Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Tuesday, January 18, 2011

ape cer NSF...

sedang memindahkan huruf-huruf methodology penggunaan COD reactor dari dakwat dan kertas ke dalam perisian Microsoft Word tapi tiba-tiba pula rasa mahu mengarang sesuatu di muka blog yang sunyi ni. nak tulis ape ek?ntah.hahaha..

hmm..mungkin nak kongsi tentang keputusan temuduga NSF bulan lepas. tak tahu kenapa aku tergerak hati nak buka website mosti semalam (17 jan 2011). bile aku bukak je website tu, rupenye diorg baru je released result temuduga NSF. the same day. kuat btol gerak hati aku kan? berdebar aku bukak result tu. tapi keputusannya buat aku down sekejap. Alhamdulillah. aku redha. mungkin itu bukan rezeki yang telah Allah tetapkan untuk aku di ketika ini. maknanya, ada yang lebih baik menanti aku. (Amin!...)

teringat jugak aku masa nak pegi interview hari tu. aku buat kerja gila jugak la. drive pegi sana. mulanya tekad nak pegi sorang2 je tapi macam tak yakin sangat. ye la. mana penah aku drive kat kl. itulah pertama kalinya. lagipun mak aku confirm tak bagi kalau dia tau. pasti sepanjang perjalanan aku akan buat die risau. jadinya untuk lebih yakin dan tidak merisaukan mak abah aku, aku ajak la kawan baik aku nonie. seb baik die dengan baik hatinya mahu temankan aku. kat sana pun emiey (kawan baik aku sorg lagi) banyak tolong kitorg.tolong tunjukkan jalan supaya kitorg tak sesat. hahaha. Alhamdulillah everything went well as per planned.
bersungguh jugak aku rase aku ni..hahaha (wekkk..) tapi tak pe la. bukan rezeki aku. ia untuk orang yang lebih memerlukan. hope they will use it wisely. hoho~

hmm..tu aje la cerita yang agak tak best.

daisy: kalau adik2 saye kat shah alam nun yang ade bace entry ni, sory ye tak roger2 korang time tu. coz tak sempat. perlu balik secepat mungkin..huhu~

Saturday, January 8, 2011

satu malam yang damai

A: weh, ce ko tengok cupcake yg aku buat ni?
B: mane??
A: dalam oven tu..klako..huhu
B: hihik..over mengembang..aku rase ko kene bubuh separuh je la adunan dalam cup tu
A: tu la..aku letak adunan 3/4 cup
B: oooo...eh..ni dah letak semua dalam cup (sambil menunjukkan cup2 berisi adunan yang tersusun atas meja yang belum dimasukkan ke dalam oven lagi)
A: tu la..aku nak keluarkan balik 1/4.. tapi takut comot. boleh tak sedut pakai picagari?
B: ????????

moral of the story: jgn pernah terfikir untuk bawak balik apparatus dari makmal kimia@biologi. kalau tak nnt housemate anda akan menjadikannya 'apparatus' yang berguna di dapur rumah anda. :p

daisy: tapi kek tu mmg mabeleslah rase die..nyum3!!aku kasi full bintang dekat tukang masak die cik A!!hoho~

Tuesday, January 4, 2011

Tahun baru. Semangat baru.

ce teke sape ni?? :p


sesi persekolahan dah mula. makanya excited la para ibu bapa menghantar anak2 ke sekolah. tambah2 lagi yang anaknya baru nak masuk skolah darjah 1. macam abang ngn akak aku. hehe. tahun ni anak sedare aku yang sorg tu dah masuk darjah 1 le. hah??darjah 1 dah?? rase cam baru smlm dukung die baby lagi. wah! cepat btol masa berlalu. beberapa hari before nazhan mendaftar skolah baru, diorang satu family termasuk mak abah aku n mak ayah kak fida datang cuti2 kat kuantan ni. masa tu nazhan ade cakap yang die tak sabar nak gi skolah. hehe. gud2. sama cam aku dulu. tak sabar nak masuk skolah. ye la. masuk skolah blaja. baju baru. kasut baru. stationery baru. dapat ramai kawan. sape yang tak suka. kan?alhamdulillah segalanya berjalan lancar kan kat penang tu. kat tempat lain ade yang kena hadapi masalah banjir. skolah tutup. moga2 apa yang terjadi tu tak melemahkan semangat anak2 malaysia untuk terus belajar dan mengejar cita2 mereka. ape2 pun all d best untuk nazhan. aku percaya insyaAllah satu hari nanti nazhan akan jadi seorang yang berjaya dan tak lupa jasa ibu ayah. amin. doa mak su sentiasa untuk kamu! blaja rajin2 tau!

nazhan in da class. ikut jejak ayah die la ni. gi skolah cine.huhu


nazhan & the sweet sister


haishhh..tak sangka. anak sedaraku dah beso!!

Sunday, January 2, 2011

Alhamdulillah :)

Alhamdulillah...
masih diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi Allah. apa yang berlaku dalam muka bumi ini banyak bagi kesedaran yang bahawasanya jodoh pertemuan ajal dan maut semuanya telah ditentukan. bila? hanya Dia yang tahu. muda bukan bererti usianya panjang. tua pula bukan bererti perlu menanti ajal menjemput di tikar sejadah. maut itu sesuatu yang paling hampir dengan semua org.
haish..
rasa macam sentimental pulak malam ni. moga Allah merahmati kita di atas muka bumi ni. moga sentiasa diberi perlindungan dan dilimpahkan rahmat ke atas kita yang masih meneruskan hidup yang masih bersisa ni.
so..
ape cer sekarang ye?tenggelam timbul aje kat blog ni. 6 bulan kot tak update. lama betul menghilang. kalau ade follower mesti follower dah ternanti-nanti. seb baik tak ade. hehe. ceritenye sekarang ni aku dah kembali ke UMP. sambung master pulak. orang lain dah nak habis aku baru nak mula. bukan terikut kawan nak sambung master ni. tapi itu yang aku cita2 kan sejak dulu. memang berhajat sejak undergrad lagi. pas degree nak keje dulu then baru nak sambung master pulak. kadang2 rasa macam rugi pulak tak sambung awal2. ye la. cepat sikit jadi orang berkerjaya. haha. tu la kau. tamak. hehe. bukan tamakkkk tapi nak senangkan family. buat permulaan ni banyak susahkan mak dan abah. mak, abah, sori. i will do my very best so that i'll never put both of u in trouble again. sori, sori and sori.
hmmm...
tolong doakan yang terbaik untuk aku. buat masa sekarang perlu melupakan minat aku buat sementara waktu walaupun hati ni sangat rindu. harapnya satu hari nanti aku dapat teruskan minat dan kerjaya serentak.
kawen?..
soalan lazim di kala melewati usia seperti aku. belum sampai waktu jawapan aku. masih ada yang belum selesai. lagipun jodoh terletak dalam ketentuanNya. insyaAllah.kalau ada jodoh tak ke mana. haha. ceh. jawapan tipikal or senang cite jawapan mengelak dari ditanya lebih2. lagipun definisi bahagia bagi setiap orang berbeza-beza. Dia lebih tahu apa dalam hati. hati cuma cakap senyum selagi mampu.
2011...
selamat datang. menutup tahun 2010 dengan 1001 macam kisah hidup dan kenangan suka duka. pengakhiran yang cukup baik untuk aku memulakan hidup baru. no more tears. no more hopes. give up untuk sesuatu yang sepatutnya diputus asakan (perkataan apekah??lalala..) sejak lama dulu. tenang dan damainye rase! cis! nape tak buat sejak dulu eh? sengal btol. haha. no regrets. things happened for a reason. yang paling penting, perjuangan tetap diteruskan selagi hayat dikandung badan. hehe. mulekan dengan semangat baru!!!

daisy: All d best cik daisy doakan untuk u ollss utk tahun 2011! :)