (24 minggu) menjalani LI ini akan aku simpan kemas jauh di dasar hati. Tidak mahu dikenang lagi. Pelbagai babak harus aku lepasi, harus aku harungi utk tiba ke detik hari ini. Aku belajar banyak perkara sepanjang aku menjalani latihan industri. Paling banyak, tentang ragam manusia yang pelbagai. Angkuh!Pentingkan diri!Egois!Tiada yang betul melainkan AKU!Berlagak pandai!Memandang rendah orang lain!Pengampu! Talam 2 muka!Tikam belakang!Cukup banyak.Terlalu banyak untuk satu komuniti yang agak kecil.

Namun, tidak semuanya buruk. Tetap ada terselit sesuatu yang baik. Sekurang-kurangnya, apa yang terjadi menjadikan aku seorang yang lebih tabah dan bersedia menghadapi masa depan yang mungkin lebih banyak pahit getirnya. Terima kasih buat mereka yang selalu menyokong aku. memberi semangat untuk aku terus berjuang sehingga ke akhirnya. Semangatku pernah patah di pertengahan jalan. Namun dengan adanya kalian yang selalu memberi dorongan, yang selalu ada di sisi, telah membuatkan aku berjaya sampai ke hari ini.

Selepas ini, akan bermula satu episod baru dalam kehidupan aku dan yang paling bermakna buat aku, aku dapat terus bersama Bakawalee. Terlalu banyak permintaan aku yang dimakbulkan. Sungguh aku bersyukur padaMu ya Allah. Benarlah, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap selepas hujan pasti akan ada pelangi yang mewarnai bumi. Hidup sememangnya tidak akan selalu indah, namun hargailah setiap sesuatu yang terjadi dalam kehidupan. Tak kisah la walaupun terkadang pahit untuk ditelan. Yang pahit itulah yang mengajar aku menjadi lebih tabah. Itulah kehidupan. Apa yang terjadi padaku, itulah warna kehidupanku!


Daisy: Kepada adik-adik yang bakal menjalani LI, selamat menjalani LI. All Da Best!!!

Huda:Kakak!Kamu kene tag

Tagged by huda,another piece of huda's life

Aydanida: hey sis!akak dah siapkan..hehe

1.The last person to tag you was ?
yg before this ek?
kak ida n huda
both of them tagged me on the same day..hihihi

2. Your relationship with him/her ?
kak ida: one of my best sis..hihi
huda: my senandika jr. but we just met through this blog2 thingy jer

3. Your 5 impressions towards him/her ?
kak ida: sweet, kind, caring, lovely, talented
huda: sweet, cumil, kind hearted, menghargai mereka yg hadir dalam hidupnya, lovely gurl

4. The most memorable thing that he/she has ever done for you ?
kak ida: she brought me jln2..hehe..and always taking care of me
huda: she tagged me..hihi

5. The most memorable words that he/she has said to you ?
kak ida: 'jaga diri!' <-----selalu betul die pesan ni...sgt sweet!
huda: kakak!kamu kene tag!!

6. If he/she becomes your lover, you will...
hoho..mana mungkin..x mo la jadi lesbian..haha

7. If he/she becomes your enemy, you will...
sy akan jadikan dia kwn saya semula. terlalu rugi untuk kehilangan mereka

8. If he/she becomes your lover, he/she has to improve on...
gender la of course..hahaha...

9. If he/she becomes your enemy, the reason is...
perhaps if...errrr...i make something yg btol3 buat diorg marah..hmmmm...contohnya merampas org yg mereka sayang..wakakaka..no worries girls!i'm not that kind of person...huhuhuhu~

10. The most desirable things to do for him/her are...
kak ida: to be the bestest sis for her...hehehe
huda: wanna meet her some day!

11. Overall impression towards him/her is...
damn gorgeous girls!haha

12. How do you think the people around you will feel about you ?
baek hati, comel, blablablabla..yg baeik aja sbb sy mmg baik pun...masuk bakul angkat sendiri...hahahaha

13. Who is your ideal ?
my ideal???hmmm..ramai...sangat2 mahu jadi seperti mereka but he is da best.. =)

14. What do you hate about yourself ?
err..emo!

16. For the people who care for you and like you, say something about them.
u r da BEST!!cayang korang sangat!muahhh!XOXO..=p

17. Bra or panties ?
heh??biarlah rahsia..haha

18. Chocolate or ice-cream ?
ais krim coklat satu!!hihi

19. 10 people to tag
errr...malas nak tag sape2 bleh tak???huhuhuhu....

Friday, November 14, 2008

Laskar Pelangi


Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia..

Selamanya

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu


Daisy: Happy..Happy Day!!

Monday, November 10, 2008

PhD??


Susah kalau ada PHD ni. kenapa susah? ye la. PHD. Perasaan Hasad Dengki. Dengki tengok orang lebih senang dan lebih berjaya dari diri dia. Tak dinafikan setiap orang pun ada sifat tu. Tapi kalau nak berjaya, baik usaha dengan cara yang betul. Bersaing dengan cara yang sihat. Bukannya dengan jalan untuk menjatuhkan orang lain. Sudah la menabur fitnah yang bukan-bukan ditambah lagi dengan mengupah sang iblis menjahanamkan hidup orang. Astaghfirullah. Nauzubillah. Moga dijauhkan aku dari tergolong dalam kalangan orang-orang yang begini. Moga mendapat balasan yang setimpal la di akhirat sana. Fikirlah sendiri. Dunia ni memang kau tak nampak azabnya. Jangan dah masuk lubang kubur nanti baru nak menyesal. Hari ni kau buat mak aku menangis. Masa depan kita tak tahu. Jangan sampai nanti mak kau, anak bini kau pulak yang menangis. Hidup ni bagai roda. Kadang-kadang kita di bawah kadang kita di atas. Balasan Allah. Kat dunia pun kau bleh dapat.


Daisy: Tuhan..Tabahkan aku...


Saturday, November 8, 2008

Under Construction



CAUTION!
RENOVATION IN PROGRESS

~aydanida~

Wednesday, November 5, 2008

Rindu bertandang lagi~



Bonang. Dah lama aku tak sentuh. Rindu pun ada dengan team Astana Sukma. Rindu nak perform atas pentas lagi. Bonang tu banyak simpan rahsia suka duka aku. Ia saksi segala ceritera. Suka duka bersama team Astana Sukma dan juga suka duka bersama Senandika. Macam mana pulak bonang ni boleh terlibat dengan kumpulan teater?sbbnye, dia pun take part jugak dalam pementasan Pusaka Sari. Boleh dikatakan tunjang kepada cerita Pusaka Sari ni. kalau tak ada bonang, tak jadilah cerita dan tak terjadilah tragedi pembunuhan kejam Puteri Ayu Kirana Sukmasari oleh Inang Bayu yang kecewa cintanya ditolak Arjuna, si pemain bonang istana. Masa pementasan teater BONANG tahun 2006, bonang ump tu tak wujud lagi. Masih berada di Jawa.hehe.

Sepanjang latihan teater PS, selain bertugas sebagai SM aku juga diberi amanah untuk mengajar Kay, Yuyun, Nor, dan Bob untuk bermain bonang. Selain tu, kene ajar stand in jugak, Daoz, Izni, Yan and Rani. Diorang ni memang cepat belajar. Pendek kata memang best ajar diorang semua. Except for Rani yang degil tak nak blaja main bonang. Kenapa?ntah die.haha. tak kisah la. Pementasan tu dah berjaya pun. Rugi la die tak sempat berguru ngn aku. haha. Sepanjang latihan PS jugaklah, bonang ini menjadi saksi kepada apa yang terjadi selama kami bertungkus lumus bagi memastikan PS berjaya di bawa ke festival. Sampai satu tahap, aku tak boleh tengok, sentuh, atau main bonang ni. Tengok pun bleh jadi sebak. Ceh. Memang aku emosi masa tu. Tekanan yang menghimpit. Banyak sangat masalah masa tu. Segala-galanya dihenyakkan dalam masa yang sama. Boleh dikatakan tekanan yang paling menyeksa jiwa aku la sepanjang aku hidup. Tapi semua tu pengalaman yang mengajar aku. Kesilapan yang tak akan aku ulang di masa hadapan. Bukan boleh nak puaskan hati semua orang. kan?

Walaupun aku tak pandai sangat pun main bonang, tapi aku bersyukur sebab aku berkesempatan jugak belajar main. Sbbnya, itu la cita-cita aku masa aku kat skolah dulu. Tak terfikir pun aku akan dapat peluang ni. Satu pengalaman yang sangat-sangat berharga. Mengenal team Astana Sukma pun satu anugerah jugak. Dapat mengenal karenah manusia yang pelbagai. Tak ramai yang sanggup berjuang secara sukarela untuk seni. Tak ramai yang sanggup berkorban kerana minat. Semuanya mengharapkan balasan. Sepanjang berjuang bersama kelab kebudayaan dah banyak air mata yang mengalir, dah banyak kali hati terguris. Sedih dengan sikap sesetengah pihak yang pentingkan diri dan tak memahami. Apa yang terjadi antara aku dan Astana Sukma juga Senandika, bonang jadi saksi. Namun, apa yang terjadi segalanya telah tertulis. Bukan senang mahu cari mereka-mereka yang sehaluan. Setiap manusia punya pendirian masing-masing. Apa pun semua itu dah pun jadi kenangan. Kenangan yang pahit atau manis itu tak penting. Yang penting, ada sesuatu utk dikenang dalam hidup. ('',)


Persembahan Sulung Astana Sukma
(Masa ni menggunakan alat gamelan muzium Pekan, Pahang)


Friday, October 31, 2008

good luck ya!


entri sebelum ni tak de ape pun. buat gempak je. huhu. mane reti nak bunuh-bunuh orang ni. tak de skill. mungkin kene blaja dengan sylar dulu kot. tapi motif nak makan otak diorang perlu difikirkan. ceh! ikut nafsu amarah memang mahu disiat-siat saja orang-orang itu. tapi mengikut pemikiran akal yang masih bernas lagi waras makanya tidaklah kesampaian hati ni nak berbuat begitu. apa pun. malas mahu cari pasal dengan orang tapi maaflah banyak-banyak ye kerana aku dengan tidak sengajanya ter'fire' orang yang berkenaan semalam.

Lupakan apa yang telah berlaku. Andainya semudah itu. Hmm..ok, lupakan sebentar.

Kepada adik-adikku yang berada nun jauh di Universiti Malaysia Pahang sana, final dah dekat dek non. bangunlah dari tidur dan mimpi indahmu kerana kamu akan berhadapan dengan peperangan yang akan menentukan masa depanmu.persiapkan segala kelengkapan. jangan peluru je lebih. strategi juga harus diatur. main tembak juga tak guna. harus ada ilmu yang cukup di dada. yang penting adalah kamu tidak menggunakan khidmat-khidmat sang toyol kerana jika kamu kantoi, susah la hidup kamu nanti.huhuhu. bersyarah macam aku tak pernah buat aje. haha. pernah je buat tapi bukan untuk final exam la. tapi tak berguna juga sang toyol yang dibawa itu kerana dia tidur. tidak lah dia menolong diriku pun. Selamat menduduki peperiksaan akhir semester. ceh!cam skema pulak bunyinye. tak kisah la. yang penting ikhlas. benar?

Err...rasa lain pula bila tak perlu menghadapi semua itu lagi. tabahkan hati, study sampai muntah ok!hahaha~


MY BROTHERS AND SISTERS,

SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG YA! SAYA AKAN SENTIASA MENDOAKAN KALIAN.

Daisy: Kak Dalee...mari kita bergigih-gigih menghabiskan saki baki LI..hehehehe~

Wednesday, October 29, 2008

Evil Side~




aku betul2 rasa mahu bunuh 2 manusia durjana itu!!


Tuesday, October 28, 2008

Thanks sis!

me and ida during senandika raya 2007


Daisy: credits to ida yg telah meng'edit' foto ini.

Friday, October 24, 2008

Tension 30 minit~ huhu...


kadang-kadang, orang yang paling kita sayang, yang paling dekat dengan kita, yang paling kita harapkan perhatian dari dia, turns out to be seorang yang selalu menyakitkan hati. kenapa ek? is that so difficult untuk cakap elok-elok? i mean without menghamburkan all those words yang betul-betul menyakitkan hati. what u said earlier, that was so mean!!this is not the first time. almost 10 thousand times.

you don't even know your sis very well. if one day i ask u to describe me in 10 words, i am pretty sure u will list all bad things about me. sebab memang kamu tak pernah nampak the other side of me. for u i am a bad girl. ape yang aku buat semua salah. tak pernah ada yang betul. since you have your own life, u changed. A LOT. kamu lebih bahagia sekarang. i'm happy for you but since that i've lost my very bestfriend. hmm..bukan mahu jadi kebudak-budakan tapi day after day the hatred keeps growing up inside me. i miss the old you. but what's the point missing the past. it's killing me. well, ya..its true, you will find only pain living in the past. so just forget the past. live life to the fullest. tak berbaloi bersedih kerana kamu.

saya bukan mahu mintak banyak dari kamu. hanya satu. saya cuma mahu kamu tidak hanya mendengar penjelasan dari sebelah pihak. i have nobody besides me if u keep blaming me this and that. alangkah bagus kalau saya ada adik beradik yang lain. but its ok, saya patut bersyukur ada kamu. at least Allah gave me a BROTHER once. long time ago. yang selalu menjaga saya. yang sanggup buat apa saja untuk buat saya berhenti menangis.

whatever la. i just wanna be happy. sebab hidup hanya sekali. hey! why so sad. wipe your tears. throw him away for a while.

i'm sorry i post it in my blog. if u read this, i just want you to know that i love you so much. sbb tu sy terasa sgt bila kamu selalu marah sy, put the blame on me. kerana saya hanya ada kamu.