Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Tuesday, June 28, 2011

eh!!nonie dah kawen laaaa...

lambat pulak aku ambil masa untuk tulis entri tentang pernikahan sahabat2 baik aku ni. Nuraini Mansor & Junaidi Zakaria. tak sangka. kahwin jugak akhirnya diorang ni. ini couple yang ke-2 la dalam geng BKB. ade lagi ke geng BKB yang couple dengan geng BKB jugak?tak de dah kan. jangan ada yang aku tak tahu pulak. haha. kalau ada jangan lupa habaq kat ceq noooo. hehe. dan cepat-cepat la hantaq jemputan kat ceq :p

Alhamdulillah. nonie dah selamat jadi isteri bd pada tanggal 28hb Mei 2011. jam 9.25pm. haishhh...asyik record timing orang jadi bini orang je. untuk diri sendiri nanti sape nak tolong recordkan ye?haha *berangan* . perasaan gembira tu memang tak terucap dengan kata-kata la. nangis aku malam tu. eh!orang lain yang menikah orang lain yang nangis apehal? alaaa..biase la aku kan cepat touching sket orangnye. masa mira kawen dulu pun aku sebak gak. tapi tahan je. malu.ramai orang. haha. bukan over. huhuhuhu. sedih la beb. sape tak sedih. upama hilang kawan la. lepas ni dah tak bleh berkepit slalu dah dengan nonie. tak kan die nak layan aku dah kan. tak de sape dah nak teman aku tengok wayang. cemane nak tengok buah hati aku berlakon filem nih??banyak ni filem die nak keluar. hahaha. *ketuk kepala sket. dah senget* :p nonie dah ada tanggungjawab yang lebih besar. tanggungjawab pada suami, mak, family etc. kawan tak masuk dalam senarai pun. eheh. :p

ape2 pun aku bersyukur sangat sbb diberi peluang untuk tolong diorang ni dalam persiapan menuju hari bahagia. Setidak2nya ada la pengalaman untuk aku. Mana la tau kot2 terbuka hati nak kawen. Ahahaha. :D thanks nonie sbb bagi kepercayaan kat aku untuk jahit manik baju nikah ko tu. itulah kali ke-2 aku menjahit manik untuk event besar selepas yang pertama baju tunang ko. thanks ye. bagi kepercayaan kali ke-2 kat aku. ape2 kekurangan aku mintak maaf banyak2. kalau tak jadi macam yang ko bayangkan aku mintak maaf ye. aku dah buat sehabis baik dah tu.huhuhu. aku ni ko faham la kan. kalau idea tak datang tu, tungging tebalik guling2 golek2 47 kilometer pun die tak datang jugak. Nak kene seruuuuuu.hahaha . tapi kalau ade idea mencurah-curah pulak. hahahahaha.


simple & beautiful :)

on your BIGGGGGG day tu memang aku seronok sangat. family ko yang memang sporting habis walaupun abang adin tak dapat terima kenyataan aku adik angkat dia. wakakakaka. rindu la ngn yani ngn farisha. pastu gadis2 nakal yang tak habis2 ajak aku buat keje skolah ngan diorang. huhuhu :) memang meriah sangat hari bahagia korang. Mane taknye budak2 Senandika datang. Lepas jugak rindu aku kat adik2 kite tu. Dah besor panjang pun diorang. Tak lama lagi bakal ikut jejak langkah ko la tu semua tu. Hehehe. Eh! tapi azril dah langkah bendul. Dan tak lama lagi aku jadi aunty!!!yay!! baby ke berapa ye dalam senandika??hmmm??hehe. andddd tak lupa jugak kawan2 sepermainan. 4 tahun di UMP nun punnnnn datang jugak. best sangat dapat jumpa korang terutamanya emiey la sbb lama tak jumpa tapi sedih sebab nafsiah & note tak join. tak cukup korum jugak. masa naf kawen pun tak cukup korum jugak.uhuk3. tak pe2.nanti time emiey ke, nonot ke, aku ke (eheh) kite kene cukupkan korum okeh!!



malam pernikahan mereka :)


with kanak-kanak riang. Senandika!!!!eh!kanak2 ke??hoho


:) merpati 2 sejoli :)


sahabat2 seperjuangan
(photo credited to MieZPhotoStudio)

Tahniah lagi skali dari aku sahabat baik yang tak berapa nak baik ni. Hehe. Mintak maaf atas apa sahaja kekurangan sepanjang the making of ur BIG day. And so sorry jugak tak dapat attend majlis resepsi di Terengganu. Sorry bd ye. Ada urusan yang tak dapat dielakkan. Aku doakan sahabat-sahabat aku ni bahagia sampai akhir hayat. Sampai syurga. Aminnn :) :) :) :) :)


Miss Gorgeous!!!
(photo credited to MieZPhotoStudio)


cikdaisy: tunggu plak sape next.hehe. mungkin next year kot :)

3 daisies blooming:

Saz-e-La said...

beso gedabak memasing..xdanya kanak2...hahaha...tp riang tu btl

Nyda Zamani said...

ahak3..dah bleh jadik mak & bapak orang dah kan?ehehe
so...next is ila!!!!!wieeeee!!!!
7 days to gooooo

c h o c o l a t e i.c.e said...

ades.gambo mase rambut panjang..rindu rambut panjang weyh..

p.s:utk wedding ila..rambut pendek..kasi smart sikit.. :p