Seperti tidak percaya, hari yang ditunggu-tunggu tiba. Hari apabila berakhirnya segala penderitaan Plant Design. Saya tulis entri kali ini, khas buat sahabat-sahabat saya, Shahrel, Siau Huey, Ros, Jimiey dan Zul. Atas segala penat lelah dan jerih payah usaha kita bagi sama-sama menyiapkan projek ini, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Saya amat berterima kasih di atas segala bantuan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang proses pembikinan PD ini. Memetik semula kata-kata ketua kumpulan merangkap Plant Manager, semoga usaha, titik peluh, dan titis air mata yang mengalir berbaloi dengan hasil kerja yang telah kita tatap hari ini.
Saya bersyukur kerana digandingkan dengan ahli-ahli kumpulan yang sangat komited dengan kerja walaupun sedikit sebanyak terdapat masalah yang timbul dan juga konflik yang tercipta antara kita. Tetapi, semua itu berjaya kita harungi dengan kecekalan hati. Bak kata pepatah, langit mana yang tidak ditimpa hujan. Jadi dalam sebuah kumpulan yang terdiri daripada 6 ahli ini, sudah tentu ada pelbagai karenah tersendiri. Namun begitu setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Sharel kerana berjaya menjalankan tugas dengan amat baik. You are the best leader!!. Terima kasih yang tidak terhingga.
Tidak lupa, setinggi-tinggi penghargaan buat En. Rozaimi bin Abu Samah yang telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dan juga kepada semua pensyarah FKKSA yang banyak membantu kami. Tanpa ilmu yang telah anda curahkan kepada kami, tidak mungkin kami dapat menyiapkan projek ini sehingga ke akhirnya.
Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah saya lakukan sepanjang 4 bulan ini. Andai ada kata-kata yang mengguris hati, saya pohon ampun dan maaf. Seperti manusia biasa, saya juga begitu, yang tak pernah lari dari membuat salah. Namun begitu, kita semua belajar dari kesilapan dalam usaha memperbaiki diri. Terima kasih yang tidak terhingga atas segala pengalaman yang banyak mengajar saya. Mohon maaf sekali lagi atas segala kelakuan dan karenah saya dan terima kasih kerana selama 4 bulan ini kalian bertahan dengan saya. Saya mohon maaf. Saya masih dalam usaha memperbaiki diri.
Akhir kata, saya doakan kejayaan kalian semua dalam peperiksaan akan datang. Semoga berjaya dengan cemerlang. Selepas ini, masing-masing akan membawa hala tuju masing-masing jadi saya ucapkan semoga berjaya dalam apa jua perkara yang kalian lakukan. Untuk latihan industri yang akan bermula 2 Jun ini, saya doakan agar kalian sukses dan buat yang terbaik.
AC's is the best!!!
Daisy: Thanks ketua, untuk cenderahati tu and for all of the precious moments!! =)
0 daisies blooming:
Post a Comment