Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Saturday, March 28, 2009

Selamat Hari Lahir Abang!


Hey Big Bro! Ampun bangat! Bukan tak ingat hari ini birthday kamu. Cuma lewat menghantarkan ucapan. Kamu jangan marah ya. Sy slalu begini. Lewat. Tapi sy tak pernah lupa. Kamu sentiasa dalam hati sy. Kerana kamu satu-satunya abang sy.


Sy slalu harap kamu slalu ada untuk sy. Tapi masa sudah merubah segalanya. Sy semakin jauh dari kamu. Sy selalu berharap sy dapat berkongsi segala apa jua rasa dalam hati ini dengan kamu. Tapi sy tak boleh. Sy slalu rindu masa dulu. Kamu menjaga sy lebih dari kamu menjaga diri kamu sendiri. Ingat lagi tak, dulu, tiap-tiap pagi kamu yang sisirkan rambut saya sebelum ke sekolah.Kamu akan pastikan sy sentiasa berpakaian kemas. Kamu slalu hantar saya ke sekolah. Naik basikal biru kamu tu. Basikal yang kamu beli hasil titik peluh kamu sendiri. Kita susah kan waktu tu. Sbb tu sy mahu blaja sungguh-sungguh. Mahu ubah nasib kita satu keluarga. Mak dengan Abah terpaksa kerja jauh. Cari duit untuk kita. Sy pernah sekali tak siapkan kerja sekolah. Kamu yang banyak tlg siapkan utk sy. Ingat lagi kolaj tu. Nasib baik kamu tlg sy siapkan. Kalau tak mesti sy kene cubit dengan cikgu faezah yg garang tu. Sy takut sgt masa tu. Sejak tu sy tak berani lagi tak siapkan kerja sekolah.


Ingat lagi tak, kamu slalu cipta benda yang pelik-pelik. Buai atas pokok gajus tepi rumah tok tu. Sy duduk atas buai tu dan kamu tarik talinya sampai sy dibawa ke atas. Masa tu kamu nak selamatkan sy dari kena pukul dengan tok sebab tak nak mandi. Tok cari sy tapi tak jumpa. Seronok sgt waktu tu. Paling sy ingat, masa kamu bawa sy naik basikal satu ptg tu, kaki sy tersepit dan sy nangis. Kamu pujuk sy tapi sy tak nak diam jugak. Kamu belikan layang-layang utk sy. Kamu usaha utk pujuk sy supaya tak nangis lagi.


Semua tu dah tinggal kenangan. Kita skrg masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Sy cuma nak cakap, terima kasih kerana kamu slalu menjaga sy. Kamu memang abg yg sgt bertanggungjawab. Kamu jaga sy sepenuh hati sebagaimana mak dan abah amanahkan. Sampai sekarang sy masih tak dapat balas semua jasa kamu. Kan bagus seandainya semua kenangan tu boleh kita ulang semula. Tapi masa lalu tak akan kembali lagi.


Dihari ulangtahun kelahiran kamu, sy doakan semoga kamu panjang umur dan semoga Allah murahkan rezeki kamu dan keluarga kamu. Sy tak ada hadiah utk kamu tapi di masa hadapan sy harap sy dapat hadiahkan sesuatu yang sgt bernilai utk kamu dan keluarga kamu. Sy masih belum dapat ubah nasib keluarga kita kerana itu sy tidak mahu putus asa. Sy akan berusaha lagi. Sy tak mahu tengok kamu susah kerana kamu satu2nya abg sy. Kalau kamu mampu menjaga sy dulu, sy harap sy mampu menjaga kamu di masa hadapan.


0 daisies blooming: