Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Thursday, October 9, 2008

Ape cerita Hari Raya?


Hari ni dah 9 Syawal. Sekejap je Ramadhan datang bertandang. Dah berlalu pergi meninggalkan kita tahun ini. Entah akan jumpa lagi ke tak dengan Ramdhan akan datang kan? Sambutan raya tahun ni sederhana je seperti tahun-tahun sudah jugak tapi raya tahun ni, lain sket la dari tahun lepas. Lepas solat Aidilfitri, aku duduk rumah je. Tunggu budak2 datang beraye. Seronok tengok diorang. Pakai baju cantik-cantik. Jalan dengan kawan-kawan. Meriah jugak. Terkenang zaman mase kecik-kecik dulu. hehe. Lepas solat zohor, kebiasaannya, kami akan pegi beraya kat rumah tok kat teluk air tawar. Tak jauh pun. Setengah jam je dari rumah. Tapi lain pulak raya tahun ni. Kami melawat tok kat rumah baru dia. Bacakan tahlil untuk dia lepas asar. Tahun ni tak merasa la nak peluk dia dan cium tangan dia lagi. Tak sangka pulak Syawal yang lepas adalah Syawal terakhir untuk arwah. Sedihnya bila teringatkan dia. Sampai sekarang terasa macam dia masih ada lagi kat rumah tu. Rindu dia sangat. Ntah ape la khabar dia dia di sana.

Hmm..eh, dah2. Sedih-sedih la plak. huhu. Hari raya kedua. Kawan-kawan kuliah datang rumah. Happy sangat. Mane taknya. Dah lama kan tak jumpa dengan diorang. Dekat 4 bulan dah tak jumpa sejak masing-masing dah bawa haluan masing-masing menjalani latihan industri. hehe. Bila dah lama tak jumpa ni faham-faham je la. Sembang tak ingat dunia. Tapi best la. Thanks korang yer. Sudi datang rumah aku. Rindu nak balik kampus. huhu.

Hari raya ketiga plak aku pegi open house wizni. Kat sana plak masa untuk ex-irshadian berkumpul. Susah nak jumpa slalu geng-geng kamceng mase skolah dulu. Setahun sekali je slalu jumpa pun. Tu pun masa raya. Kat sini lagi baaaaanyak cerita. Ye la setahun tak jumpa. Paling best tu dengar ramai dah yang merancang mendirikan rumah tangga. eheh. Tibe-tibe terasa diri ini dah tua dah. haha. Ye la dah 23 tahun. huhu. Pantas kan masa berlalu?


dari kiri: nyda, zatie(depan), rafey(belakang zatie), nuown, naim, kuchai, wizni, raimee, shitah and lanot

Itu je la cerita pasal hari raya tahun ni. Tapi tahun ni agak bz berbanding tahun lepas. Ramai sedare datang rumah. hehe. Meriah2. Baru happening. Mengeratkan silaturrahim.hehe.Hope tahun depan ade peluang lagi menyambut aidilfitri. hehe~


Daisy: Zati..tahniah!!Moga kekal bahagia dunia akhirat. Tak sabar nak gi kenduri kamu bulan 12 ni.hehe~


3 daisies blooming:

Raja Azrul said...

abang memang hajat nak mai umah Nida, tapi takda masa. Pak Su abang lak bertunang raya ketiga.

Hehehe..takpa, nanti kalau pak su abang kahwin, nida mai tau! Ajak Noni sekali..

PuTeRi CaHaYa said...

herm...yer ler... masa pantas sgt ler berlalu..kan.. :-(

insyaAllah...mohon dipanjangkan umur, moga b'jumpa lagi kita ramadhan akan datang...

wah, sibuk dengan raya dia..yerk..!!?
lepas ni... sibuk dengan produksi plaks..ting!!

salam
(",)

Nyda Zamani said...

abg raja:
itu la..kuciwa abg raja tak dtg
huhuhu~

puteri:
ha'a la
pasni cbuk ngn produksi plak
toing3~