teringat saat-saat melepaskan oyen dan oyeo pergi. sedih sangat masa tu. paling sedih sekali mama la. sbb mama jarang dah dapat jumpa korang. mami ok lagi sbb mami akan selalu balik rumah mak abah jenguk kamu berdua. segalanya bermula bila kami berpindah rumah dan berkongsi rumah dengan orang lain. untuk keselesaan bersama maka kami tak selalu benarkan oyen dan oyeo masuk ke dalam rumah. bila pergi kerja terpaksa biarkan diorang berkeliaran kat luar. bila malam terpaksa biarkan diorang tidur kat rak kasut luar rumah. sedihnya masa tu bila terpaksa tengok oyen dan oyeo menahan sejuk bila hujan. kalau kebiasaan, di sisi kami tempat tidur mereka tapi keadaan berubah sekelip mata. teringat lagi keletah mereka berdua yang sangat-sangat teruja bila pindah rumah baru. berlari-lari. melawat kawasan. hampir segenap pelusuk rumah diintai dan diamatnya. terngiang rasanya seolah-olah mereka berkata-kata "okay mama, mami, rumah ni selamat untuk kita satu keluarga".
bila pindah rumah baru dan tiba-tiba tak dapat lagi tidur di tilam empuk mama dan tak merasa lagi menyandar di belakang mami, tentu oyen dan oyeo sedih sangat-sangat kan? tentu terfikir kenapa mama dan mami buang kamu di luar kan? maafkan kami kerana terpaksa. mami bangga, kalian boleh beradaptasi. oyeo yang paling senang beradapatasi dengan apa jua keadaan pun. cuma oyen yang lambat sikit. tapi akhirnya korang berjaya biasakan diri dengan dunia baru. tapi, lama-kelamaan jiran-jiran pun tak suka dengan oyen dan oyeo. kata mereka anak-anak kami ini selalu bertandang ke rumah dan berak kencing merata-rata. keadaan menjadi lebih buruk apabila mendapat surat layang. dan lebih menyedihkan lagi ada jiran yang menjadi dalang memutar belit cerita, menokok nambah sesedap rasa. madu di depan, racun di belakang. menurut katanya akan selalu menyokong kami tak kira apa. walhal dialah syaitan bertopeng, menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan. menyebarkan segala fitnah dan dusta. dialah punca anak-anak kami kurang kasih sayang kami. kami cuma mahu ada teman dan mereka juga hanya ingin menumpang kasih makhluk bernama manusia. apakah salah rasa hati mereka itu? dunia memang tak pernah lari dari manusia kejam.
sebak hati kami bila satu malam tu pulang dari kerja dan tak ada yang berlari menyambut kami di tangga. kalau tidak mereka berdualah yang akan berlari dari kejauhan. berlumba-lumba siapa akan sampai dulu ke kaki kami. kasih sayang, hanya itu yang mereka damba. biarpun terpaksa menyembah kaki makhluk bernama manusia ini. namun malam itu. kosong. pandangan. rasa. jiwa. hati. minda. kosong. tak ada yang menjengah. kalau oyen dan oyeo nak tahu, mama menangis teresak-esak malam tu. bila mami buka je pintu rumah, mami tengok mama terjelupuk depan tv tu dan menangis. sebak kan? mami tak pernah tengok mama menangis macam tu. sayangnya mama dengan oyen dan oyeo tak ada bandingan. mami harap sampai mati kalian akan ingat yang apa yang telah terjadi adalah takdir. dan mami harap oyen dan oyeo ingat yang kami sayang kamu berdua sampai mati.
maafkan kami berbangsa manusia ni wahai oyen dan oyeo. pasti dalam hati kalian terlintas kami manusia kejam. tapi sayang kami pada kalian tak akan pernah padam. sampai saat ini linangan air mata yang menemani saat minda menerawang jauh menjengah memori bersama kamu berdua. sumpah! kami sayang kamu berdua sampai mati. janji!