bahagianya kalau hari-hari macam ni makan tido tengok tv pecah perut aku tengok citer nizam kambing cam hampeh tol lawak haha pastu sambung tengok titanic dramatik segala touching2 plak aku tgk citer jiwang hadussss layan je hmmmmmmmmmmmm rasa macam tak nak ada ending untuk hari ini tapi life must go on hari isnin sudah kerja rutin harian bakal bermula huhuhuhu tidakkkkkkkkkkkk!!!! (sila jangan layan khayalan hyperbola ini) hmmmm..tapi selain tu hari ni aku pegi majlis kawen coach hoki aku masa skolah dulu abg shahir best! ada silat segala teringat masa zaman sekolah rendah dulu masa tu orang kawen mesti kene ada perarakan kompang abang aku salah sorang dari pemain kompang kat kampung dulu kalau nak tau sekarang ni tak lagi dah die buat bisnes amek vid and photo org kawen plak bleh le contact2 abg i (eheh..sempat aje aku buat promo) abaikan kembali pada topik asal sekarang ni macam dah susah nak jumpa ada tu ada tapi jarang jumpa sekarang ni pakai cd jer walaupun sama tapi tak serupa kan? bila dengar muzik silat tadi memang terimbas la kenangan masa kat ump dulu rindu pada mereka-mereka yang cintakan seni budaya harap kita masih boleh untuk terus berjuang walau di mana pun kita kalau kita tak teruskan siapa lagi? tapi tadi asyik sangat aku tengok diorang bersilat lupa mahu snap gambar huhuhu tak pe la nanti kidnap dari rafey kawan aku aka adik coach sekarang tengah fikir ape nak buat esok nak tengok muallaf ade sape nak ikut?? tak nak?tak pe i bleh pegi sorang hehe no worries! have a nice day for tomorow onwards ops..sebelum terlupa Happy Birthday to my adik Farani Mustafa moga panjang umur murah rezeki =)
p/s: Farani, akak masih hutang kamu sesuatu. bilakah kita dapat bertemu??huhuhu~
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa yang Kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.
Surah Al-Baqarah ayat 286~
Jangan mengeluh bila Allah menguji kita. Percayalah, segala apa yang kita lalui pasti ada hikmahnya. Segala apa yang dilalui telah direncanakanNya. Percaya pada-Nya. Yakin pada-Nya. Peliharalah hubungan kita dengan Dia kerana itu yang akan menjadikan diri kita kuat dan tabah mengharung segala ujian dan dugaan. Mengadulah padaNya kerana Dia Maha mendengar segala rintihan hati hamba-hambaNya~
Hati aku cuma satu dan yang satu itu pernah aku beri kepada kamu kamu dah pecahkan hatiku kamu dah lukakan hatiku kamu dah deraikan hatiku dan sekarang aku sudah tidak punya hati yang kedua lagi untuk aku berikan kepadamu aku harap kamu faham itu
Cik Daisy: lebih baik berikan hatimu pada yg SATU atau pada yang tahu menghargai, berbaloi2~
Dalam era membaiki diri ini, kita nilaikan sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.
Golongan Pertama
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.
Golongan Kedua
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.
Golongan Ketiga
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.
Golongan Keempat
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.
Golongan Kelima
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.
Golongan Keenam
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada member kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.
Golongan Ketujuh
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.
Golongan Kelapan
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).
Golongan Kesembilan
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.
Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
they ols pegi tengok Natrah mlm ni nak jugak tengok teater Natrah sejak tengok banner kat IB time aku kat kl tengok KoKen dulu lagi aku dah jatuh hati nak tengok teater ni time tu dah pasang niat pun nak tengok teater ni tapi macam tak berkesempatan je uwaaaaa...nak nanges..huuuuu~
hampir tak dapat tunaikan janji pada mak ptg tadi. sgt tertekan bila bos balas msg aku cakap aku kena stay jugak untuk training tu. its almost 530. mahu aku tunggu sampai pukul berapa?630?730?830mlm?soal training tu, dah la baru diberitahu semalam. itu pun ckp, ada training ptg esok. masa pun tak ditetapkan pukul berapa. katanya lepas habis training VP Quality. aku tau aku harus bertanggungjawab dengan kerja. tapi jangan la sampai buat aku rasa mcm hidup ini hanya utk kerja. demi kerja, tak kan aku terpaksa korbankan segala-galanya. aku dah fade up dengan apa yg dah jadi before this. ckp ada training then tiba2 kensel. then if aku tunggu macam mana dengan janji aku? mcm mana kalau tiba2 training tu kensel lagi? janji yang aku buat tu sudah tentu penting. lebih penting dari segalanya. aku dah plan lama dah semua ni. lagipun before this aku dah banyak kali mungkir janji ngn mak. cakap nak balik then tak jadi balik. ckp nak balik hari ni then kol semula ckp tak jadi, kena balik esok plak. jadi kali ni aku nekad. mustahil nak mintak member lain ganti tempat aku. diorang pun dah dilambakkan dengan kerja yang tak pernah habis. bagaimana mahu tambahkan beban sedia ada. antara mahu selamatkan reputasi aku atau tepati janji aku. aku tau, kalau aku cakap aku tak bleh attend training tu dan terpaksa balik, aku dah rosakkan reputasi aku tapi seandainya aku tak tunaikan janji aku pada mak, aku akan menyesal. macam mana kalau ini kali terakhir aku dapat sambut birthday dengan mak. macam mana kalau ini kali terakhir aku bleh buat sesuatu yang menghargai mak. apa rasanya kalau tak sempat buat semua tu. hmm,mak mesti akan ckp. tak pa kalau tak balik pun. kerja lagi penting. itu kata mulut dia. hati dia?siapa yang tahu. 7 hari dalam seminggu tak kan satu hari pun tak bleh luangkan masa untuk family. kalau jauh itu lain. aku cuma nak bagi yang terbaik untuk family. aku dah banyak buat silap. aku nak betulkan segalanya selagi ada waktu. salahkah aku?
Frust menonggeng bile boss kate petang ni die nak buat training uwaaaaaaaa!!!! aku nak balik ade je yang nak menghalang aku punye plan la ish3! tak kire mesti kene balik jugak nak bawa mak n abah kuar makan hehehe Selamat Hari Lahir Mak! Moga mak panjang umur dan sentiasa berada dalam lindungan yang Maha Esa Aminnnn... Sayang kamu!!Mwahhh!
kadang-kadang bila difikir-fikir, diamat-amat, dikenang-kenang aku terasa seperti makin jauh dari semua orang. makin jauh dari kawan-kawan. makin jauh dari Senandika. makin jauh dari semua orang la. padahal dengan adanya teknologi hujung jari ni, sepatutnya aku rasa makin dekat dengan diorang semua walaupun aku terperangkap kat hujung dunia ni kan. haihhh. aku tak mahu kehilangan semua mereka-mereka yang aku sayang. aku tak mahu kehilangan mereka-mereka yang pernah mengisi masa silamku dengan berbagai-bagai kenangan dan memori yang indah. aku nak mereka semua sentiasa hidup dalam diri aku. hehe. confirm ada yang kata aku ni suka layan perasaan. tapi memang pun. aku ni manusia yang hidup dengan kenangan. apa boleh buat. kita buat apa yang kita rasakan happy untuk diri kita. btol x?btol3. sendiri tanya sendiri jawab. Buat mereka-mereka yang saya sayang. harap kalian tak pernah melupakan saya ya!hehe~
The Colours of Daisy dah naik sawang. tak ada idea mahu update. plus+plus+tidak berkesempatan mahu mengarang hanya sempat berFaceBook saja untuk menghapdet kejadian+perasaan+aktiviti terkini bosan dengan kehidupan lately pegi keje balik keje tekanan dari banyak pihak seolahnya ada yang menjerit ke muka aku 'HIDUP ADALAH UNTUK KERJA' sempat melarikan diri dari pemangsa-pemangsa ini selama 3 hari tapi... nak lagi masa untuk bersendiri tak cukup untuk berangan2+bersenang lenang+goyang kaki+mengenang ms silam+bersuka ria+berfoya2+tengok muvi+sembang2+mcm2 lagi la<------duniawi sungguh!!ish3~ mahu menangis tapi tak cukup air mata ceh! menangis buat apa mengadu la pada yang sudi mendengar btol? kau pun tahu siapa Dia btol? apa motif aku menulis kali ni ek? tak ade arah tujuan mengisi masa lapang yang sepatutnya aku isi dengan tidur yang panjang esok bermula lagi rutin harian ek eleh poyo la kau macam la kau sorg je yang ada kerja nak buat huh! sudah la tu silakanlah pergi ke tempat peraduan Luna dan Oyen pun dah lama dibuai mimpi indah
Alhamdulillah... Dusta Pada Skala 1 hingga 10 telah berjaya dipentaskan di hadapan para panel penilai pada 6 November lepas. Tak sangka. cepat masa berlalu. Hari yang buat aku ternanti-nanti, akhirnya berlalu. Dan pastinya berlalu meninggalkan kenangan yang best dalam hidup aku. Harapnya masih ada peluang untuk aku join lagi persembahan di Penang pada masa depan. Mungkin ini yang terakhir, siapa tahu. Serius, sangat rindu masa-masa bersama mereka-mereka yang terlibat sama menjayakan Dusta.
Pada mulanya agak susah hati sebab setiap kali latihan, mesti tak cukup korum. Cerita ni, kalau tak cukup korum memang tak bleh jalan. Saat-saat akhir terpaksa ganti pelakon. Nasib baik diorang ni pro dan berpengalaman. Ceeewaaahhh...ada la yang kembang semangkuk tu..opsss..hihi...Kalau bg kat aku sure lingkup. Haha. Sebab tu la tuan director tak bagi. ye tak encik PK??...Ngeh3~
Hari persembahan merupakan hari yang paling mendebarkan dan menakutkan. Gemuruhnye ya Allah...kalah orang yang kene berlakon atas pentas. Padahal aku jaga sound jer pun. Sound check..sound check..1..2..3...hoho...Maaf la kalau ade yang terpaksa tadah telinga dengar aku cakap..takutnya..gemuruhnya..rama-rama dlm perut la hape la...sampai 10-20 kali. hehe...Bukan ape. Aku mahu segalanya sempurna. Perfect. Walaupun nothing is perfect in this world. rite??Aku tak mahu buat salah walaupun peranan aku x besar mana pun dalam persembahan ni. kalau aku buat salah, sian pelakon nanti celaru plak kat pentas. hehe. dan lagipun itu kali pertama aku sentuh board tu. Tersilap tekan, habis aku. Huhu. (tapi tak pe...coach ade kat sebelah =p hihi~)
Tahniah buat semua yang terlibat menjayakan Dusta. Apa yang kita perform malam tu bagi aku memang cukup perfect, cukup puas hati. 10 kali lebih baik dari yang sebelumnya. baik dari semua segi baik lakonan, set dan juga teknikal. suke sangat. ada orang penah tanye aku, sepanjang terlibat ngn teater kat penang produksi mana yang aku paling puas hati..masa tu aku tak ada jawapan untuk soalan tu. tapi sekarang, aku dah ada jawapannya. sebelum ni aku tak rasa puas hati bukan sebab diorang tak bagus tau. jangan salah sangka ye. Hmm...Aku harap lepas la untuk bertanding di peringkat kebangsaan. Doa-doa la ye...aminnn...If dapat pergi kebangsaan aku akan sokong habis-habisan walaupun masa tu mungkin aku dah tak ade lagi. mungkin aku akan jadi penyokong di kerusi penonton ataupun aku jadi penyokong yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. hoho. gerun tak bunyinye?. Semangat aku tetap bersama dengan team Bakawalee Penang. Percayalahhhhhh...ngeee~ (mengadalah kau!)
Terima kasih kepada semua yang banyak memberikan tunjuk ajar dan memberi peluang serta ruang untuk aku. ewahh..macam nak buat ucapan menang award plak. hehe. deeply from my heart, berharap sangat dapat bekerjasama dengan kalian lagi. harap korang tak serik la ek. hehehe. saya mintak maaf banyak-banyak sekiranya sepanjang proses menjayakan Dusta ni, ada kata-kata saya yang melukakan atau perbuatan yang menjengkelkan. kadang-kadang berat mulut nak bercakap. korang mungkin nampak aku kurang memberi idea. kurang memberikan sumbangan. kurang memainkan peranan. mintak maaf banyak-banyak la ek. Maafkanlah segala kekhilafan diri ini. yer??0-0 ek??
Akhir kata...Korang memang BEST!Walaupun ada yang kata korang mulut neraka...hahahhahaha...bukan i kate tau~larikkkkkk!!
Daisy: Ada tugas yang masih belum selesai. ada hutang yang masih belum langsai. Dusta belom tamat daaa...Jadi teruskan berdusta..haha~
Sebelum terlupa tahniah jugak buat team TeTaMu dengan monolog Jebat: Rahsia Kesumat. tak dapat pegi tengok Jebat perform petang itu. huhuhu. nape la penilaiannya jatuh pada hari yang sama. sob3~
Juga tahniah buat produksi Kisah Si Semut. cayalah abg jinggo..hehe..adik-adik yang cumilll...kamu semua memang best sangat. kawaiiiiii!!!!!
Pics Dusta during persembahan tak ade la plak. sik sempat mok capture. huhuhu. tunggu lah..nnt ambil dr kwn2 dan upload ke sini. cuma ada gambar si semut jer. tu pun gambarnya kurang memuaskan. sik kacak nak??layan je la yer apa adanya. hehe~