Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Monday, April 27, 2009

Manusia Raja Menutup Tirai

Semalam berakhirlah sudah pementasan monodrama Manusia Raja. Untuk produksi Manusia Raja, aku bertugas sebagai krew teknikal. Buat pertama kalinya aku jaga lightingboard tu. Nervous btol. Hanya Tuhan saja yang tahu. 2 hari sebelum pementasan aku merasa la jugak pengalaman buat focusing. Rigging tak sempat nak tolong sbb balik keje lambat. Huhuhu. Ampun ya.hehehe. Masa focusing pun tak banyak membantu diorang. Sebabnya, aku gayat. Panjat scaffolding tu tapi duduk je kat atas. Tak berani langsung nak berdiri. Hampeh betul aku ni.haha. Confirm diorg gelak ni kalau diorg baca aku punye blog. Huhuhu. Pengalaman baru untuk aku tapi memang best dapat buat kerja-kerja teknikal. Hehe. SM kata aku kene blaja lagi lepas ni. Hehehe. Bleh3. Nak try jadi teknikal untuk bangsawan. Confirm tak tido malam. Silap2 bleh jadik geng panda ngan abg li. Opsss..hahaha

Masa pementasan banyak kali jugak buat salah. Mintak maaf ye, pelakon2 sekalian. Hari first, lampu abg midi laju sgt. Tak sempat die nak simpan lighter lam poket. Hari kedua lampu wan azrul plak laju and profile short masa show abg li. Sori3. Tak sengaja semua tu. Jgn marah. Sy budak baru belajar. Huhuhu. Terima kasih yang tak terhingga untuk semua sebab bg kepercayaan kat sy. Kepada yang banyak memberikan tunjuk ajar, abg usop, abg hafiz, abg veera (encik SM) terima kasih banyak-banyak. Jasamu kukenang. Hehehe.

Secara keseluruhan, persembahan dari pelakon-pelakon memang mantap ayam!! (kire mantap gile arr mengikut kamus azril edisi ke-2). Best sgt tgk diorg berlakon. Terasa nak berlakon pun ada. eheh. Tapi tak sampai mcm diorg kot kalau aku berlakon. Tak bleh lawan tahap dewataraja diorg arr. Hoho. Kalau boleh bawa Manusia Raja ni pergi Pahang kan best..pengarah..jom laaa…huhuhuhu~

Secara peribadi, aku paling suka naskah Aku Bukan Parewa karya Dudok. Ia mengisahkan tentang seorang bapa yang sanggup membunuh anaknya sendiri demi untuk menyelamatkan dunia dari kerosakan. “Anak-anak yang rosak akan merosakkan dunia”. Cerita ni memang dalam maksudnya. Ia mengajak manusia untuk berfikir. Masa first time baca skrip ni, memang salute la ngn abg usop. Idea die mmg best. Idea yang kadang2 tak terjangkau dek pemikiran org lain. Mesej yang nak disampaikan pun banyak. Rugi sape yang tak datang tengok. Tambah plak yang melakonkan watak tu adalah abg li. Pelakon lelaki terbaik 3 tahun berturut-turut tu. So, memang gempak arr..hehe~

So for the next monodrama, pengarah kata jadikan Manusia Raja 1 ni sebagai benchmark. Maksudnya, Manusia Raja 2 nanti mesti lebih baik dari Manusia Raja 1. So nantikan kemunculan Manusia Raja 2. Buat masa sekarang Bakawalee akan menumpukan perhatian untuk ke festival teater negeri yang akan berlangsung sekitar Julai nanti. Bakawalee!! All da best!

Sunday, April 26, 2009

sy kene tagged..huhu


Buat pertama kalinya saya telah ditag oleh farani...huhuhu...rani, sejak bile pandai tag2 orang neh??hihihi..and the tag goes like this:

1. You have to printscreen your current wallpaper/desktop.

2. Tell us why you like the wallpaper.

3. Tag another 10 bloggers.




My current wallpaper berupa begini..



kenapa sy suka wallpaper sy?
sbb die bestttt..
hehe
me and my very bestfriend
this is the most precious moment captured
seolah-olah semua kenangan kami terakam dalam gambar ni
(",)


errr..pastu sy nak tag sape ek??
errmmm...bleh tak sy langgar 1 peraturannya...satu jer tak banyak..hehe
sy tak nak tag sape2..haha
tapi kalau ade yg rajin tu buatlah...hihihi~

Daisy: sorry le..cik nida daisy zamani sgt bz lately..rumahtangga pun tak terurus..haha~

Sunday, April 19, 2009

Final Exam datang lagi...

Buat adik-adik tersayang yang berada nun jauh di kuantan sana. akak nak ucapkan semoga maju jaya dalam final exam yang akan bermula esok. kamu semua mesti buat yang terbaik k!belajar rajin-rajin. nanti akak nak tengok korang kat atas pentas konvokesyen tu pulak. tapi sorry la sebab tak berkesempatan nak main bonang untuk korang masa korang konvo nanti. Haha..propa pulak. Tapi seronok woo dapat main masa kakak kesayangan saya amik scroll. sempat aje senyum kat die masa dia turun dari pentas tu. Huhuhu...kak mel...rindunye ngn kamu...ish..dah lari topik pulak. Sorry..sorry..

sebelum jawab soalan exam tu, baca doa dulu. baca soalan betul-betul then baru jawab. jangan lupa bawa slip exam and id card korang yg cantik tu yer. dan jangan bawak masuk toyol k. nant kene tangkap sape yang susah? Haa..jawab la sendiri soalan ni.

Hades rindu la plak dengan suasana final exam mase kat U dulu..ceewahh...bila study week tadak air. rasa macam nak nangis je. nak jadi mahasiswa cemerlang di UMP bukan senang tau. hahaha...hanya org yg tabah mcm kita je yg bleh..huhu~

Oit, jgn ingat akak dah keje tak de exam tau. Lagi teruk..buku berkepuk2 kene baca. siap kene hafal klause2 dalam ISO lagi..Kau tak pitam??akak belum pitam sebab tak hafal lagi pun. hahahaha. Tak pe. Bos faham sbb keje banyak. tak sempat. huhuhu

Udah-udah le tu baca blog akak ni. pas ni amik buku pegi baca. jangan duk menyinggah tempat lain dah. cepat3.pegi study!!!

Buat rakan2 seperjuangan sy yg menyambung master tu, korg pun study molek2 jugak la yer..sy pun nak gi study jugak ni...hehe..Adios~


Thursday, April 16, 2009

M U S T

. L . E . A . R . N .

. F . E . E . L .

. C . R . E . A . T . E .





with your





Tuesday, April 14, 2009

My Hockey Team~




Satu kenangan yang paling aku rindu. Bersama dengan kawan-kawan mengejar bola hoki di padang. Ingat lagi dulu. Mak memang tak bagi aku join pasukan hoki kat sekolah. tapi aku degil. Sebab aku minat. Jadi aku teruskan saja. Lama-lama mak pun faham dengan kedegilan aku. Aku duduk asrama dulu. Tiap-tiap petang ada latihan di padang. Tak susah pun. Tak perlu ulang alik. Mak cakap bila mak balik kerja mak selalu nampak aku berlari atas padang kejar bola hoki. Mungkin berkat doa mak, aku tak pernah alami kecederaan yg sgt2 teruk sepanjang 4 tahun terlibat dengan pasukan ni. Aku defender dulu dan memang slalu la kene belasah dengan striker pihak lawan. Selalu balik dengan lebam-lebam penuh kat kaki. Paling teruk pun aku kene belasah, patah gigi. haha. Memang kelakar bila ingat balik. Salah aku jugak. masa tu baru lagi belajar. Aku lupa. aku masuk side yg salah. Member angkat stick and hentam rahang aku. Sakit beb. Mula-mula kene rasa kebas je. Tak de pape pun. Tetibe plak darah banyak. Menggeletar tangan masa tu. Seb baik satu je gigi patah.hehe. Tapi sebab minat, aku tak pernah serik. Lepas tu pernah juga kuku jari kelingking aku pecah sbb tahan bola. sakitnya Subhanallah. Hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi itu pun aku tak pernah serik. Alhamdulillah tak jadi mende-mende yang teruk. i mean sampai kene hantar pegi spital ke hape ke..hehehe. Sekarang minat aku dah beralih. dari sukan lasak ke pentas teater. entah bila aku akan dapat peluang pegang kayu hoki lagi. (‘’,)

Hmm...rindu sangat member-member masa kat skool dulu.

Manusia Raja

Thursday, April 9, 2009

Tahniah Senandika

Saya harap masih belum terlambat untuk saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Kumpulan Teater Senandika Universiti Malaysia Pahang kerana berjaya menganjurkan Fiesta Teater Senandika yang bertempat di Taman Budaya Negeri Pahang pada 4 dan 5 April yang lepas.

Dalam Fiesta ini, Senandika berentap sesama sendiri bagi menghasilkan persembahan yang terbaik di kalangan mereka. 4 buah naskah dipertaruhkan dalam fiesta ini iaitu, UBAT, TERUK, TAMBAT KAKI dan juga ADAPTASI KERUSI.

Secara keseluruhan, pada pendapat saya, persembahan mereka amat baik. Senandika yang dapat saya lihat hari ini adalah Senandika yang sudah melangkah jauh. Mereka semua mempunyai bakat-bakat besar dalam dunia lakonan. Rata-rata mereka pandai berlakon dan bermain di pentas. Namun, perlu digilap lagi agar lebih menyerlah. Antara kelemahan yang dapat saya kesan adalah seperti, kurangnya latihan terutamanya dari segi lontaran suara. Lontaran suara yang tidak jelas menyebabkan penonton hilang tumpuan semasa persembahan dan akan menyebabkan jalan cerita kurang difahami.

Keduanya, kurang latihan dari segi lakonan dan penghayatan watak. Setiap pelakon perlu mengkaji watak yang dipegang dengan sedalam-dalamnya. Pengarah juga harus berhati-hati agar tidak ada pelakon kamu yang ‘membunuh’ pelakon lain di atas pentas.

Dari segi teknikal, sememangnya sebelum ini senandika menghadapi masalah dari segi teknik pencahayaan, namun pada keempat-empat persembahan mereka kali ini, saya tidak lagi nampak semua itu menjadi satu penghalang untuk senandika beraksi di pentas.

Saya memahami kekangan yang mereka hadapi. Tidak cukup masa untuk berlatih kerana mereka adalah mahasiswa jurusan sains dan kejuruteraan yang tidak lekang dengan assignment dan juga projek-projek yang setia menanti. Dan saya kagum, dalam masa yang sangat singkat dan dalam kekangan yang pelbagai, mereka berjaya memartabatkan teater di UMP. Syabas dan tahniah. Kami warga alumni sangat berharap aktiviti seperti ini diteruskan di masa akan datang agar seni yang dipertahankan ini tidak mati.

Terima kasih kerana menjemput saya mengadili keempat-empat pementasan tersebut. Komentar secara terperinci rasanya lebih elok jika saya bercakap sendiri dengan tuan empunya diri. Setakat hari ini. Saya hanya berkesempatan bercakap dan memberi komen tentang pementasan teater UBAT bersama pengarahnya.

Saya kagum dengan peningkatan yang mereka tunjukkan. Keyakinan saya terhadap mereka terbukti. Saya yakin mereka boleh lakukan yang terbaik di masa hadapan. Kerana itu saya tak pernah meragui akan kebolehan mereka. Selagi mereka bersatu, segala yang susah akan jadi mudah. Saya harap Senandika akan terus bernafas. Untuk selamanya...

Thursday, April 2, 2009

Ulangtahun yang pertama~


Hari ni hari ulangtahun kelahiran blog aku yang pertama. Genap sudah setahun sejak tertubuhnya blog ini. Disinilah tempat aku meluahkan segala rasa yang terbuku yang aku fikirkan boleh aku kongsikan bersama dengan orang lain. Blog ni tidak begitu padat dengan informasi dan isu-isu terkini, tetapi hanya memuatkan bingkisan rasa dalam hati. InsyaAllah, untuk masa yang akan datang aku akan berusaha untuk menjadikan blog ini sebuah blog yang lebih menarik dan matang. Aku masih dalam proses untuk belajar kerana aku bukanlah seorang yang pandai untuk meluahkan apa yang aku rasa melalui baris-baris dan juga bait-bait perkataan. Sungguh, aku sememangnya lemah dalam hal itu. Juga, kadang-kadang aku tidak berani untuk menerima maklumbalas dari pembaca. Begitu payah aku mahu leraikan rantai yang menjerut aku. Rantai yang menjerut keyakinan diri aku. Mungkin aku perlu berusaha lebih gigih lagi untuk meleraikannya. Tapi tak mengapa. Biar masa yang menentukan semua tu. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan bukan?Aku pasti, ada jalan untuk aku menuju apa yang aku inginkan.