Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Thursday, June 11, 2009

HATI

di satu sudut, aku duduk sendirian sambil memerhatikan gelagat manusia. dalam ribuan manusia itu, aku lihat ada sekeping hati yang bernanah. dalamnya tertusuk sembilu duka. Pedih. Perit. seolahnya hati aku yg merasakan penderitaan itu. Setiap kali hatinya meronta, bertambah dalam sembilu duka itu menusuk segenap ruang rasa. kerana apa? kerana kasihnya. kerana sayangnya. yang kedua-duanya dipersia. Aku mendengar hatinya bercerita. bercerita tentang masa silamnya. yang penuh suka dan tawa. segalanya hilang pabila dia tersedar dan bangkit dari lena dan mimpi masa silamnya. itu hanyalah masa silam yang tinggal sebagai kenangan. dirinya. hatinya. juga adalah kenangan itu. yang akan menghilang tatkala lewat masa. pada ketika itu, menjadilah dirinya seorang manusia berhati luka yang ditinggalkan dan dilupakan.


Daisy: Dalam realiti pun perlu sedar diri, sedar ruang, sedar tempat. Tak semua yang dirasakan betul itu betul dan tak semua yang dirasakan salah itu salah.

0 daisies blooming: