Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Thursday, June 25, 2009

Mengapa Ada Dusta?



nantikan kemunculan
DUSTA PADA SKALA 1 HINGGA 10
di Auditorium P.Ramlee
Taman Budaya Pulau Pinang
11 Julai 2009

Monday, June 22, 2009

If God brings you to it, He will bring you through it.

Saturday, June 20, 2009

Sampai bila harus aku genggam sekeping hati yang terluka ini?

Friday, June 19, 2009

mimaliftaya

Pernah suatu masa dulu aku ajukan persoalan untuk mak aku
"Mak, bila kita akan mati? Kita tau tak bila kita akan mati?"
Mak aku jawab,
"Kalau kita tau bila kita akan mati, mesti kita tak kan tinggalkan sejadah tu.."

Kalian pernah rasa tak, perasaan takut yang teramat sangat seolah-seolah malam ini adalah malam terakhir kalian di dunia?
pernah tak kalian terfikir bila kalian terjaga dari tidur, kalian berada di dalam satu ruang yang sempit dan gelap. Sendirian disitu. Sendirian...

Aku teringat kata ustaz dan ustazah masa di sekolah dulu
Mati adalah sesuatu yang paling hampir dengan kita
Entah esok entah lusa ajal akan datang menjemput
Alangkah beruntungnya mereka-mereka yang diberikan peluang untuk bertaubat sebelum tibanya ajal.
Untuk mereka-mereka yang tidak diberikan peluang itu?
Bagaimana harus mereka bereaksi?
Akankah mereka selalu mengingati mati
Atau sekadar membiarkan saja diri dihanyutkan arus kelalaian yang tak bertepi...

Dan aku sendiri??

Thursday, June 18, 2009

Happy Happy Day! Yay!

Tau tak nape hari ni hari paling happy? Sebabnya, aku jumpe bestfriends aku nonie and nonot.Hehe. dah dekat 2 bulan tak jumpa dengan diorg. selalunya aku akan bertandang ke ump every month tapi mei and june aku tak dapat nak pegi ump atas sebab-sebab tertentu. Diorg ade postgrad punye program kat usm. riang bukan kepalang la bila diorg mesej ckp diorg ada kat sini. excited je aku tunggu diorang balik dari berjalan-jalan di batu ferringhi (btol ke aku eja neh?). sementara tunggu diorg, aku lepak2 ngn geng teater bakawalee. diorang pun mesti pelik, nape la aku balik lambat plak kali ni. selalunya, awal-awal lagi dah cabut balik rumah after training.

dekat pukul 2pg jugak la baru diorg sampai. dan aku pun menyelinap masuk ke desasiswa tekun, usm tu. eheh. kitorg sembang sampai la kul 430 pagi. Haih..tak cukup masa ngn diorang. banyak sangat bende yang nak dikongsikan bersama. tapi aku sempat la bercerita tentang tragedi yang menimpa aku dalam bulan mei and june ni. then kitorg tido sampai la subuh. rindunye dengan masa-masa study kat ump dulu. tak sangka plak sekarang masing-masing dah bawa haluan sendiri. dah susah nak jumpa.

kul 8 pagi, kitorg dah bersiap nak pegi breakfast sama-sama. dalam kul 9 tu diorg dah nak start program. jadinya sampai di situ sajalah pertemuan singkat kami untuk kali ini. sebak btol aku masa salam ngn diorang. huhuhu.sedih3. entah bila la dapat jumpa diorang lagi.

Sekarang ni aku kat rumah, kul 12 nanti dah nak masuk keje. bermulalah rutin harian aku semula. pegi keje balik keje. haihhh.



muke aku yg tak cukup tdo..huhu..buruk3



nonie-nyda-note

Daisy: bosannya hari ni tak da latihan dusta.

Tuesday, June 16, 2009

Apa Ada Dengan Nama

Saturday, June 13, 2009

Daoz..Akak pun ada..hehe



Saje je dengki tengok hunge santek daoz n eqa punye. nak jugak tunjuk kat sini. hahahahaha. Akak pun ade tau tapi pasu die kaler pink arr. cute kan??tengok die gedik-gedik lagi cute. jatuh hati masa jalan-jalan kat Queensbay dulu. terus beli letak kat opis. Hehehe.





Friday, June 12, 2009

Tolonglahhhh...

Aku TENSIONNNNN!!!!!!
tension sebab tak dapat nak pegi teater
seakan terasa satu tekanan yang amat sangat
bila aku tak dapat buat sesuatu yang aku suka
tekanan kerja yang berlambak tak pernahnya hilang
haihhh...tak kan hilang kalau aku tak pegi
kat sana la tempat utk aku padamkan sekejap ingatan aku
pada dunia STRAITS
aku perlu pergi melihat DUSTA
tolonglahhhh!!!

Daisy: tenang nida!tarik nafas dalam-dalam. biar semua reda dan kamu boleh kembali kepada kehidupanmu yg dulu.

Thursday, June 11, 2009

HATI

di satu sudut, aku duduk sendirian sambil memerhatikan gelagat manusia. dalam ribuan manusia itu, aku lihat ada sekeping hati yang bernanah. dalamnya tertusuk sembilu duka. Pedih. Perit. seolahnya hati aku yg merasakan penderitaan itu. Setiap kali hatinya meronta, bertambah dalam sembilu duka itu menusuk segenap ruang rasa. kerana apa? kerana kasihnya. kerana sayangnya. yang kedua-duanya dipersia. Aku mendengar hatinya bercerita. bercerita tentang masa silamnya. yang penuh suka dan tawa. segalanya hilang pabila dia tersedar dan bangkit dari lena dan mimpi masa silamnya. itu hanyalah masa silam yang tinggal sebagai kenangan. dirinya. hatinya. juga adalah kenangan itu. yang akan menghilang tatkala lewat masa. pada ketika itu, menjadilah dirinya seorang manusia berhati luka yang ditinggalkan dan dilupakan.


Daisy: Dalam realiti pun perlu sedar diri, sedar ruang, sedar tempat. Tak semua yang dirasakan betul itu betul dan tak semua yang dirasakan salah itu salah.

Thursday, June 4, 2009

Peminat Boxing



Daisy: Hihihihihihi...peminat kucing mesti suke tengok gelagat si comel ni kan

Wednesday, June 3, 2009

dapat award la plak..eheh


tetibo yo farani berbosa ati bg den award neh. mekasih la yo!

okay..these are the rules:
1. Copy the badge into your blog.
2. State 5 interesting facts about the tagger.
3. State 10 hobbies/facts about yourself. 4. Choose 5 bloggers to receive the award and describe about them.

5 interesting facts about the tagger
(dengan penuh rasa kemalasan aku copy jer dari page dier 5 interesting facts neh..muahahaha)

1. Addicted to caffeine.
2. Addicted to nicotine.
3. Loves music.
4. Loves contemporary art.
5. Learning more about photography.


10 hobbies/facts about yourself

1. sy suka teater
2. sy suka berangan
3. sy ni pendiam orangnye..hahaha
4. sy suka minum teh panas tak letak gula
5. sy suka merajuk..hoho
6. sy suke kuceng
7. sy ni cepat panas cepat sejuk
8. sy suke oreo cheese cake (sedapnye wehhh..huhuhu)
9. tetibe sy dah tak suka kaler ungu
10. sy sayang famili saya

5 bloggers to be awarded
1. Azlan Umar
2. Syidek
3. Nuna

lagi 2..tak tau dah nak kasi kat sapa..huhuhu...