Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Saturday, March 28, 2009

Akhir Rasa Ini...


Sudah lama aku tidak menonton teater. Sejak akhir-akhir aku rasakan ia semakin jauh dari hidup aku. Aku rasakan semangatku seakan sudah hilang untuk terus berteater. Aku sendiri tidak mengerti mengapa. Mungkin sudah lelah. Tapi itu bukan alasan yang kukuh. Namun kadang kala aku tidak nafikan ada kekangan yang membuatkan aku menjauh darinya. Aku tidak mahu ia hilang. Aku pasti akan mengejarnya kembali. Aku tak mahu ia mati. Aku tak mahu ia pupus. Aku tak mahu ia pudar dari lakaran kehidupan aku. Kembalikan ia padaku. Semangatku, jiwaku, nyawaku, cintaku. Datanglah kembali mendakap aku. Aku tak mahu kehilangan kamu.

Fiesta Teater Senandika. Aku harap ia dapat mengubati aku. Mengembalikan segala rasa itu. Tolong aku. Kembalikan ia padaku. Hanya itu cinta dunia yang aku ada.

0 daisies blooming: