Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Wednesday, May 30, 2012

Penghargaan Buat Produksi Dusta (FTP 2012)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. terima kasih Rabbul Izzati yang menulis ketentuan di Lauh Mahfuz dan membenarkan semua ini terjadi. 

Pada ahad yang lepas, 27 Mei 2012 Produksi Teater Waris telah pun mementaskan sebuah teater bertajuk Dusta Pada Skala 1 Hingga 10 karya Encik Yusof Bakar atau nama penanya Dudok. Teater ini mengisahkan tentang 5 orang yang berbeza pangkat dan statusnya diculik dan ditempatkan di sebuah kurungan. mereka diculik atas sebab satu persamaan iaitu DUSTA. eksperimen demi eksperimen terpaksa mereka hadapi demi melepaskan diri dari cengkaman psikopat yang begitu taksub dengan kajiannya terhadap manusia-manusia ini. semakin lama mereka berada di dalam kurungan itu, semakin tertekan dan memberontak jiwa mereka untuk melepaskan diri sehingga satu persatu DUSTA mereka tersingkap. 

Teater ini adalah bersempena dengan Festival Teater Pahang 2012. Festival kali ini dipentaskan di Amphitheatre Bangunan UMNO, Pekan, Pahang. DUSTA PADA SKALA 1 HINGGA 10 telah diarahkan oleh Hazryl Syafiq dan pengarah bersama yang sangat berbakat, Said Saiful Fazli (Pengarah Terbaik Festival Teater Pahang 2009, DETIK). Tahniah Produksi Teater Waris kerana telah berjaya mementaskan teater ini.

Oleh itu, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua krew yang bertungkus lumus dalam menjayakan pementasan ini. tidak lupa juga rakan-rakan yang turut terlibat secara langsung ataupun tidak.   

Kepada semua ahli produksi, percayalah, kita sudah melakukan dan memberikan yang terbaik untuk pementasan kali ini, cuma mungkin nasib kurang menyebelahi kita. apapun menang atau kalah adat pertandingan. ini adalah salah satu platform untuk kita berkarya. yang penting, semangat kita jangan hilang dan bersedia berjuang di masa hadapan. saya sangat berbangga dapat bekerjasama dengan anda semua yang cukup berbakat. walaupun kita bukanlah lahir dari jurusan seni persembahan atau seni lakon, namun kita telah buktikan kita mampu belajar dan sedaya upaya menimba ilmu dari mereka yang berpengalaman demi minat kita yang satu ini. 

Terima kasih Abg Wan, Bad, Syafiq, Rani. dari jauh kalian datang demi menjayakan produksi ini. terima kasih juga Teacher Lida, Abg Salman, sanggup datang latihan hampir setiap malam di UMP. memberi tunjuk ajar buat kami yang masih bertatih-tatih dalam dunia teater serta tak dilupakan juga Epul yang terlalu banyak memberi tunjuk ajar, semangat dan pelbagai bantuan buat kami. jasa kalian terlalu besar buat kami. terima kasih yang tidak terhingga. terima kasih buat pengurus produksi Bani Fartini, tanpa dia urusan-urusan surat menyurat, pengangkutan, kelulusan dan sebagainya akan tergendala. terima kasih UMP menyediakan lori untuk membawa props kami dari gambang ke pekan dan juga pelbagai kemudahan lain di sini. Terima kasih Adha kerana menyediakan poster yang sangat-sangat cantik. anda memang sangat berbakat. Terima kasih Unit Teknikal, Eqa, Din, Mas, Fikri, Syafiq. tanpa korang DUSTA tak berbunyi dan tak bercahaya. Terima kasih Bani, Adha, Bad, Rani, sebab tanpa korang maka kosonglah pentas DUSTA. Terima kasih Che Am, Kak Fiza, Miey, Midi, tanpa korang maka tak berserilah pelakon di pentas. terima kasih SM yana. semoga anda tidak serik memegang title SM itu dan teruskan menimba pengalaman demi pengalaman. percayalah satu hari nanti anda akan dapati bekerja sebagai SM merupakan satu tugas yang paling anda suka. kan Eqa??hehe. terima kasih penasihat-penasihat kami En. Shahrul Nizam dan En. Mufli, walaupun anda sibuk dengan urusan dan kekangan kerja, anda tetap hadir memberikan sokongan untuk kami, memberikan bantuan dari jauh dan dekat. terima kasih Abg Salman, Bob, Teacher Lida, Faiz R, Syidek, Abg Wan kerana tanpa kalian tiadalah DUSTA. dan terima kasih Pengarah-pengarah muda kami Apit dan Epul yang bertungkus lumus memerah otak siang dan malam untuk mewarnai DUSTA. tanpa anda maka kosonglah DUSTA. korang semua sangat-sangat berbakat dan semoga bakat-bakat yang ada ini tidak mati di sini. marilah kita sama-sama meneruskan perjuangan kita. 

Sejuta penghargaan buat penulis Encik Mohd Yusof Bakar kerana memberikan kebenaran untuk kami mementaskan karya ini. ilmu yang saya dapat sepanjang berteater bersama beliau di Bakawalee, saya gunapakai dan kongsikan bersama mereka di sini. terima kasih yang tak terhingga atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang tak pernah putus. 

tak dilupakan dan tak akan lupa, special thanks buat silky siblings! Kak Mel dan Yunika (Daoz tak dapat datang atas kekangan tertentu) yang datang menonton dan memberikan sokongan. kamu adalah kekuatan saya. terima kasih kerana selalu ada tidak kira senang atau susah. 

yang utama tetap utama, syukur pada Dia yang membuatkan segalanya menjadi nyata, yang menghadirkan kalian sebagai perantara, tanda kasihNya yang tak pernah sirna.







2 daisies blooming:

Pegawai Khalwat said...

Terima kasih juga kepada Nyda dan team Senandika kerana memilih karya picisan ini.

Nyda Zamani said...

sama-sama..mana ada picisan. banyak mesej dalam cerita tu. orang yang tau nilai je yang faham :)