berangkat menuju ke KL jam 10.30 pagi dan tiba di pekeliling jam 1.30 petang. solat dulu sebelum berangkat ke Pudu Sentral. kemudian meneruskan perjalanan ke tanjung malim. oh ya! sebelum tu, ada kejadian di Pudu Sentral yang hampir membuatkan aku nak marah orang. aku benci manusia penipu. entah macam mana aku boleh tersekat masa tu. selalunya aku tak pernah peduli pun kalau ada orang tahan aku untuk jual barang atau apa saja tapi hari ni betul2 ganjil. ada la hikmahnya tu. niat nak membantu saja. tapi lain kali memang aku tak kan terpedaya lagi. insyaAllah. kecuali jika Allah menetapkan itu rezeki mereka, manusia penipu dan bukan aku. rezeki Allah punya. sampai masa kene beri balik pada Dia. ingat tu!
naik bas lebih kurang pukul 3.30 ptg. nasib baik bawak bekalan minyak cap kapak dan earphone. kalau tak memang pening la kepala aku sepanjang perjalanan. haha. sensitif sket bila naik bas ni. mabuk. mengada-ngada pun ada rasanya. haha. maaf. maaf. sepatutnya bersyukur. hehe. sampai di stesen tanjung malim lebih kurang jam 430 petang. Marul & Mira yang datang ambik. teruja berjumpa sahabat baik aku ni. masuk je kereta. dapat berita gembira. aku doakan semoga Allah pelihara kamu sahabatku. semoga diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. tolonglah ambil ubat tepat pada waktunya ya puan azmira. degil! *bebel..bebel..bebel*
sampai trolak utara. keterujaan berada pada tahap lebih tinggi. teruja macam jumpa famili yang dah lama tak jumpa. sempat tolong packing goodie bag sebelum bersiap sedia untuk acara malam hari. majlis khatam quran. oh yeah!!! dah terasa macam qari'ah jemputan keluarga pak cik dollah pulak. dulu masa mira kawin pun saya tolong juga. hehe. terima kasih mira. jemput aku. terima kasih kak wa sebab percaya. *senyum* oh!tapi maaf sebab setengah jam sebelum majlis saya menimbulkan kekecohan. tiba-tiba rasa dunia berpusing dan tekak meloya. nasib baik ada asam yang menghilangkan rasa kurang enak itu. maafkan saya. disebabkan teruja berjumpa kalian. saya lupa yang saya belum menjamah makanan hari tu. serius tak ingat pasal makan. pelik kan orang yang suka makan macam aku tak ingat makan. haaaa..itulah kuasa persahabatan! hehe
26 Mei
bangun pagi. ambik giliran masuk bilik air. haha. memang sangat best sebab kalau kat rumah memang tak merasa beratur tunggu giliran nak mandi. rare!! untuk aku lah. kalau kat rumah nak berebut bilik air dengan sapa. dengan mak abah je la. haha. al maklumlah di rumah cuma ada mak abah aku dan abang. selesai mandi maka bersiap-siaplah diriku mengenakan kurung moden rona hijau muda. memang warna kegemaran la. terima kasih mira kerana menaja pakaian aku hari tu. vogue tak pengapit kak wa hari tu??vogue kan??tak salah kamu pilih orang. hahaha. tudung je tak sempat nak beli baru tapi aku pakai selendang yang kamu bagi jugak. pukul 9 pagi dah start majlis akad nikah kak wa dan heykal. tapi kali ni tak sempat nak rekod masa kak wa selamat menadi isteri heykal. busy merakam video masa tu. tak teringat langsung. adoi. baju nikah kak wa warna krim. cantik!! baju sanding pun cantik. simple dan cantik! suka sangat! walaupun ada la kejadian-kejadian yang boleh membuatkan mood pengantin hancur. kalau saya confirm dah stress sangat tapi kak wa rileks je. tenang dan cool! respect kak wa! memang terbaik! majlis habis lebih kurang pukul 3 petang macam tu. petang tu jugak berangkat balik ke kuantan.
kak wa heykal dan mira yang hantar aku gi stesen tanjung malim. terima kasih kamu semua. terharu saya masa tu. hampir terbuat drama swasta kat depan bas tu. adohaiiii. nasib la mira dapat kawan yang suka berdrama macam aku ni. terimalah aku apa adanya. cewah. jam 5.30 petang, bas pun memulakan perjalanan menuju ke Pudu Sentral.
banyak betul bercerita. cover cerita untuk setahun ni. haha. terpaksa balik petang tu jugak sebab dah ada plan lain untuk esok hari. janji petang tu dengan kak mel dan nika untuk berjumpa di stesen bas pekeliling jam 7.30 ptg. sama-sama naik bas ke kuantan pulak untuk program esok hari. padat sungguh jadual. haha. sebenarnya baru ja plan ajak yunika tengahari tu. memang dengan harapan dia ikut sama. cuba contact daoz tapi tak dapat. biasala. adik bongsu retis. busy dengan show sana sini. jadinya tak sempat juga la nak kumpulkan silky siblings bersama kali ni. selalu macam tu. kalau sempat berkumpul pun mesti 3 je atau 2 je. tak pernah berempat. insyaAllah mungkin suatu hari nanti. sama-sama kita berdoa.
sambung adegan drama di pekeliling. terpaksa la buat muka kesian dekat driver bas sebab masa tu kak mel tak sampai lagi. bas dah nak jalan sbb jadualnya 7.30 petang. terima kasih driver bas yang baik hati sebab tunggu juga kami. kesabaranmu amat kami hargai. lewat 15 mnit bas tu. tak kira! apa nak jadi-jadilah. yang penting kami mesti naik bas sama-sama ke kuantan. walaupun tertinggal bas! tapi Alhamdulillah tak ditinggalkan. kesian kak mel berlari lepas turun monorail kat stesen titiwangsa tu. demi mengejar bas. penuh drama aku rasa malam tu. dah la dengan diri masih berbaju kurung. kak mel pun sama. masih berbaju kurung waktu itu. naik bas je masing-masing terlelap. perjalanan yang meletihkan.
sampai di UMP lebih kurang jam 10.30 malam. terus ke 'gudang' tempat latihan teater kami. tambah teruja dapat melihat wajah-wajah mereka. lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan esok hari. pertempuran yang kami tunggu sekian lama.
malam tu sebelum pulang ke singgahsana untuk beradu kami makan-makan dulu di Gambang Foodcourt. acara wajiblah kan. makan sama-sama. hehe. lepas tu baru lah pulang ke singgahsanaku. tidur dan berehat. tapi aku tak dapat lelap juga malam tu. takut bangun lewat sbb dah janji berkonvoi ke Amphitheatre Pekan jam 7 pagi. jadinya setengah jam saja terlelap.
27 Mei
tiba hari yang ditunggu-tunggu. pergi dengan harapan yang menggunung tinggi. agar pulang dengan paling kurang satu anugerah. perjalanan persembahan DUSTA PADA SKALA 1 HINGGA 10 terlalu lancar. bangga ada tenaga kerja seperti mereka. semangat berpasukan yang sangat tinggi. masing-masing bertungkus lumus menjalankan tugas dan amanah masing-masing. pementasan berakhir dengan jayanya. walaupun kami tidak pulang dengan sebarang anugerah namun kami tahu kami kalah bermaruah. kami sudah buat yang sehabis baik. cuma mungkin tiada rezeki untuk mewakili pahang ke peringkat kebangsaan. apa yang terjadi bukan melemahkan semangat kami bahkan lebih mengeratkan silaturrahim sesama kami. menambahkan lagi kuat dan utuhnya persaudaraan kami. teater ini menghubungkan yang jauh dan dekat. this is the best production ever. senior dan junior 10 generasi senandika bergabung bersama pelakon-pelakon handalan pahang. pengarah bersama yang sangat berbakat. namun seperti yang telah aku katakan tadi. mungkin tiada rezeki kami. walaubagaimanapun kekalahan itu akan kami kaji dan selidiki agar masa depan menjanjikan sesuatu untuk kami.
adik-adik, kakak dan abangku. kamu semua anugerah terindah buatku. saya sangat bahagia dikelilingi orang-orang yang saya sayang selama 3 hari ini. semoga ukhwah antara kita akan terus kekal abadi.
**selesa bila dekat dengan kamu. rindu bila jauh dari kamu. terima kasih buat aku rasa dihargai. setelah sekian lama aku rasa kamu makin jauh dari aku**
6 daisies blooming:
gambaq xdak. apa citer?
ada masalah sket nak upload gambaq..huhu
olo loo...syHdu siot bace....i love u nida.....thanks a lot on ur kindness.....mq loves u toooooo
love u too tce!!and mq tooo!!!! :)
touching i baca. :)
heeeeee...rindu kamu laaaaa..huhuhu
Post a Comment