Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Friday, October 17, 2008

Sayu Malam Itu


7.53pm. Kupercepatkan langkah menuju ke surau setelah selesai urusanku di kaunter tiket. Bimbang habis waktu mahgrib. Pintu surau itu ku kuak. Terlihat di satu penjuru duduk seorang nenek tua sedang tekun membaca Al-Quran. Dia memandang ke arahku lalu mengukir senyuman. Aku membalas senyumannya. Diingatanku terlintas sebujur wajah yang aku rindu. Persis dia. Dia kemudiannya kembali membaca Al-Quran. Aku mengambil wudhuk dan solat maghrib. Selesai solat, sedang aku melipat telekung, perempuan berumur lebih separuh abad itu menegurku.

"Cucu ni sekolah lagi?" aku tersenyum dan menjawab "Tak.."
"Dah masuk Universiti?"
"Dah.."
"Alhamdulillah...habis tu, lepas ni keluar universiti jadi apa?kerja apa?"
"InsyaAllah Jurutera tok.."

Lantas dia menadah tangannya.. "Alhamdulillah cucu aku..bagusnya cucu aku..moga-moga Allah murahkanlah rezeki cucu"

Terharu melihat dia mendoakan aku begitu. Sungguh. Terpancar jelas keihklasan dari hatinya. Bergenang air mataku saat itu.

"Tok ni dah tak ada sapa-sapa..anak pun tak ada..cucu pun tak ada..tok duduk sorang-sorang kat rumah..ni lepas ni tok balik la..rumah tok belakang ni saja"

Membuak rasa kasihan terhadap insan itu. Keseorangan tanpa orang-orang tersayang disisi. Bagaimana dia melalui hari demi hari begitu. Bagaimana pula jika aku yang terpaksa melalui hari-hari aku seperti dia. Mampukah aku? Tabahkah aku?

Air mata tidak dapat kutahan lagi waktu itu. Entah kenapa sebak datang menyerbu. Wajah arwah nenekku bertandang. Hati tiba-tiba rindu. Alangkah bagus jika arwah masih lagi disisi. Namun, tiada siapa yang mampu melawan apa yang telah tertulis.

Aku cium tangan nenek tua itu. Aku memandangnya dan tersenyum.

"Tiba-tiba pula saya teringat pada arwah tok saya...baru saja meninggal 3 bulan lepas.."
" Umur dia berapa?"
"88"
"Umur tok 71..Alhamdulillah tok sihat lagi..darah tinggi pun tak ada, kencing manis pun tak ada"

Aku mengangguk dan senyum

"Banyak-banyak la makan sayur-sayur, ulam, buah..insyaAllah...penyakit-penyakit tu tak ada...mata pun cerah, tak rabun". Tambahnya lagi.

Aku hanya mengangguk dan mendengar apa yang diceritakannya. Bersungguh dia bercerita pada aku. Namun, memandangkan aku akan terlewat sampai di rumah makanya aku meminta izin darinya untuk pulang. Aku hulurkan sesuatu padanya. Pada mulanya dia menolak. Aku bertegas juga mahu dia menerima pemberianku yang tidak seberapa. Aku salam dan cium tangannya lagi. Dia mengucapkan terima kasih pada aku sambil mengesat air matanya yang tiba-tiba mengalir. Terharu mungkin.

Sepanjang perjalanan pulang hati aku sayu mengenang seseorang yang telah tiada lagi. Dia pergi sebelum sempat aku menunaikan janjiku padanya. Malam itu, aku betul-betul rindu padanya. Terasa mahu memeluknya erat-erat. Terasa mahu kucup tangan tuanyanya yang telah membesarkan aku dan menjaga aku dengan penuh kasih sayang. Namun, dia telah tiada. Aku hanya mampu berdoa untuknya dari jauh. Hidup yang masih berbaki ini masih perlu diteruskan. Bersama insan-insan tersayang. Apa yang terjadi tadi membuatkan aku rasa bersyukur kerana aku masih punya keluarga dan sahabat-sahabat yang baik di sekelilingku, yang aku percaya akan tetap setia menemaniku dan menyayangiku sehingga ke akhir hayatku.


Daisy: Hargailah insan-insan disekelilingmu... (",) Ini bukan cerita saye..hehehe~

11 daisies blooming:

Scarlett Syidek said...

bagaimana tika kita mencecah alam senja nanti...
adakah anak2 kita memperlakukan begitu juga???...
adakah salah didikan ibu bapa tidak mengajar anak2
atau
salah anak2 tidak menghargai jasa ibu bapa???...
hmmm...

marhaen vintaj said...

tiket dapat hari apa?
hehehehe...

tak sabar nih...
tunggu nida belanja big apple
wakakakaa...

The Island of NAMOYAKI, said...

"Ameen Ya Rabb... Ameen Ya Rabbul A'lameen.
Ya Rabb,
Perkenankanlah doa-doa suci yang mereka panjatkan,
Bimbinglah mereka seperti mana aku yang lemah lagi kerdil lagi hina ini yang juga mahu dibimbingi kepada jalanMu Ya Rabb,
Sesungguhnya, kami semua amat Takut kepadaMu.
dan hanya kepadaMu sahajalah kami bersujud.
Ameen, Ya Rabbul A'lameen"


InsyaAllah,
Buat makcik yang saya kasehi, diawal pagi hari ini, hari Sabtu 18 Syawal 1429H yang mulia ini, berkicauanlah suara hati saya yang riang ria dan tersenyum lebar luar diatas satu sebab;

"Bismillahhirrohmannirrahim"

Tersenyum sungguh saya tanda sangat gembira membaca perkataan-perkataan yg makcik sebut diawali perbicaraan... :)

Gembira sungguh berkicauan suara hati saya apabila makcik benar-benar secara iklasnya memulakan bicara itu dengan ucapan
"Assalamualaikum anakku Zul"...

MasyaAllah...
[suara hati ini lantas terus berbisik dengan kaseh sayang seraya berkata;..]

"Wa alaikum mussalam warah matullah Ibu ku"

Gembiralah saya yang bakal tersenyum kepada sekalian alam yang bakal memulakan hari ini dengan perasaan dan senyuman yang sungguh ikhlas.

MasyaAllah,
Tuhan pemilik As maul Husna yang benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Sudah terbitlah perasaan belas dan kaseh sayang itu yang terjalin diantara pemilik Blog 'melayuangkat' dan 'zul rahman'. Perasaan sebegitu hanya bisa terjalin atas dasar ZathMu Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Terjalin sudah perasaan itu walau tanpa nama,
tanpa mengenali,
tanpa mengetahui dimana dan duduk perkara sebenar TETAPI atas dasar sifat segala pemula bicara iatu
""Bismillahhirrohmannirrahim",
kami sujud dan saling mengagungkan NamaMu dan kini, Engkau telah membuktikannya kepada kami Ya Rabb.

Tidak lah aku ketahui 'siapa sebenarnya' 'Bloggers' 'melayu angkat' melainkan Engkau, Tuhan yang Maha Mengetahui,

Tidaklah kami ketahui dimana awalan terwujudnya ruangan 'Blog' seperti ini melainkan Engkau Tuhan Yang Maha Merencana.

Tidaklah kami ketahui, betapa ruang alam maya internet ini benar-benar boleh mewujudkan perasan-perasaan itu yang mana tidak terwujudnya sesuatu perkara itu jikalau ia tidak diidzinkan olehMu Ya Allah.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Merencana lagi yang Maha Mengetahui,

Bimbinglah kami 'demi' memanfaatkan ruagan ini,

Bimbinglah kami 'demi masa' supaya kami saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Tuhanku,
"Apa yang tidak diceritakkan kepada kami tentang kesah-kesah pengorbanan seorang Ibu,

dan apa pula yang tidak diceritakan kepada kami tentang kehidupan yang bermulanya dari segumpal darah,
lalu ditiupkan ruh,
lalu dicantum-cantumkan,
lalu digerakkan dan seterusnya ditadbiri olehMu
yang Maha Merencara, Maha Kreatif, Yang Maha Menghalusi dan Maha Segalanya,

Lalu tugasan-tugasan itu diamanahkan kepada pemegang amanahMu iatu seorang Ibu"

MasyaAllah,
Apa yang tidak diceritakan kepada kami tentang Ibu?
Apalah lagi yang mahu kami dustakan?

Benarlah,
segala-galannya yang diceritakan didalam Al-quran itu adalah benar"

Benarlah,
dengan sifat Yang Maha Menghalusi yang dimiliki olehMu itu, kami telah dipesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran daripada yang terdahulu demi memikirkan dan menghaluisi apa jua perkara.

Maka benarlah Ya Rabb,
Sesungguhnya Engkau amat menyukai kepada hamba-hambaMu iani mereka-mereka yang berfikir,
mereka-mereka yang berfikir dengan menghalusi perkara.

Kami ingin sekali kami panjatkan kembali doa Imam Ali Zainal Abidin (sa) cucu kepada Nabi Muhammad Saww...

"Bismillahirrohmanirrahim..

Rabbila takilni ila ghairiq'... ila nafsi, fa'a jas tu 'anha...

Wahai Tuhanku,
Jangan Engkau serahkan aku ini kepada diriku,
Aku tidak mampu untuk menguruskannya,

Dan jangan Engkau serahkan diriku ini kepada orang lain,
Nescaya mereka akan menghilangkan aku,
......
Shalawat salam kepada Baginda Muhammad Saww dan seluruh ahli keluarga baginda Muhammad".

Saddaqallahuladzim.

Salam hormat kepada semua, salam penuh kaseh sayang,
ZUL RAHMAN

Credits & ref:
P/s: Terima kasih 'makcik', Ibuku di Blog 'melayuangkat' kerana mengigatkan kami kepada kebenaran dan kesabaran.

P/s: Doa Imam Ali Zainal Abidin (sa) cucu Rasulullah Saw.
(Kitab Mafâtihul Jinân, kunci-kunci surga, bab 1, Pasal 3)

P/s: Rujukan kepada Dr.Asri, Mufti Perlis. Terima kasih tidak terhingga di:
http://www.youtube.com/watch?v=fbwYQD2gIO4&feature=related

P/s: Salainan kepada kawan-kawan Blogger, harap tidak menjadi masaalah, Jikalaulah tidak bersetuju, janganlah dipanjang-panjangkan ya, terus sahaja DELETE, tidak menjadi masalah. Saya ikhlas.

October 18, 2008, Shawal 18, 1429H 7:00 AM

SoOazEriey said...

Oits.... Sedih siot citer. Sob3..

Nyda Zamani said...

red scarlet:
hmm..ntah la
mungkin kedua-duanya
huhuhu~
but for me
penting utk ibu bapa rapat dengan anak-anak
jadikan anak-anak tu umpama kawan
sekadar pendapat ajelah
=)
apa yang terjadi semuanya ujian dari Allah
Dia tahu apa yang terbaik
kalau tak ada situasi mcm ni
manusia tak kan ambil iktibar
=)

nota kematian:
tiket?
mane de sy amek tiket
ni bukan cerita saye la kak
hik3~

eh??sy ke kene blanje akak
huhuhu
ok la
akak blanje duit sewe kete ek?
hahaha~

zul rahman:
terima kasih..
=)

ayie:
sob3..sedey kan
huhuhu

Ruzzaida said...

huhu..
ingatkan cite akak td..
org ni dah la sensitif..
waaaa..
isk2

mocQachinno said...

asal terpandang warga2 emas di jalanan..seorang diri tanpa sesiapa menemani..mesti terfikir..mana anak2 mereka? sepatutnya di usia begini mereka duduk dirumah. dijaga oleh anak2 mereka. x kiralah susah ke senang hidup anak2. ibubapa adalah tanggungjawab kita. lupakah mereka akan jasa yang dicurahkan? x faham btul la..

lagi satu, pantang btul klu tgk cte yg de watak org tua terbiar. klu cte cmtu baek sdiakan kain selimut untuk eqa lap airmata. tissue je x ckup..

PuTeRi CaHaYa said...

sukar nak m'cari ganti bila kehilangan insan yg kita sayang..btul nyda, hargai insan di keliling kita.

salam
(",)

Nyda Zamani said...

to ida:
looo..nanges ke yang??
jgn sedey2
akak kan ade
hehe~

mocqa:
betapa hyperbolanye
kain selimut tu buat lap air mata
hik3~
kalau perah bleh buat mandi
tak pun berendam
berendam air mata
=p

pu3:
hehehe
btol3~

tegezoot said...

apapun langkah silatmu hebat!

Nyda Zamani said...

tegezoot:
hehe..time kasih tok guru!

*tersengih sambil tersipu-sipu

motiff??