Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Thursday, September 17, 2009

27 Ramadhan

Sudah lama aku biarkan blog ini sepi tanpa sebarang khabar berita mahupun rencana. Mungkin atas alasan kekangan masa yang aku cipta sendiri. Atau mungkin juga tiada apa yang mahu aku kongsikan bersama. Segalanya berlalu dengan tenang. Segalanya. Termasuk Ramadhan ini. Sudah mahu berangkat pergi ia tanpa meninggalkan pesan samada akan bertandang lagi di masa hadapan. Semoga ada kesempatan bertemumu lagi. Semoga masih boleh bernafas dalam udara Ramadhan. Semoga masih celik untuk menatap langit Ramadhan dan mendengar bicara bintang-bintang dilitup awan. Sedih mengenangkan pemergiannya tambah sedih mengenangkan masih ada yang tidak menghargai kehadirannya. Mungkin dia sedang menangis kerana diperlakukan sedemikian rupa. Mungkin hatinya terhiris melihat manusia alpa. Masih belum terlewat memperbetulkan kesilapan. Masih ada peluang menadah tangan di bawah langit Ramadhan memohon keampunan. Semoga hari esok lebih baik dari semalam.

7 daisies blooming:

PuTeRi CaHaYa said...

Selamat hari raya, moga ramadhan tahun ini amat bererti buat kita kita smua...

Salam lebaran
(",)

Melody M. said...

Smoego ramadhan yg dilalui membawa bermacam kebaikan. Selamat hari Raya sis Nyda cayang.

Pegawai Khalwat said...

Amin!

aLan said...

slmt hari raya ;)

jgn lupa gaji akak nnt bhgi 2 k..

50% utk akak..

50% utk sy..sbgai duit raya..heh heh..

Anonymous said...

selamat hr raya kak nyd :) mntk ampun byk2 ats slh silap sy dan halalkn segala mkn mnum sy selama ni.

Raja Azrul said...

selamat berhari raya nida..maaf zahir batin. Kalau ads masa jemputlah ke kampung abang..ajak team bakawalee sekali.

Nyda Zamani said...

pu3:
salam lebaran utk kak puteri jugak!

kak mel:
Selamat Hari Raya sis Melly cayang!

pk:
Amin!

Alan:
Perjanjian London tahun bila plak ni?banyak cantek..nak duit raye meh umah..huh!haha..slmt hari raya jugak buat adikku alan yg semakin sengal!

daoz:
pehal la adik yg sorang ni dok buat ayat syahdu..sob3..ilek la bro..akak maafkan dan akak halalkan sume..same le akak pun yer..mintak maaf banyak2 kalau ade buat kamu sakit ati (ade kan..) n mintak halal makan minum (coklat cadbury dan mcm2 lagi..hehe)selamat hari raye!

abg raja:
slmt hari raya..maaf zahir batin..insyaAllah, jika kesempatan kami serbu umah abg raja naa..hehe