Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Thursday, April 9, 2009

Tahniah Senandika

Saya harap masih belum terlambat untuk saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Kumpulan Teater Senandika Universiti Malaysia Pahang kerana berjaya menganjurkan Fiesta Teater Senandika yang bertempat di Taman Budaya Negeri Pahang pada 4 dan 5 April yang lepas.

Dalam Fiesta ini, Senandika berentap sesama sendiri bagi menghasilkan persembahan yang terbaik di kalangan mereka. 4 buah naskah dipertaruhkan dalam fiesta ini iaitu, UBAT, TERUK, TAMBAT KAKI dan juga ADAPTASI KERUSI.

Secara keseluruhan, pada pendapat saya, persembahan mereka amat baik. Senandika yang dapat saya lihat hari ini adalah Senandika yang sudah melangkah jauh. Mereka semua mempunyai bakat-bakat besar dalam dunia lakonan. Rata-rata mereka pandai berlakon dan bermain di pentas. Namun, perlu digilap lagi agar lebih menyerlah. Antara kelemahan yang dapat saya kesan adalah seperti, kurangnya latihan terutamanya dari segi lontaran suara. Lontaran suara yang tidak jelas menyebabkan penonton hilang tumpuan semasa persembahan dan akan menyebabkan jalan cerita kurang difahami.

Keduanya, kurang latihan dari segi lakonan dan penghayatan watak. Setiap pelakon perlu mengkaji watak yang dipegang dengan sedalam-dalamnya. Pengarah juga harus berhati-hati agar tidak ada pelakon kamu yang ‘membunuh’ pelakon lain di atas pentas.

Dari segi teknikal, sememangnya sebelum ini senandika menghadapi masalah dari segi teknik pencahayaan, namun pada keempat-empat persembahan mereka kali ini, saya tidak lagi nampak semua itu menjadi satu penghalang untuk senandika beraksi di pentas.

Saya memahami kekangan yang mereka hadapi. Tidak cukup masa untuk berlatih kerana mereka adalah mahasiswa jurusan sains dan kejuruteraan yang tidak lekang dengan assignment dan juga projek-projek yang setia menanti. Dan saya kagum, dalam masa yang sangat singkat dan dalam kekangan yang pelbagai, mereka berjaya memartabatkan teater di UMP. Syabas dan tahniah. Kami warga alumni sangat berharap aktiviti seperti ini diteruskan di masa akan datang agar seni yang dipertahankan ini tidak mati.

Terima kasih kerana menjemput saya mengadili keempat-empat pementasan tersebut. Komentar secara terperinci rasanya lebih elok jika saya bercakap sendiri dengan tuan empunya diri. Setakat hari ini. Saya hanya berkesempatan bercakap dan memberi komen tentang pementasan teater UBAT bersama pengarahnya.

Saya kagum dengan peningkatan yang mereka tunjukkan. Keyakinan saya terhadap mereka terbukti. Saya yakin mereka boleh lakukan yang terbaik di masa hadapan. Kerana itu saya tak pernah meragui akan kebolehan mereka. Selagi mereka bersatu, segala yang susah akan jadi mudah. Saya harap Senandika akan terus bernafas. Untuk selamanya...

3 daisies blooming:

mocQachinno said...

thanx a lot for coming kak nyda. really appreciate it. and thanx for the comments too. insyaAllah, i'm sure we can do better next time.hehe~

Farani Mustafa said...

Takziah sebab pemergian anda yang tergesa2 tempoh hari. Moga datang lagi dengan senyuman penuh rahmat, dan nikmat kemanisan coklat sejati!

Pegawai Khalwat said...

Bila Daisy nak komen show Bakawalee, Te.ta.mu., Resdong dan Kersani pulak?