Alhamdulillah. Hari yang paling aku tunggu tiba juga. Degan rasminya Latihan Industri (LI) TAMAT. Makanya, bermula hari ini, aku akan mula menghitung hari aku akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi). Mak! Abah! Anakmu ini dah berjaya mendapatkan apa yang kamu mahu!Pengalaman selama 6 bulan (24 minggu) menjalani LI ini akan aku simpan kemas jauh di dasar hati. Tidak mahu dikenang lagi. Pelbagai babak harus aku lepasi, harus aku harungi utk tiba ke detik hari ini. Aku belajar banyak perkara sepanjang aku menjalani latihan industri. Paling banyak, tentang ragam manusia yang pelbagai. Angkuh!Pentingkan diri!Egois!Tiada yang betul melainkan AKU!Berlagak pandai!Memandang rendah orang lain!Pengampu! Talam 2 muka!Tikam belakang!Cukup banyak.Terlalu banyak untuk satu komuniti yang agak kecil.
Namun, tidak semuanya buruk. Tetap ada terselit sesuatu yang baik. Sekurang-kurangnya, apa yang terjadi menjadikan aku seorang yang lebih tabah dan bersedia menghadapi masa depan yang mungkin lebih banyak pahit getirnya. Terima kasih buat mereka yang selalu menyokong aku. memberi semangat untuk aku terus berjuang sehingga ke akhirnya. Semangatku pernah patah di pertengahan jalan. Namun dengan adanya kalian yang selalu memberi dorongan, yang selalu ada di sisi, telah membuatkan aku berjaya sampai ke hari ini.
Selepas ini, akan bermula satu episod baru dalam kehidupan aku dan yang paling bermakna buat aku, aku dapat terus bersama Bakawalee. Terlalu banyak permintaan aku yang dimakbulkan. Sungguh aku bersyukur padaMu ya Allah. Benarlah, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap selepas hujan pasti akan ada pelangi yang mewarnai bumi. Hidup sememangnya tidak akan selalu indah, namun hargailah setiap sesuatu yang terjadi dalam kehidupan. Tak kisah la walaupun terkadang pahit untuk ditelan. Yang pahit itulah yang mengajar aku menjadi lebih tabah. Itulah kehidupan. Apa yang terjadi padaku, itulah warna kehidupanku!
Daisy: Kepada adik-adik yang bakal menjalani LI, selamat menjalani LI. All Da Best!!!

7 daisies blooming:
selamat menamatkan LI ye kak nyda..
ima pun da lepas LI dah..hehe...
LI nye sudah..
kawen nye bile??
ahakz.. =p
nida join bakawalee ke? huhuhu..kalau lah abang dok kat penang, sure abang join gak! Insyallah raya haji abang balik sana..kalau ada kesempatan, leh lah kita jumpa.
Apa2pun tahniah sebab dah tamatkan LI...!!
jangan halimunan plak lepas ni yee :D
Alhamdulilla nyda kan..
abis jugak akhirnya.. *tersenyum gembira*
Syukur2.. tak sabarnye nak raya haji.. balik Sabah jugak akhirnya
Nyda,
All the best, dear..
In EVERYTHING! tak kira la apapun yg nyda buat skrg ni, n0i wish semoga berjaya & dimurahkan rezeki ya *hugz*
Tahniah...dah berjaya pun adik akak nih..
Ketenangan itu adalah yang terbaik..
Kawal perasaan untuk berdepan dengan sikap2 manusia itu...
InsyaAllah, akan ada kekuatan...
salam
ruzzaima:
thanks ima
mocqa:
erkk!!kawen???kamu carikan akak calon bleh la kawen..hehe
raja azrul:
thanks abg raja!
butaseni:
dah terikut jejak abg wan dah..hehe
nonoi:
thank u nonoi dearie...u too all da best..kite jumpa mase konvo nnt yer...hehehe
pu3:
tq kak ida.
thanks for always being there for me
thanks for every single thing!
syg kamu..muahhh!!
Post a Comment