Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Thursday, April 2, 2009

Ulangtahun yang pertama~


Hari ni hari ulangtahun kelahiran blog aku yang pertama. Genap sudah setahun sejak tertubuhnya blog ini. Disinilah tempat aku meluahkan segala rasa yang terbuku yang aku fikirkan boleh aku kongsikan bersama dengan orang lain. Blog ni tidak begitu padat dengan informasi dan isu-isu terkini, tetapi hanya memuatkan bingkisan rasa dalam hati. InsyaAllah, untuk masa yang akan datang aku akan berusaha untuk menjadikan blog ini sebuah blog yang lebih menarik dan matang. Aku masih dalam proses untuk belajar kerana aku bukanlah seorang yang pandai untuk meluahkan apa yang aku rasa melalui baris-baris dan juga bait-bait perkataan. Sungguh, aku sememangnya lemah dalam hal itu. Juga, kadang-kadang aku tidak berani untuk menerima maklumbalas dari pembaca. Begitu payah aku mahu leraikan rantai yang menjerut aku. Rantai yang menjerut keyakinan diri aku. Mungkin aku perlu berusaha lebih gigih lagi untuk meleraikannya. Tapi tak mengapa. Biar masa yang menentukan semua tu. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan bukan?Aku pasti, ada jalan untuk aku menuju apa yang aku inginkan.


6 daisies blooming:

Anonymous said...

hp bday to both ur blog n u~ (^^,)

Nyda Zamani said...

terima kasih kamu!!!
=)

jumapx said...

apy bufday to u sis....
n ur blog too...

smoga pjg umur n murah rezki k...


sweet sgt....he3

Otit said...

selamat hari lahir,kakak yang manis.
semoga sentiasa mendapat kebahagiaan di hari-hari yang mendatang.
sayang kamu.

Pegawai Khalwat said...

Tak buat majlis besday ke? Makan kat ikan bakar marine jadilah.

The Island of NAMOYAKI, said...

tahniah,

teruskan menulis, menulis itu baik untuk minda.

suksess!